25 Jun 2018

Oiso Korean Food, IOI City Mall

Assalamualaikum


Tahun ni kita takde cerita raya ya. Maka, seawal hari raya ke-2 aku, kakngah dengan Paie dah bosan duduk rumah. Maklumla raya tahun ni kitorang tak balik kampung so nak beraya ke mana je kan? Raya jelah dekat IOI buat cuci-cuci mata. Lepastu kakngah ajak makan kat satu restoran korea ni, baru bukak kat IOI. Rasanya mesti korang yang selalu baca blog aku tau aku suka makanan korea. Aku selalu makan kat Dubuyo, Sopoong, Eid and now, we discover a new restaurant. YEAY!



Restoran ni berada di IOI City Mall tapi aku taktaula ada buka kat cawangan lain ke tak, sebab kitorang makan kat IOI je. Duduk di tingkat L1, betul-betul berdepan dengan pancake house. Owner restoran ni pun adalah orang Korea.


Nampak dari luar memang dah cantik bila masuk dalam, decoration restoran memang lawa. Suka tengok lampu korea yang tergantung tu.

Kitorang order 2 dish je sebab nak test rasa je dulu. Pastu just add-on nasi jelah and makan sharing together gituw. Walaupun baru dapat duit raya, tapi takpelah cuba belajar berjimat sikit? Kat rumah masih ada lagi lemang ketupat rendang kalau nanti dah kenyang sangat kesianlah juadah hari raya kat rumah tuu.

BBQ spicy chicken - RM 23 ++

Aku nak ayam goreng korea yang ala-ala kyochon ke, kfry kee, tapi disini ayam guringnya nggak ada so kita pilihlah bbq spicy chicken ni. Jadilah kan walaupun ianya tidaklah se-crispy ayam goreng tu? 

Mungkin sebab restoran ni berkonsepkan korean traditional cuisine dan ayam goreng korea tu kan dikira makanan moden so dia takde kat sini? Eh sukati je tafsir sendiri.

Apa yang aku mampu kata... dish ni memang daboom! Nama dia je spicy tapi bagi aku takla spicy sangat, sesuailah dengan taste bud aku ni. Mungkin sebab BBQ, so rasa dia sedap betul. Dish ni pun antara yang recommended kat sini.

Bulgogi - RM 25 camtu kot.. Sorry tak ingat harga!

Seterusnya adalah bulgogi aka daging panggang. Bulgogi ni bila je tak sedap kan? Pegi mana-mana restoran korea pun memang bulgogi ni selalu jadi best seller. Tapi yang ni memang sedap, secukup rasa!

Antara 2 dish ni, rasanya aku lagi suka bbq spicy chicken tu kot berbanding bulgogi. hehe

Total kami makan haritu untuk 2 dish ni adalah RM 60 dengan berapa sen entah dah lupa. Kenyang dan berbaloikah walaupun makan share? YESS KENYANG SANGAT. Korean dish kan memang selalunya portion besar, so kalau korang datang bertiga and nak order 2 dish pun cukup je sebenarnya. Alhamdulillah, tiada adegan bergaduh tak cukup lauk masa tengah makan tu.

Sorrylah mampu review 2 makanan je. Tapi yang 2 ni pun dah sedap, so aku beranggapan semua makanan dalam restoran ni sedap-sedap kot. Next time of course kena datang lagi untuk cuba makanan lain! Buat masa sekarang ni, Oiso duduk dekat carta pertama dalam senarai korean restaurant yang sedap pernah aku pergi. Lol over tak? Takpela ni honest review kita. Lain orang lainlah pendapat.

Siapa yang suka korean food bolehla try makan kat sini :D

Thanks for reading!

15 comments:

  1. Nampak sedap! Dari banyak-banyak kedai korea yang dah makan seoul garden denan dubuyu paling tak sedap lol. k fry boleh tahan porion banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah makan seoul garden n teringin sangat nak cuba!
      Tapi oiso ni memang sedap xD

      Delete
  2. teringin nak merasa makanan korea macam nie, tapi kat tempat BV belum ada lagi full korean style macam nie T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena terbang pegi korealah nampak gayanya hehe

      Delete
  3. assalamualaikum Mazni.
    first time aida singah blog ni :) done follow.
    aida ni teringin nak merasa makanan korea tau. cuma lom dpt peluang.
    takde member nak ajak merasa di restoran korea hi hi hi hi...
    mcm sedap aje yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou follow :)
      Hehe sekarang ni dh banyak dah kedai korea, macam2 choice ada. Tapi tula, kalau makan sorang tak best kena makan dgn kawan

      Delete
  4. Nampak sedaplahhh BBQ spicy chicken tu, nanti bila bila pergi sana boleh lah try makan sini. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess memang sedap! Please order menu tu kalau datang makan sini xD

      Delete
  5. Boleh cuba kalau pergi IOI City Mall nanti. Teringin nak Kfry sebenarnya tapi macam tak larat nak beratur. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena booking awal2 baru boleh masuk dengan lajuu haha

      Delete
  6. uhuurm another spot nak kena terjah ni.. heheh nxt time nak pergi rogerla !! akak kalo ade kat Bangi nak join!!!

    ReplyDelete
  7. akak tak pernah makan makanan selain melayu.. hehe

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~