31 Dec 2017

My beauty haul!


Assalamualaikum

Hi, harini saja nak share skincare products yang aku tengah pakai. Ni kira macam basic skincare routines jugakla, memang wajib buat setiap malam. Tapi lately ni aku selalu tidur lambat (dalam pukul 3, 4 pagi) so ada yang terskip 1, 2 step haha.

Innisfree bija foam

Yang ni bagus untuk kulit sensitive.Bau dia bau macam ubat-ubat sikit and bila pakai kat muka tu macam rasa sejuk. Tbh, aku ni bukanlah kategori kulit sensitif. Tapi aku beli sebab time tu jerawat asyik naik banyak je, but kadang-kadang it works on my jerawat. Ada sekali tu memang naik jerawat yang sakit kaler merah-merah tu, esok pagi tengok dia dah kecut sikit, baguslah untuk melegakan acne. Baca review pun memang ramai kata bija ni baguss.

Kalau orang yang jenis kulit sensitif boleh try yang ni! Tapi macam aku rasa nak stick to green tea foam jekot hehe.

St. Ives Green tea scrub
Yang ni antara scrub favourite sebab bau dia wangiiiii! Memang suka segala jenis produk greentea. Kalau scrub kan selalu macam kasar sikit kan tapi yang ni lembut je, tak harsh langsung. Tapi aku takla pakai scrub ni tiap-tiap hari, seminggu pakai dalam 2, 3 kali je. Kuantiti pun banyak jugak.

vitamin C serum wishtrend
Lepas cuci muka pakai cleansing foam, apply serum ni pulak. Vit c serum bagus untuk pudarkan jerawat.  Dia claim boleh pudarkan parut jerawat juga cuma bagi aku, yang ni macam tak berapa sangat kot. Aku lebih suka vit c yang upgrade sikit daripada yang ni. Ha yang serum lagi satu tu C21.5. Sebenarnya haritu aku nak beli C21.5 sekali tersilap beli yang ni pulak hahaha..

Simple hydration toner
Yang ni pulak toner simple, beli kat watson je. Best pakai toner ni! Untuk sebarang kesan, aku tak surelah pulak apa perubahan muka lepas pakai toner ni, tapi ianya sangat menyegarkan kulit.

Nano white fresh moisturizer

Aku ni sebenarnya kategori oily skin type tau so sebelum ni malas nak pakai moisturizer sebab takut muka lagi berminyak. Tapi moisturizer ni sebenarnya penting untuk bagi hydration pada kulit kita. So, haritu ada baca orang review jenis moisturizer yang sesuai untuk kulit oily ialah nano white ni! Bila pakai ni rasa sejuk-sejuk je tau dan cepat serap. Tapi yang paling penting, mestilah dia tak buat muka jadi lagi oily!

Recommended untuk korang yang jenis oily face :D

So yang ni jelah aku punya basic skincare routines. Dulu aku mana pernah buat semua step-step ni, cukup sekadar cuci muka je tau haha. Tapi aku perasan lepas dah amalkan basic routines ni muka jadi less oily. Asalnya daripada oily jadi ke combination skin, yay!

Ok jap sebenarnya tak habis lagi, ni pulak adalah skincare tambahan yang bukan dipakai setiap hari, tapi harus pakai setiap minggu. Itu pun bergantung pada tahap kerajinan haha.

Laneige lip sleeping mask

Lip sleeping mask ni aku pakai bila bibir betul-betul kering je, apply sebelum nak tidur, esok pagi tu terus cuci. Tbh aku tak suka texture dia sebab rasa macam air liur yang melekit (nak-nak pakai sebelum tidur kan, so bangun pagi tu rasa macam penuh air liur basi kat bibir haha) tapi bau dia wangi macam strawberry!

Tapi lip mask ni memang okaylah untuk tak bagi bibir kering, rasa cantik je bibir lepas pakai ni.

Innisfree volcanic pore clay mask
Ni pun favourite jugak, bagus untuk pore dan kulit berminyak. Aku pakai ni 1 atau 2 kali seminggu. Dia takleh pakai tiap-tiap hari sebab takut kulit jadi terlampau drying. Cara nak pakai pula ialah lepas cuci muka, sapu sikit toner pada muka untuk senang nak apply mask ni. Kemudian pakai selama 15 minit dan bilas. Janganla pakai lama sangat sampai merekah gituu.

