29 May 2017

Grand Launch Raya Kasih & Cinta



Pada 25 mei baru ni, aku dapat invitation sempena pelancaran Quill City Mall Raya Kasih & Cinta. Jakunlah sikit sebab baru first time pegi, hehe.


Quill City Mall yang bertempat di Kuala Lumpur merupakan destinasi membeli-belah bagi seisi keluarga dan kanak-kanak berbesar hati untuk menganjurkan pelancaran Raya Kasih & Cinta sempena bulan ramadhan dan syawal yang bakal menjelang pada 2017 ini. Kempen ini bermula dari 25 mei hingga 2 julai 2017.

Tahun ni, Quill City Mall telah mengetengahkan konsep yang diadaptasi daripada novel Hero Seorang Cinderella (HSC) yang kini ditayangkan sebagai drama bersiri menampilkan Fattah Amin & Nur Fazura yang ditayangkan di Astro Ria/Astro HD pada 22 Mei yang lalu. Drama ini adalah kerjasama eksklusif Quill City Mall KL bersama pihak Astro. Penggambaran yang dilakukan secara eksklusif di Quill City Mall KL mengetengahkan kedai-kedai yang terdiri daripada fesyen, makanan, dan hiburan.


Dato 'Ar Michael Ang, Fattah Amin, Shiha Zikir dan pengarah eksekutif kumpulan syarikat Quill Group menyampaikan ucapan bagi mengalu-alukan ahli-ahli media, rakan-rakan dan para pengunjung. 

Aidilfitri adalah kisah Kasih & Cinta. Keluarga dan rakan-rakan dialu-alukan untuk meraikan Raya Kasih & Cinta bersama adegan eksklusif daripada drama siri Hero Seorang Cinderella dan mengambil gambar sebagai kenangan. Para pengunjung akan terpesona dengan pengangkutan diraja HSC disamping 'kunci cinta' bersama mesej cinta yang ditulis dan dikunci pada Kasih & Cinta Quill 'Love Locks'.


Kemuncak utama pada hari itu adalah Dato' Michael Ang, Fattah Amin dan Shiha Zikir meterai Raya Kasih & Cinta Quill 'Love Locks' pada bingkai hati bersama-sama dengan rakan-rakan media dan tetamu.


Dekorasi di Quill City Mall ini adalah bertemakan Taman Botani Diraja. Para pengunjung akan disambut dengan gerbang meriah Raya Kasih & Cinta di pintu masuk utama, diikuti laluan gerbang romantik disinari lampu di dalam pintu masuk pusat membeli-belah. 


Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan kemunculan Fattah Amin bersama Fazura dalam majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan pemberian raya di bulan Ramadhan yang mulia ini pada 11 jun 2017. Kemunculan Artis Prima Valet pada 28 mei & 4, 11, 18 jun serta para artis Hael Husaini pada 1 julai dan Amira Othman, 2 julai turut dibawakan kepada pengunjung semasa sambutan ini.

Pengunjung juga boleh menebus sampul duit raya kalau korang berbelanja di Quill City Mall dengan RM 99 dalam 2 resit terkumpul pada hari yang sama dan boleh dapat bantal HSC edisi terhad jika berbelanja RM 199.


Bolehlah datang berkunjung ke Quill City Mall dengan keluarga dan rakan-rakan korang! Ada macam-macam promosi yang terdiri daripada makanan, fesyen, hiburan. Jangan lupa dapatkan koleksi Fattah Amin, koleksi artis Prima Valet seperti Amy Search dan Shaheizy Sam, Elrah Exclusive, Atelia Amani, Nur Aishah, AEON, Gajah Duduk, Ethnic Sense dan banyak lagi yang akan dipaparkan sempena raya ini!

Tempat letak kereta percuma disediakan mulai pukul 5 petang dan hanya RM3 pada hujung minggu!

Untuk maklumat lanjut, sila layari;



14 comments:

  1. Selalu lalu depan ni tp tak berkesempatan untuk singgah. Next time nk terjah lah dkt sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pegi mall ni pun mcm tk ramai org sangat. Tpi kedai makan kt situ banyak best2 hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Fazura dtg hari lain. Teringin nak jumpa dia ><

      Delete
  3. cantiknya gambar.pakai camera apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Half nikon D3100, half oppo f1s

      Delete
  4. Replies
    1. Saya pun x sure dia dh naik dato'ke tak sbb entry ni ikut teks yg diorg bagi tu je haha. Tpi seriouslah kalau dia bkn dato'saya edit balik. Anyone tau tak kebenarannya? ><

      Delete
  5. Terkejut jugak sejak bila Mazni join event ni heheh. Takpe pasni boleh jumpa jumpa hihi <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaha takyah nak terkejut sangat ehh xD tpi tk ramai bloggers yg dtg pun haritu so tk kenal siapa2 pun huhu.

      harap pasni boleh jumpa kak nad, kak sally dgn lain2 lagi <3

      Delete
  6. Masa Quill Mall ni jadi tempat lepak cari makan takdak la pulak event ceni. Cantik deko diorang plus sempoi je pakai baju melayu dgn jubah.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempena drama HSC je ni, hehe

      Delete
  7. Uyooo jumpa abam Fattah. Hahah! Akak jarang pergi Quill ni sebab tempat dia macam krik krik sikit. Hahah! Tapi deko tu lawaa lah. Suka tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah haritu pun saya dtg agak krik2 jugak. tapi kat sama banyak kedai best2, restoran pun banyak yg best xD cuma tak faham kenapa dia agak sunyi hahah

      Delete

Nak komen apa? silakan~