15 May 2017

Rezeki tu ada, cuma lambat



Assalamualaikum

Sepanjang bulan april dan awal mei yang lalu, aku diulit dengan tekanan mental yang agak melampau sebab unemployed, lol! Dah usaha cari banyak tempat, takde satu pun yang panggil. Sebulan lebih kot jadi ulaq kat rumah

Ni baru mintak cari kerja part-time untuk 5 bulan je, dah payah gila nak matey. Kalau kerja yang real lepas habis belajar macam manalah agaknya?

Image result for disappointed anime gif

Aku berdoa sungguh-sungguh supaya cepat dapat kerja. Gaji sikit pun biaq pilah, mungkin sebab haritu aku yang agak memilih kerja.

Maka, disuatu tengahari yang mulia ada dapat whatsapp, dia suruh kerja esoknya, syukurrr! Gaji yang ditawarkan takdelah banyak mana tapi yang penting operation hour kedai tu tak menganggu masa terawih serta tak menganggu masa cuti raya nanti. YAY!

I'm so blessed sebab bos pun baik sangat, dahla cantik hehe.
Image result for happy anime gif
YATTAAAAAA!
Dan, hari jumaat yang lepas budak-budak diploma dah dapat result exam. Mula-mula rilek je gelak-gelak layan running man, sekali dah dapat email SALAM UITM kat henpon tu terus jadi cacing tak keruan!

I was hoping for a Dean List tapi kalau takde rezeki, cukuplah dapat result yang lebih better compared to previous semester. Sebab sem 4 ni agak susah so taklah letak harapan tinggi sangat, tapi dalam hati masih juga mengharap. Giteww.

So aku beranikan diri untuk bukak email tu dan...
damn son, unexpected!
Memula aku pandang CGPA sebab ingatkan cgpa ni adalah pointer untuk current semester. Cgpa masih below 3.5 (uitm punya DL atas 3.5) tapi rasa happy sangat sebab kalau bandingkan dengan last sem, pointer dah naik mendadak jugaklah.

Lepastu kawan kata, untuk current semester tengok GPA, CGPA pulak untuk keseluruhan semester, so bila tengok GPA lagi berdouble happylah guwe! Tu pun lepas 1 jam baru perasan result sebenar. Teruk kan dah nak dekat sem akhir pun masih keliru nak bezakan CGPA dan GPA, ahaa.

So, GPA aku mengikut ENTRY INI adalah telah dilupuskan sebagai biasiswa. CGPA pula dalam lingkungan bayar 75%, LOL! Haraplah sem depan boleh dapat CGPA tinggi supaya tak payah bayar pinjaman xD

Memang rasa bersyukur sangat, walaupun diri ni taklah baik mana tapi rezeki Allah itu Maha luas. Dia dengar doa setiap hambaNya. Rajin-rajinlah buatlah solat sunat dhuha dan banyakkan bersedekah. Aku mula amalkan sejak masuk semester 4 ni dan alhamdulillah atas segala rezeki :)

Rezeki tu bukan datang dari bentuk duit je, boleh jadi dari segi pelajaran, dipermudahkan segala urusan harian, sihat tubuh badan dan macam-macam bentuk lagi. Berterima kasihlah pada setiap rezeki yang ada, kalau kita jadi orang yang bersyukur, tak mustahil Allah akan berikan lebih lagi ♥

Thanks for reading!


41 comments:

  1. insyaAllah rezeki tue ada ja dimana - mana , yang penting kena usaha dan tawakal

    ReplyDelete
  2. Inspirasi sangat entri ni. dah nak grad ni asyik fikir pasal result and boleh dapat kerja ke tak tapi InshaAllah rezeki tu tak kan lari punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa.. Saya pun tinggal 1 sem je lagi, i'll try my best supaya dpt result yg baik.

      Good things take time! Semoga dipermudahkan segala urusan!

      Delete
  3. nak cari duit bukan senang sekarang ni. barang semakin mahal :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal.. Nk cari keje pun susah. Ni baru mintak utk part time.. Nasib baik skrng dh dpt keje

      Delete
  4. Tahniah sebab dapat kerja and dean's list :D
    saya pun baru pagi tadi dapat kerja, alhamdulillah, setelah merata duk apply dan tak dapat jawapan. yang sedihnya, at one point dh rasa give up, time tu Allah nak bagi.. so rasa bersalah haha..

    anyway all the best! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situasi kita sama T___T mmng dah fedap gila tunggu panggilan keje. Time tu dh tak kisahlah dpt keje apa punn yg penting taknak buang masa cuti ni tak dpt apa2 haha. Syukurlah sekarang dh dpt.

