20 Jun 2018

Winter Japan Trip - Akihabara


Assalamualaikum

Sambungan daripada PREVIOUS ENTRY, sepulangnya(betul ke ayat ni?) kami dari Odaiba, haruslah kitorang menjejakkan kaki ke Akihabara! Aku rasa kebanyakkan anime lovers atau otaku mesti tau tempat ni terkenal dengan apa kannn.


Akihabara merupakan bandar geek anime yang terbesar di dunia. Kat sini juga terkenal dengan electronic town dan korang boleh dapatkan barangan elektronik macam kamera. gadget. Harga dia tak surelah pulak sebab memang target aku datang sini sebab nak cari anime je. Rasanya yang paling excited gila datang sini ialah aku, adik dengan abang aku jekot :p 

Nak pegi sini mudah je, amek JR Yamanote Line dan turun di Akihabara station. Dan benda yang korang akan nampak sebaik saja keluar dari Akihabara station ni ialah bangunan LAOX tu. Pastu kau pusinglah ke mana2 pun.


Lihatlah betapa warna-warninya bandar ni. Suasana kat sini turut dimeriahkan dengan lagu vocalid daripada para-para anime yang kuatnya sampai rasa nak pecah gegendang telinga. Disebabkan kakak aku aku cuma bagi masa 1 jam je kat sini, so kitorang tak dapat explore semua tempat dan survey-survey harga kat setiap kedai, sobss.

Kitorang cuma masuk kat satu kedai ni yang aku sendiri lupa namanya, tapi kedai ni ada 5 tingkat dan dalam tu penuh dengan barang-barang anime. Even masuk 1 kedai je tapi still rasa tak puas duduk dalam tu. Tak suka tau shopping tengah-tengah rushing ni, kita kalau nak shopping kena tenang~

Inilah kedainya. 5 tingkat hokeyy

Walaubagimanapun, aku berjaya round satu kedai ni sebab nak buat perbandingan harga. Sampai tingkat 5 aku naik n usha mana yang berkenan dihati. Tapi just tengok sekali lalu jelah, cuma fokus kat watak yang memang aku betul-betul nak beli je.Rasa rambang mata weyh, macam nak borong semua tapi bila memikirkan duit ni.... Takpelah.

Banyak jugak watak anime yang kitorang kenal dalam ni. Contohnya One Piece, Attack on Titan, Naruto, K-ON, Gundam, Dragon Ball, Doraemon. Tapi yang paling aku suka sekali is Sailormoon laa! Budak-budak perempuan yang lahir tahun 1990 mesti pernah n suka tengok sailormoon kan *typical girls

 AAAAA COMELNYAA. AKU NAMPAK SAILORMOON T__T

Lepas mak dengan abah tengok harga gundam ni, diorang terus convert duit dan buat-buat terkejut. Tapi memang mahal pun, duit yang aku bawak pegi Jepun ni pun tak sampai angka 45,000 yen tu ._. Ada jugak gundam yang murah tapi kena tengok gred. Yang kat atas ni mungkin gred paling berkualiti kot. Size dia pun agak besar.

tak dapat beli figura sailormoon, dapat beli keychain pun jadilah
ni hasil tangkapan kat sana. Aku beli Miku Hatsune, yang baju hitam tu adik aku punya. dia main beli je tapi taktau watak apa ._.

Lepas dah gerak dari Akihabara, kitorang pergi ke Harajuku, sekali lagi. Tapi masa kitorang pegi ni banyak kedai macam dah tutup sebab kebanyakan kedai tutup pukul 9, kitorang pun datang lewat. Pegi sini pun sebab haritu berjalan sekejap sangat kat Harajuku ni dan ingatnya nak beli souvenir dekat sini.


Time kat sini semua orang berpecah. Aku jalan sorang-sorang je sebab aku ni kalau bab shopping cerewet sikit, so tak perlulah ada orang teman, kang dia pulak membebel. Tapi tak beli banyak barang pun sebab sayang duit huhu.

Kitorang masuk jela mana-mana kedai yang ada beli sikit magnet-magnet, keychain. Kat sini pun ada cat cafe jugak dan aku cadang nak masuk. Tapi sayangnya dah tutup pulak waktu tu :( Teringin nak main-main dengan kucing jepun. Harga masuk pun 200-300 Yen tak silap.


Wow rasa macam pelik je bila tengok tempat yang selalu packed dengan orang ramai ni jadi kosongg.

So, itu sajelah yang berlaku. Dari pagi sampai malam kitorang berjalan. Dalam beberapa hari aku kat Tokyo, inilah hari yang paling banyak aku spend duit, haha. Thanks for reading!



9 comments:

  1. seronoknyaa... teringin nak pergi ke sana. jemput siinggah ke blog
    https://thisisme-38.blogspot.com/2018/06/arabic-debate-new-experience.html

    ReplyDelete
  2. Fewitt The character named in black one is Megurine Ruka/Luka. Dulu rajin la tengok Vocaloid masa first time belajar kanji dulu sekarang dah 4 tahun tak tengok hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just found out beberapa hari lepas yg kaler hitam tu watak dlm crescent rose. Saya rasa itu game kot n bukan anime biasa hahaha.

      Megurine luka tu kawan miku kan?

      Delete
  3. OMG! Comelnya figurines dia. Kalau bawa my sister pergi sini, mahu rabak poket. She's a huge fan of anime :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yg bukan penggila anime tahap kipas susah mati ni pun rasa tergugat. Tapi tahan je dulu jangan berbelanja ikut nafsu sebab banyak tempat tk pegi lagi masa tu xD

      But end up, hari2 terakhir kat jepun ada banyak lak duit baki. Rasa menyesal tak boros puas2 kat akihabara ni muahaha

      Delete
  4. aida x pernah jejak jepun lagi. biras saya pernah ke jepun.
    ada dia bercerita pasal tempat anime ni.
    mr.asben aida sgt suka anime tau. animax tu favourite channel dia.
    memang dia happy lah kalau ke sini. marbeles!

    ReplyDelete
  5. akak kalo sampai sini pening kepala jugakla sebab tak kenal sangat anime2 ni. tau mana yang keluar tv je sailormoon hahaha.. sakura pokemon tu tau la juga. mana cukup 1 jam !!!! oh no!!! ahahahah nak pusing nak cuci mata da lebih 1 jam aigooo. tapi okay la tu dapat menyambar macam2 jugak tu..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~