Aku ni seorang pencinta mi tarik cina. Setiap kali kalau aku nampak restoran mi tarik cina baru bukak kat Bangi ni, mesti aku nak try. Setakat ni dah 6 kedai mi cina yang aku dah cuba kat Bangi ni. Tapi Mi Tarik Yahya is on my top tiers!
Dulu restorannya nama Xinjiang Mi Tarik. Sekitar 2023/2024 kot namanya start tukar jadi Yahya pulak.. Tapi rasa makanannya still sama je tak berubah walaupun nama kedai dah lain haha.
Apa yang aku suka kat sini, sebab makanannya sedap dan murah. Aku boleh katakan rasa makanannya hampir authentic dengan mi tarik yang asli dari cina tanah besar sana. Tak sure owner restoran ni is Chinese muslim dari sana ataupun orang lokal kita.
When i said harga makanan dia murah, tidak ada satu menu pun disini yang melebihi RM15. Paling mahal pun RM12.80 je. Selain tu, kalau korang spent RM8.80 dalam satu resit, boleh dapat free flow drinks! Ada pilihan teh bunga, tamarind dan juga soft drinks.
![]() |
| Free flow drinks |
My comfort food is always diorang punya mi tarik daging. With RM9.80, dapat makan sampai kenyang pastu dapat pulak free flow air.
Soup dia kaler light dan berempah macam sup mi tarik yang lain je. Nak lagi sedap kena letak chili oil lah bagi ada rasa. Tapi chili oil dia pun tak pedas mana hahaha.
![]() |
| Mi sup daging - RM9.80 |
![]() |
| Mi kicap daging - RM11.80 |
![]() |
| Nasi daging masak cendawan - RM10.80 |
Pastu tak lengkaplah kalau pergi kedai cina muslim tak makan dia punya dumpling dengan sate kambing. We always order 2 benda ni kalau tapau atau makan kat situ. Ada jugak chinese beef roti yang harganya cuma RM5 je. Cuma inti daging takdelah melimpah mana.. kenalah dengan harganya yang affordable.
![]() |
| Dumpling daging - RM10.80 |
![]() |
| Sate kambing - RM2.80/pcs |
Overall, makanan kat sini semua memuaskan dan mesra poket. Aku dah banyak kali repeat makan kat sini and this is comfort food! Suasana restoran pun tak terlalu sempit, parking kereta banyak dan lokasi kedainya strategik di tengah-tengah Bandar Baru bangi.
31-G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (Berdekatan Masjid Hasanah)













No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~