4 Jul 2018

Review Rio Burger


Assalamualaikum


Sempena sekarang ni tengah musim FIFA 2018, McDonalds keluarkan menu baru yang mungkin tak berapa nak baru sangat, sebab before ni pun dah pernah ada. Ini menu bermusim ya, kalau bola dah habis nanti barangkali menu ni dah takdeee. So, ini dia RIO BURGER!


Burger Rio ni hanya ada 2 perisa iaitu beef dan chicken. Aku beli set besar, RM 18.90 *istighfar jap. Kalau set medium cuma RM 16++. Btw aku beli beef rio.


Apa yang aku suka pasal burger ni, bun dia comel bentuk macam bola. Tapi sekali tengok macam otot orang sado pun ada jugak, yih. Dannn, patty burger ni besar! Besar dia tu sampai tahap terkeluar daripada roti jugaklah.


Aku sedia maklum bahawa burger ni pedas, tapi tak sangkalah pulak pedas dia melebihi daripada apa yang aku jangka. Ingatkan sos Rio yang kaler kuning tu rasa macam sos cheese pedas-pedas biasa, tapi sos tu rasa pedas-pedas kopi. Taktaulah nak describe sos tu macam mana, tapi mengikut lidah melayu aku ni, sos tu memang ada rasa kopi. Resipi sos ni agak unik tapi tulah, aku.... tak berapa....suka?

Maybe sebab aku sejenis yang tak tahan pedas, lepastu burger ni punya pedas bukan macam pedas biasa yang kita selalu makan tu, dia rasa lain sikitt. Cuma portion dia okaylah, agak besar walaupun bagi aku mahal lah jugak. Maklumlah 1st time nak merasa burger limited edition ni. So far ini burger paling pedas yang aku pernah makan. 

Kalau korang tanya aku, berbaloi tak beli? Aku akan kata tak kot sebab tak suka rasa sos spicy dia yang agak pelik tu xD Spicy McChicken lagi sedap kott. Tapi lain orang, lain lidah. Mungkin aku je yang tak suka tapi orang lain suka? Kena try sendiri baru boleh judge.

Thanks for reading!

20 comments:

  1. rasa sos dye mmg lain sikit as well as pedas dye. overall mmg taste a bit different.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya sedap, tapi sbb rasa kopi tu takleh terima

      Delete
  2. xpernah cuba lagi buger rio ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla cik nor cuba sebelum fifa tamat, hehe

      Delete
  3. Sedapnyaaa! Pedas sangat eh? Tak sempat nak pergi beli lagi, padahal mcd depan rumah ni aje. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi kita pedass, tapi kawan yg suka makan pedas kata okay je, tak pedas sangat xD

      Delete
  4. Hari tu pergi McD nampak juga burger ni tapi tak terasa nak cuba pun. Mungkin sebab memang dah aim GCB je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GCB sedap lagi daripada rio ni!

      Delete
  5. Moi dah rasa. Sedappp ! But tula, cam overpriced sangat la. Sekali sekala takpe hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya, rasa dia memang out terus haha. sebab tak kena dengan taste sendiriii

      Delete
  6. baru je rasa tadi tapi yg chicken. baru nak review jugakkk. :D
    memang pelik rasa sos tu sebab ada rasa kopi XD

    part pedas tu setuju sangat :)

    ReplyDelete
  7. baru nak g mkn jumaat nih

    ReplyDelete
  8. Hans suka burger nih
    antara burger favorite untuk jenis limited edition burger mcd
    hahaha

    ReplyDelete
  9. pedas kan niii. tapi echa suka. siap tambah cili mekdi 2 peket lagi kalau makan. xD

    ReplyDelete
  10. tak cuba sebab kawan bagitau pedas hahaha memang tak minat. depa cakap sedap cuma pedas. akak kalo makan spicy ciken mcdeluxe pun mesti kuar airmata hehaha

    ReplyDelete
  11. Artkikelnya Bagus banget gan,jangan lupa singgah juga ya,Makasihh ^_^ AGEN BANDARQ

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap tapi dah takde dah..

    ReplyDelete
  13. mcD selalu keluar menu bermusim but I never tried anything from mcD yang viral T^T

    ReplyDelete
  14. hellooo adik manish.. akak datang jalan2 ni =D

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~