13 Dec 2017

KFry - korean fried chicken bersalut cheese!


Assalamualaikum

Beberapa minggu yang lalu trend pasal korean fried chicken, kat twitter aku penuh pasal ayam goreng jee. So haritu(sebenarnya dah lama), aku dengan kakngah serta gengnya pergi ke IOI City Mall untuk makan KFry yang viral tu. 

Apa yang specialnya dengan restoran ni sebab, dia ada korean fried chicken bersalut dengan cheese! Orang sekarang kan suka sangat dengan cheese-cheese ni, asal cheese je cepat viral kan. Oh tapi kedai ni memang glemer betullah, que panjang wey!


Yang ni jelah aku sempat snap, signature dish diorang.


Ok yang ini ialah honey cheesy fried chicken bumbuk RM48.9 yang bersalut dengan cheese. Bagi korang yang tak tahan pedas boleh makan ni, cuma pada aku dia agak muak sikit kot. Sebab cheese dia tebal pastu bila makan ayam tu bersalut dengan cheese rasa dia macam kosong. So tulah punca kenapa dia cepat rasa muak haha. Dia lebih sedap kalau ada rasa spicy-spicy sikitt.




Ok ni aku dengan kakngah share 2 orang. Spicy cheesy fried chicken bumbuk RM49.9 ni yang paling glemer kat sini. Ayam goreng korea ni kan terkenal dengan rasa yang spicy, bila pedas campur dengan cheese memang perfect combination! Highly recommended!



Ni adalah rupa ayam-ayam tersebut setelah disaluti cheese tebal yang berlemak. Tergoda tak?


Yang ni pulak spicy chicken biasa, kawan kakak aku punya. Harga dia maaf, saya tak ingat. Maybe range harga dalam belas-belas gitu kott. Aku suka spicy chicken kat sini, memang padu rasa dia. Yang ni pun recomended jugak, tapi kalau korang dah beli spicy chicken bumbuk tu aku rasa takyah kot beli yang ni sebab rasa dia sama je. Cuma yang membezakan ada cheese dan takde cheese.

Memang puashati makan kat sini sebab portion sangat banyak, boleh kongsi 2-3 orang. Makanan pun sedap, cheese pun dia kasi sebeban. Cuma harga agak mahal sikit dan mungkin cheese dia yang banyak tu buatkan rasa cepat muak. Tapi kalau korang memang cheesy lover aku rasa korang boleh licin kot semua ni xD Kitorang makan tak habis, end up bungkus bawak balik.

Nak makan sini makanlah dengan geng ramai-ramai. Lebih afdhal begitu kerana portionnya sangat besar okay.

RATING : 4.5/5

Thanks for reading!

17 comments:

  1. droolingggg. never been to kfry. x smpt nk try lg.

    jmput join sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah merasa sekali seumur hidup hehe

      Nanti saya blogwalking!

      Delete
  2. tengok harga takut nak masuk makan kat kedai ni hehehe. tapi memang tergoda betul tgk ayam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahah saya pun takut gak tengok harga dia, tpi nasib baik kakak yg sudi belanja haritu. Rezeki takleh ditolak xD

      Delete
  3. Telan air liur baca post ni! Nampak sedap sangat! Aaaaaaaa, nak balik Malaysia nak makan ayam ni T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam kt sini sedap! Tpi lepas makan ni memang akan rasa muak dek cheese2 tu ahaha

      Delete
  4. Apaa nii? Terliur tengok. #sampaihati #kenapabanyaksangatkedaimakanbestkatmalaysiasekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti balik malaysia silalah makan kt sini. Memang sekarang banyak betul kedai yg sedap2, tak explore habis je ni :p

      Delete
  5. sedap betul bila tengok gambar2 semua. :D
    teringin nak try makan korean fried chicken camni :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg spicy tu sedap! Rasa teringin nk makan lagi TT

      Delete
    2. dah try makan korean fried chicken kat kyochon? BV banyak betul baca review kat situ korean fried chicken paling sedap, jelessss sebab jauh. wakakkaa XD

      Delete
    3. Pernah! Yes situ sedap even harga dia mahal sikit xD harap nanti dia ada bukak kat Sarawak jugak

      Delete
  6. tengah malam macam ni tgk gambar tu yarabii padahal baru je habis makan kot hahahaha
    tapi sy tak berapa minat sgt dengan cheese. kalau sikit tu takpelah tapi mcm byk giler je >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah cheese dia memang banyak gilaa. muak gak makan banyak2 xD

      Delete
  7. Dah pergi makan dah. Gila muak. Tak habis makan.

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik tambah lagi bila nampak cheese. Hehe.

    ReplyDelete
  9. "Sebab cheese dia tebal pastu bila makan ayam tu bersalut dengan cheese rasa dia macam kosong"----alaaaa cam tak berbaoi dgn harga lak

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~