      Thankyou, you too! :D

      Delete
  5. betul tu, bersyukurla dan Allah akan beri lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun tgh slow2 jdi org yg bersyukur sejak peristiwa ni, hehe

      Delete
  6. Tahniah Mazni! Setujuu, rezeki tu boleh datang dalam pelbagai bentuk as long as tak berhenti berusaha. Kerja elok elok, nanti boleh lah hulur sikit duit Raya. Eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh xD InsyaAllah klau ada rezeki lebih hahaha!

      Delete
  7. tahniah maznii, moga dipermudahkan sgala urusan

    ReplyDelete
  8. Congrats mazni sbb dean list hehehe. And congrats sbb dapat kerja hehe.

    ReplyDelete
  9. Tahniahhh! InshaAllah you can do it. Pecut sikit lagi biar dapat jadi biasiswa. InshaAllah. ;)

    ReplyDelete
  10. wow congrats mazni! yes zaman sekarang mmg ssh gila nak cari kerja,stress jugak fkir macam mana agaknya masa depan kita nanti kalau tak dapat2 jugak kerja yg bagus :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! haha tulah ni baru mintak keje part time je tapi ya ampunn :')

      Delete
  11. ya Rabbi... alhamdulillah.. tahniah sebab dapat Dean list <3 whehehehe.. jealous nih sbb tak pernah dapat.. biasalah student malas lagu ni lah ahahahaha XD good luck next time :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha thanks!
      terkejut jugak tiba2 dpt DL ni sbb sem 4 susahh tpi rasa beryukur sangat T__T

      Delete
  12. Rezqi adalah pemberian Allah. Namun usaha itu lebih wajib. Tanpa usaha, bagaimana rezqi mahu turun pada kita. If kita sudah berusaha tetapi kita tidak dapat apa yang kita mahukan, percayalah dan yakin kepada Allah... akan ada sesuatu yang lebih baik dan sudah Allah merencanakan buat kita apa yang baik dan apa yang buruk.

    And tahniah akak ucapkan buat kamu, ya.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww komen akak buat saya terharu <3 betul tu, yg penting usaha. kalaupun kita dh usaha tpi Allah kata rezeki tu bkn utk kita, maka bukanlah. tpi percayalah Tuhan akan bagi lain hari dgn rezeki yg lebih banyak :D

      terima kasih!

      Delete
  13. alhamdulillah so happi for u mazni <333333333333
    u got ur new job and u got DL wuwuwuwuwuuuuuu daebakkkkk <3
    pls keep inspiring :)))))))

    hugs!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yo qila you're backkkkk!
      haha thankyou! Alhamdulillah Allah nak bagi rezeki :3

      Delete
  14. Happy nya Siqah baca entri ni Mazni :) Semoga ada rezeki untuk Mazni nanti tak payah bayar pinjaman. Usaha sungguh2 okay next sem. Insyallah rezeki Allah itu ada buat mereka yang berusaha dan berdoa padaNya :)

    Bestnyaaaa dapat cuti raya!! Siqah cuti raya pada hari Ahad jela rasanyaaaaaaa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou kak siqah! T__T ♥

      sehari jela? sedihnya,.. mmng potong mood raya betul huhu

      Delete
  15. Wahh, untungnya! Congrats Mazni. Mesti happy habis kan? Rezki memang ad di mana", yg penting usaha. Jangan putus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah happy sbb dah lama x dpt dekan haha xD

      Betul tu, usaha mesti kena ada

      Delete
  16. alhamdulillah ..congrats dik!

    set mind awal-awal...nak keje macam mana, nak kat mana, nak salary banyak mana..set awal2 pastu konsisten mintak dengan Allah

    akak dulu 2 sem last tu dah stat set mind "aku akan dapat keje sebelum setahun aku grad dan mesti dapat kat negeri sendiri" you know wat..I got wat I want..(rugi rasanya tak set yg grand2 terus..hihihi)

    #TipAkak ..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for the tips, that was really helpful!

      tak terfikir pulak nak set mind sebelum ni sbb kite ni mintak kerja part time je. sekarang dh boleh start set kot memandangkan tinggal lagi 1 sem je :D

      Delete
  17. waa.. pandai nye dia !!! hee~ nasib la anak kakak kecik lagik.. kalau tak memang pinang buat menantu ni.. dah ade pakwe ke ? eh !! tertanya plak.. hahahaha~

    ReplyDelete
  18. Tahniah!!! Berkenaan kerja tu in shaa allah ada rezeki x ke mana jgn putus asa eh

    ReplyDelete
  19. Tahniah! InshaAllah teruskan berusaha, I believe you can do it!
    Kalau dah usaha tu, selebihnya serahkan kepada Allah :D

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~