12 Nov 2017

2 hari di bengkel


Assalamualaikum

Sebagai student final year bagi diploma in printing technology, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah majalah sebanyak 40 mukasurat. Kiranya itu memang projek besarlah untuk last sem ni. Bukan majalah je, ada lagi additional item yang kitorang kena buat. Baju, button badge, name card, packaging, poster dan mug.

So haritu kitorang kena pegi UiTM Shah Alam untuk tengok proses penghasilan plate(output plate) . Sambil2 tu boleh buat report.

yg dua(helai) aluminium tu adalah plate. Belah kiri yang kaler biru kosong tu imejnya masih belum dipindahkan kedalam plate, dan yg belah kanan tu imej dipindahkan serta telah dicuci. Maka terhasillah cover kulit majalah
Sebelum nak hasilkan imej atas plate ni, perlulah melalui proses CTP(computer to plate). Macam yang aku dah huraikan kat gambar atas ni, camtulah imej diatas plate ni boleh terhasil. Kena transfer imej dari komputer ke plate, kemudian cuci dan hasilnya terhasillah cover majalah kitorang tu.


Back to main story, hari rabu dan khamis baru ni aku serta 4 orang kawan yang lain dah boleh cetak kulit majalah masing-masing. Tapi rasa bersalah gak sebenarnya sebab yang jalankan mesin tu bukan kitorang, encik operator sebenarnyaa (terima kasih encik syawal n encik mat!) Kalau student yang run machine tu memang boleh lingkup agaknya...lol!

gambar 1: tengah masukkan plate dalam mesin Gambar 2: tengah cuci plate sebersihnya sebelum mula mencetak. Kalau ada kesan kotor kat plate, takut bila cetak nanti bertukar jadi imej. Bila dah jadi imej, maka kesan kotor tu akan muncullah kat majalah yang kita cetak tu.

Kat plate aku tetiba ada kesan scratch, so dekat cover majalah aku adalah scratch tu T__T Even tak nampak sangat tapi masih mencacatkan pemandangan. Kawan yang lagi sorang pun entah tiba-tiba boleh ada kesan tompok kat plate dia, dah sental macam orang gila pun takleh hilang gak so... *a moment of silence to us*

Lepas dah masukkan plate kedalam mesin, kita akan buat beberapa percubaan sebelum imej dah sedia untuk dicetak sepenuhnya. Time tengah test cetak tula kena check betul-betul sama ada warna terkurang atau terlebih, you decide.

Untuk mencetak kita akan guna 4 warna iaitu CMYK. C= Cyan, M= magenta Y= yellow, K(key color)= black

1st day kat bengkel ni kitorang cetak 2 kaler je, sehari boleh jalan mesin untuk 5 orang je. Tu pun sampai malam baru siap kau tahu? Oh ya kaler 1st ialah cyan dan magenta dulu. So inilah hasilnya lepas dah cetak 2 kaler ni. Belum completely siap, masih 50%.
sorry takde gambar yg proper lol
Esoknya baru tambah warna yellow+black, dan dapatlah hasil yang telah diidam-idamkan hahaha. Btw ini kawan punya cover majalah, aku punya lupa snap gambar lol. Later i'll show mine xD

tengah double comfirm sebelum nak cetak sepenuhnya
Lepas dah habis cetak, plate tu kita kena cuci guna minyak dan arabic gum. So begitulah riwayat 8 keping plate tu berakhir. Plate kitorang ni junior boleh guna untuk belajar run machine. 

GTO 52-2. Ini ada 2 tower dan hanya boleh cetak 2 warna sahaja. Ada mesin GTO 52-4(boleh cetak 4 color) dan GTO 52(boleh cetak single color)

Dan ni hasil duduk kat bengkel selama 2 hari ni! Hari pertama tangan macam kena darah hari kedua dah macam baru lepas cabut dark soul. Susah gak nak hilang dakwat2 ni. Cuci tangan pakai thinner, plate cleaner, minyak, sabun and even sabun basuh baju pun amek masa. Berapa banyak chemical dah bubuh kat tangan ni lols.

Itu jekot yang berlaku sepanjang minggu lepas. Syukur dah siap output plate ni tapi sebenarnya ada banyak lagi yang belum settle. Doakan kitorang berjaya siapkan semua tugasan yang diberi ni dengan jayanya, semua kerja-kerja ni nak kena tayang masa diploma show nanti. I'm shaakingg

Till then, thanks for reading!

16 comments:

  1. Wahhhh bestnya! Tak sabar nak tengok yang akak punya! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tu nanti saya tunjuk lepas semua kerja dah siap, ahaha!

      Delete
  2. tu lah seram tgk tgn mazni :)
    hrp semua brjln dgn lncar nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kisah dgn kaler merah tu sbb atleast kuku nampak mcm pakai inai, yg dakwat hitam ni nampak mcm org pengotor yg tk jaga kebersihan kuku lak lol!

      Thanks tomo :D

      Delete
  3. menariknya tau benda macam nie. mesti best kan lepas nampak output dia lepas penat2 buat benda nie semua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Rasa lega sangat lepas dh cetak kulit majalah ni T^T ni sambungan kerja dari sem lepas kott

      Delete
  4. mazni punya knp xambil gambar? nak tgk T_T bestnya buat benda macam ni tapi mesti stress gila kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahnya terlupa gila xD takpe nanti2 saya tunjuk eh hahaha
      Boleh tahan stress jugak... Huhu

      Delete
  5. menariknya. semacam puas hati tengok hasilnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turns out hasil dia tak sama mcm yg saya nak TT tapi takpelah kan,masih dlm proses pembelajaran mesti ada buat silap huhu

      Delete
  6. Bestnya boleh belajar buat majalah...good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugakla cuma sakitnya otak nak design hahah! Thankss

      Delete
  7. Macam bestnyaa. Kalau tengok tangan dan taktahu cerita asal, seram jugaktuu. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun seram tengok tangan sendiri xD

      Delete

Nak komen apa? silakan~