Tapi sekarang rasanya dah berapa minggu dah tak pakai clay mask ni sebab selalu tak sempat hahaha :p

Mise en scene
Yang ni pulak untuk rambut, bau dia wangiii. Yang ni pun aku jarang pakai jugak so macam tak nampak sangat perubahan yang berlaku. It claims untuk merawat rambut yang rosak,rambut nampak shiny dan rasa lembut. Mungkin aku kena pakai tiap-tiap hari kot baru nampak kesannya hehe.

Apapun aku suka dengan hair serum ni, dalam dia mengandungi argan oil which is memang bagus untuk repair rambut yang rosak.

Itu jekot yang aku ada. Taklah banyak sangat n muka pun masih belum licin persis seperti kaca lagi. InsyaAllah soon haha! Nanti aku akan cerita pulak my everyday makeup (lol taktau nak kategorikan makeup ke tak..).

Btw, happy new year! Terima kasih tahun 2017 untuk segala memori dan terima kasih juga pada korang yang sudi singgah ke blog ni sepanjang tahun 2017. Saranghaee! :)

31 comments:

  1. Happy new year, Mazni!

    Baguslah Mazni pakai different brands untuk setiap step. Macam akak, malas nak buat research so pakai je 1 brand tu untuk semua steps. Tak tahulah berkesan ke tak :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year too kak farah!

      saya rasa kalau pakai brand yg sama pun okay dan lagi bagus kot hehe. i really love innisfree n kalau boleh nak semua skincare products saya guna innisfree je tapi bajet tidak mengizinkan xD last2 beli campur je, yang penting kena jugak dgn kulit :D

      Delete
  2. happy new yearrrrrr. yeay i found another cute blog. im adding u to my blog list

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy new year too! done masukkan awak dlm bloglist n follow

      Delete
  3. yeahh anis pun pengguna moisturiser nano white mmg best sbb cepat meresap & tak melekit :D

    ReplyDelete
  4. pore clay mask , macam menarik produk ni

    ReplyDelete
  5. skrg ni pun sy tengah slow2 guna produk innisfree. tapi baru beli cleansing foam & toner dia je hahaha kena simpan duit lagi ni utk lengkapkan set tu hahaha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum pernah beli toner dia, teringin nk try yg jeju volcanic toner tu xD

      Delete
  6. Happy New Year Mazni. Banyak tu produk innisfree. Hehee. Innisfree memang best bila pakai cuma mahal sikit lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka pakai cleanser innisfree, nak beli 1 set tu mmng tak mampulah hehe

      Delete
  7. Go for Innisfree. Hehe ❤️
    Siqah berminat dengan Laneige Lip Masking. Rasa bibir sekarang agak kering juga tapi maybe sebab kurang minum air ke. Tak sure. Hee.

    Siqah guna jugak cica balm (Mazni tahu dah kan?). Hehe. Kejap okay kejap rasa tak okay lak. Confius feeling 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. innisfree for lyfee!

      ;ip mask tu best walaupun tekstur dia melekit yg melampau xD teringin nk try cica balm tuu, nnti review tau!

      Delete
  8. I used to be a fan of nano white lines till one day, my skin couldn't tolerate it anymore when I started to use a local serum..

    Anyways, happy New Year to you.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tk pernah pakai nano white ni, cuma pakai moisturizer dia je sbb memang best hehe

      Delete
  9. hai sis..saya rabia..dah follow blog sis

    ni link blog saya : rabiadawiyah21.blogspot.my

    ReplyDelete
  10. yg bija tu ada jual kat watson ker? Nanti nak try lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. innisfree tkde jual kt watson tpi boleh cari online atau physical shop innisfree hehe

      Delete
  11. Menarik juga produk ini. Tak tahu ada juga produk untuk lembapkan bibir time tidur. Terbaik semua. :)

    ReplyDelete
  12. '(nak-nak pakai sebelum tidur kan, so bangun pagi tu rasa macam penuh air liur basi kat bibir haha)' ahahaha..x nak arghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tapi best lps dah cuci bibir tu, rasa lembap2

      Delete
  13. Teringin nak try innisfree bija tu tapi tak terbeli beli haha. Pernah try nano white fresh punya cleanser pastu tak okay sebab tu malas nak beli moisturizer dia. Tapi banyak pulak yg review okay, teringin pulak nak beli haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moisturizer dia okay dgn kulit saya, suka pakai :D

      Delete
  14. Nampak menarik produk-produk tu...

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~