14 May 2026

Jabal Thur dan Arafah

Sambungan dari --> Umrah Wajib - Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram

8 Disember

Masuk hari kedua di Makkah, kami akan berziarah di beberapa lokasi sebelum buat umrah kedua pulak. Aktiviti ziarah haritu adalah melawat tempat-tempat ketika melakukan ibadah haji seperti di Arafah, Mina' dan lain-lain. Tapi sebelum tu, kita singgah dulu di Jabal Thur atau Gua Thur untuk tengok apakah sejarah di sebalik tempat tersebut.

Gua Thur  terletak kira-kira 4 km dari selatan Masjidil Haram serta mempunyai ketinggian 458 meter dari aras bumi. Permukaan  gunung ni jenis berbatu dan memerlukan masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke atas. 

Di Gua Thur inilah Rasulullah dan sahabat baginda, Saidina Abu Bakar bersembunyi selama 3 hari dari ancaman Quraisy. Ketika sedang bersembunyi, pihak Quraisy terdengar bunyi cicak dari arah gua tersebut dan beranggapan bahawa di dalamnya ada orang sedang bersembunyi.

Namun mereka berpatah balik lepas nampak sarang labah-labah serta burung merpati yang tengah buat sarang di hadapan pintu masuk gua tersebut. Maka Rasulullah dan Saidina Abu selamat daripada ditangkap oleh kaum Quraisy. Mereka pun meneruskan perjalanan ke Madinah.

Kalau ikutkan perisitwa di Gua Thur ni, ada banyak hero di sebalik tabir yang membantu persembunyian Nabi. Antaranya;

Ali bin Abi Talib - menukar tempat tidur dengan Nabi Muhammad sebelum baginda keluar dari rumah

Abdulullah Bin Abu Bakar (Anak lelaki Abu bakar) - memberi khabar dan berita terkini dari Makkah

Aisyah & Asma (2 orang puteri Abu Bakar) -  menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka setiap waktu petang

Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.

Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. (sumber : Wikipedia)

Lepas selesai lawat Jabal Thur, kami meneruskan ziarah ke Arafah pula.

Seperti yang semua sedia maklum, padang Arafah merupakan lokasi yang sering sesak ketika musim haji kerana jemaah perlu wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Pentingnya ibadah ni sampaikan Nabi bersabda ,"Haji itu adalah wukuf di Arafah" yang bermaksud tidak sah haji tanpa wukuf.

Matahari kata - hello sunshine~

Kami perlu berjalan dari tempat parking nak ke Jabal Rahmah. Di sepanjang jalan tu banyak orang berjual beli makanan lah, aiskrim lah, jubah, buah-buah dan souvenir. Mulalah nak belek-belek, beli benda yang tak perlu. Tapi teringat ustaz pesan supaya tak shopping sakan sangat. Nanti bas akan drop kami di masjid, jenuh pulak nak angkut barang-barang tu hehe.

Batu-batu yang orang selalu letak kat cincin, loket
Bendera Andalusia kami yang paling tinggi dalam banyak-banyak group :p

Di atas sana tulah Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas terpisah lama. Dulu-dulu selalu dengar orang cakap sini tempat mustajab untuk doa dapat jodoh.. Tapi ustaz cakap daripada korang panjat bukit tu dan doa kat situ, lagi mustajab berdoa kat depan Kaabah je.

Signifikan ibadah wukuf ni adalah untuk mohon pengampunan. Kerana hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Dari Aisyah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda, “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.”

Beruntung kan orang yang berpeluang berdoa kat sini masa hari Arafah?


Selain tu, Arafah ni jugak merupakan kali terakhir Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhir semasa Haji Wada'. Aku ada baca buku Muhammad yang ditulis oleh Martin Lings, masa baca part Khutbah terakhir Nabi ni, sedih beb! Dari sini kita dapat renung semula kepayahan Nabi demi menyebarkan agama.

Sejak awal terima wahyu ramai yang menentang, hinggalah momen terakhir Nabi sampaikan khutbah umatnya bertambah semakin ramai sampailah ke hari ini.

Rangka khemah yang cuma guna time musim haji je
Cam biasalah, sana sini mesti ada aiskrim :p

Bersambung next...

No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~