12 Jun 2016

Semester 3


Assalamualaikum
sunset puncak alam pada 8/6 ketika sedang menunggu ketibaan maghrib utk berbuka puasa. lel
Alhamdulillah masih hidup lagi dekat blog ni. Sebelum tu saya nak mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua walaupun agak terlambat, haha. Bertemu lagi kita dengan bulan ramadhan, Alhamdulillah.

Seperti yang tertera pada tajuk entry kat atas nuh, dah seminggu aku jadi pelajar semester 3 ni. Rasanya macam semester ni memang malas dia melampau betul, takde semangat and takde motivasi langsung :( Ingatkan aku sorang je yang rasa macamni, bila interview kawan2 lain diorang pun cakap benda yang sama, haha.

Mungkin kerana kecewa dengan result semester 2 yang dah tak dapat anugerah dekan. Atau mungkin kerana merasakan cuti tak cukup sebab masa banyak dihabiskan dengan bekerja masa sem break haritu. Kalau dulu setiap sem aku packing barang seminggu lebih awal, sem baru ni aku packing barang sehari sebelum balik kolej. Kira hebatla tu kan? Last2 banyak benda yang tak bawak sebab memang sengaja tinggalkan kat rumah ._.

Oh ya cakap pasal result kan, aku rasa tak puas hati betul sebab result masa sem 1 dulu dia tak buat majlis anugerah pun, sijil pun langsung tak bagi. Bila result semester 2 ni, sukacitanya dimaklumkan akan ada majlis anugerah cemerlang. Ok aku dengan kawan aku agak tak puas hati disitu. Siut betoi dahlah tak dapat merasa naik pentas. Sekurang-kurangnya bagilah sijil weeiii kenapa ini tidak adil, tidak adil untukku? T__T 

Seminggu yang pertama ni oklah tak bosan sangat sebab ada event. Nama je AJK tugas khas tapi tak buat buat apa sangat pun. Nak tolong kemas mengemas budak lelaki dah buat dulu, haha.


Semalam pulak kitorang main proses pilihanraya untuk subjek koko. Aku rasa mesti bosan kalau setakat jadi pengundi. So bila ada jawatan kosong jadi pihak media, aku dengan Jiji hadid (bukan nama sebenar) menawarkan diri untuk ambil jawatan tu. Cikgu kata dia bagi markah bonus untuk sesiapa yang ambil jawatan, so yeah, haruslah kami mahu :p

SPR dan sultan sedang berbincang. Media ambil gambar kat belakang. lulz
Walaupun dah banyak kali sultan(cikgu koko) halau media duduk luar and jangan ambil gambar sekitar proses mengundi untuk "YB baru", kitorang pedulik apa, lagipun ini main-main je pun :p

So semalam parti yang menang ialah parti Tangan Sado, Parti lagi satu, iaitu parti Ayam Goreng tak menang, tapi still dapat hadiah. Amboi sangat tau dia punya manifesto tu. Macam-macam janji manis diorang bagi. Aku harap sangat satu hari nanti ada monorel di sekitar kawasan uitm puncak alam ni, dan duit RM 300 diberikan untuk pelajar setiap bulan seperti yang dikatakan oleh YB2. Ewah sembang je! :p

So, berbalik pada topik asal, aku masih takde motivasi lagi sebelum the real kuliah start. camne ni? T__T

Maaflah entry ni macam tahpape sikit, saje je taknak blog nampak kosong. Nanti aku sambung balik cerita trip yang tergantung haritu kalau rajin. 

Thanks for reading!

#Ermm... kalau boleh tolonglah klik2 iklan kat tepi tu sekali ye. hehe

34 comments:

  1. bila baca ni terus rindu zaman study! ape ni tak semangat. semangat lah sikit! hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itulah, bilalah semangat ni nak datang T__T

      Delete
  2. Sama la bab sehari sebelum balik baru kemas haha sebab saya nak balik esok, harini baru kalut mencari mana anak tudung sarung bantal saya hahaha. Memang takdak semangat langsung T.T

    ReplyDelete
  3. mazni memang suka ambil gambar sunset kan... XD Takpe, ambil lagi banyak2 hehe.

    biasanya semangat tu datang lepas dapat result yang teruk (my humble opinion). doa byk2 ok... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, saya mmng suka amek gmba langit :D

      Emm.. Result sem 2 yg lepas jatuh tpi still xde semangat juga.. Huhu

      Delete
    2. Semoga berjaya dalam study.. dulu masa matrik tak dapat dekan un tapi selalu juga kena panggil untuk hadir perjumpaan bersama pengarah sesi soal motivasi kenapa result .. . . haha..


      Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

      Blog Berjaya Masuk Rank Malaysia article...

      Delete
    3. insyaAllah sem baru ni nak cuba semula utk dapat dekan tu, huhu. alamak takutnya kena panggil dgn pengarah..

      hebatnya msuk rank malaysia. nnti saya baca!

      Delete
  4. sama juga. tak de semangat terus. kenapa ni? uhuhu. cuti tak cukup kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya begitulah, cuti mcm tak cukup ;_;

      Delete
  5. Selamat belajar kembali Mazni ! Mungkin tak berapa nak semangat sebab bulan puasa kot. Hahaha ! Biasalah memula mauk lepas cuti panjang. Bila ada pilihan raya macam ni memang syok dengar dorang buat janji macam2. Hahahahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dh seronok dpt cuti lama memang terus jadi malas langsung xD

      Semoga mereka berjaya merealisasikan janji itu :p

      Delete
  6. Kitorang yg last sem ni lglaa motivasi low gilaa bila nak exam ni. Tambah2 dgn correction FYP yg tak sudah2. Tp, nasib baik dah habis paper. Tenang sikit. Hehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last sem ni mmng mencabar sikit, hehe. Tahniah dah abis paper :p

      Delete
  7. semangat sikit :D
    sekarang bulan posa kan. sahur dan berbuka la sama2 kawan2 sekelas. ambik feel. hahahhaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tulah, InsyaAllah >_< tahun lepas pose kat kolej seronok je hehe

      Delete
  8. bila interview kawan2 lain diorang pun cakap benda yang sama? so malas berjemaah la ni?
    hahahah ok itu lawak. hmmm

    gi cari motivation pls takmo malas2 hihihi.
    tapi yelah. qila pun malas jgk ni acane ni haha.
    boleh2. reset your niat balik. inshaallah!!!! CHAIYUK!
    ingat, allah tengok effort ok bukan result so cheer up girl!
    effort kasi da bomb! <3 hugs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah qila, mmng sem baru entah kenapa semua dok malas je x'D

      InsyaAllah tengah2 sem nnti dah busy buat esaimen taknak malas2 dah, huhu.
      thankyouuu qila! betul tu, effort kena lebih. walaupun result x macam yg kita impikan at least kite tau tu hasil usaha kite sendiri :D

      Delete
  9. haruslah bersemangat mazni, okay? :)

    ReplyDelete
  10. all the best dear. Happy fasting =)

    ReplyDelete
  11. Hahaha. rindu nak feeling feeling malas macam tu jugak. XD
    Mazni kira rajinlah nak jadi AJK semua, kalau sy sanggup ngorok bawah meja takmau terlibat. Bahahahaha. Takpe banyak sem lagi kan, boleh lagi nak kejar dean list tu. Hehehe. Goodluck Mazni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi AJK pun sebab bosan takde benda nk buat :p
      insyaAllah, doa-doakanlah saya ni ye, huhu

      Delete
  12. tak pe entri ntah hape2 pun janji tak berhabuk cam blog sis JM tu huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis JM jarang update entry pun, sekali dia buat entry baru tu haaaa... sejuta readers dlm masa sehari :p

      Delete
  13. Mazni! hi rindunya
    tadi dah comment pastu tetiba hilang, stress mak haha takpe demi mazi sorang ni comment lagi sekali

    rasa baru sekejap je mazni daftar sem 1 ehh tengok2 dah masuk sem 3
    sem 2 tak dapat dekat, sem ni ada lagi
    jangan sedih2 and good luckkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa sorrylaa T__T blog saya ni selalu double loading kot huhu
      tulah, saya pun rasa x caye je dah masuk sem 3, ada lagi 2 sem je utk habiskan diploma ni.

      insyaAllah, thanks kak nina! :D

      Delete
  14. tak dapat dekan la, dekat buat apa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti menaip pakai phone kan? HAHAHAHAHAHA

      Delete
  15. Boleh cuba dekan lagi semester nie! Hehe! Bestnya zaman studi. Rasa nak pergi balik ke zaman studi tapi tak nak ada exam dan assignment. Boleh ke camtu? Hahaha

    ReplyDelete
  16. belajar rajin2 diknon ooooi hehehe..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~