2 Dec 2013

Burung gagak atas kabel letrik

Assalamualaikum
Hujan je sepanjang hari ni. Sejuk betul. Alhamdulillah, nikmat.

Waktu petang tadi, adalah dalam pukul 4 tu, aku saje intai-intai kat luar rumah. Aku terpandangkan seekor makhluk yang menarik perhatian aku pada waktu tu. Burung gagak. Tapi aku tak suka burung gagak, aku cuma pelik tengok kelakuan dia, tak macam burung gagak yang lain..
Dahlah masa tu tengok hujan, boleh pulak dia duduk kat atas kabel waktu tengah hujan. Nasib baik tak kena sambar. Aku tengok burung gagak yang lain semua berteduh bawah bumbung rumah orang, tapi dia ni stay je kat atas kabel letrik tu. Nampak macam kesunyian je. Takde kawan. Burung gagak lain semua ade geng.


Haaa gambar ketiga ni, ada burung gagak yang lain temankan dia kat atas kabel letrik tu. Masa tu aku rasa macam terharu tengok kawan-kawan dia tu sanggup teman dia duduk kat situ. Dahlah sejuk kan. Lepastu aku tengok burung gagak tu macam teruja je. Dah ada kawan temankan dia kan, mana tak teruja. Eh pepandai je aku ni xD

Tapi tak lama kawan si gagak tu temankan dia, dalam pukul 5 tu aku tengok semua burung-burng gagak tadi dah hilang, kecuali burung gagak yang duduk sorang-sorang tadi. Dia still duduk kat situ tanpa bergerak langsung. Aik, lamanya kau termenung kat situ?

Bila aku tengok burung gagak ni, kisahnya macam realiti dalam persahabatan pulak. Mula-mula kita sorang-sorang takde kawan, tapi tak lama lepastu kita makin ramai kawan dan akhirnya bila kita susah, sahabat manakah yang mampu harungi segala rintangan dengan kita? Itu yang orang cakap," bila kita senang kawan-kawan kenal kita tapi bila kita susah, kita kenal siapa kawan kita". Sama macam burung gagak tadi, kawan-kawan dia lepak kat situ sekejap je, tak lama pastu dia tinggalkan si gagak tadi. Mungkin sebab tak tahan cuaca sejuk.

Kalau kawan-kawan si gagak tadi tu setia dalam persahabatan, dia akan tunggu si gagak tu dan terbang sama-sama, bukan tinggalkan dia sorang-sorang. Kawan memang ramai, tapi kawan yang paling baik tu susah nak jumpa. Bukan semua kawan sanggup tolong kita bila kita susah. Tapi kalau ada yang yang sanggup, itu memang sahabat sejati hingga syurga. 

Kawan, aku harap kau jangan tinggalkan aku macam burung gagak tu. Susah dan senang kita tempuhi bersama. Walaupun aku ada family, tapi rasanya tak lengkap dalam hidup ni kalau takde kawan, ukhuwah sesama Islam tak terjalin. InsyaAllah jika diizinkan, kita beriringan sama-sama hingga ke syurga. Ini impian semua orang, nak beriringan hingga ke syurga bersama-sama dengan orang yang dia sayang. Moga impian menjadi kenyataan kelak :)

Sekian, 
Assalamualaikum





34 comments:

  1. setuju sangat-sangat dengan pendapat akak tu !!! ^^

    ReplyDelete
  2. kadang2 ada perkara kita tak share dengan family tp kita share dengan kawan (sahabat), ada yang kita tak share dengan sahabat tapi kita share dengan family, both are important in everyone's life :)

    ReplyDelete
  3. entry yg bermakna..betul tu kawan senang cri tp tk semua yg akan ada bila kte susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tpi tk semua kawan kite cmtu, kena fikir positif jugak kan? ^^

      Delete
  4. Replies
    1. bertenggek bawah bumbung rumah jiran. huhu

      Delete
  5. Betul tu!
    Hidup jgn sombong dan belagak. Kita kena ada kawan jugak kan? Mcm bffl ke. Eh. Hehheehe :3

    ReplyDelete
  6. Aipp pandai Mazni buat cerita daripada burung gagak bertenggek kan hehe. Nice story! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab saya nampak menarik, so boleh dijadikan cerita hehe :p

      Delete
  7. setuju...

    ada kawan yang akan sama-sama ketawa dan menangis dengan kita..ada kawan hanya pada masa kita senang dan sebaliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik siah. haraplah kawan2 kite semua jenis kategori yg pertama tu

      Delete
  8. itu realitinya dik...susah nak cari sahabat sejati yg takkan tinggalkan kita... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak susah sikit, tpi dlm banyak2 kawan yg kite ada, at least msti ade sorang yg sejati tu :)

      Delete
  9. kadang-kadang ada pekara yang kita tak dapat kita ceritakan dengan family , dan di kongsikan dengan sahabat... kadang kala juga sahabat pun tak boleh maka mengadulah dengan ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu acik. Allah lah sebaik-baik tempat utk kita mengadu

      Delete
  10. betul2,setuju dgn akak.... nice entry... :)

    ReplyDelete
  11. Ye betul sangat..mungkin gagak tu x sihat kot,nak terbang pun tak larat.:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lah. hehe :p saya pun tgk gagak tu mcm tk bermaya jee

      Delete
  12. agak agak kann... kalau gagak tu kena renjatan elektrik.. ada tak orang yang perasan dia dah rentung?? heheh.. bukan nak menghina.. cuma terfikir jer.. huhuhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah laa. agak2 nya org perasan kot sbb dia terbaring kt tengah2 jalan. hehe :p

      Delete
  13. Betul sangat dengan apa yang kak mazni cakapkan. Memang itulah kenyataannya. Bukan semua kawan yang sanggup ada dengan kita waktu susah. Sebab tu kita pon janganlah buat orang lain begitu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu betul tu. akk takut nk buat kawan2 akak cmtu. nnti diorang benci kita then kena pinggir

      Delete
  14. betul..kawan yg ada masa susah memang ssh nk dicari..1 dlm 1000..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan yg 1 dlm 1000 tu ibarat mutiara. susah nk dicari tpi kalau dh jumpa mmng berharga :)

      Delete
  15. perkongsian yg baik dear :)
    boleh muhasabah diri sendri jgk dgn kisah ni..

    ReplyDelete
  16. menarik sangat perkaitannya.. kadangkala kita perlu bersendirian untuk bermuhasabah diri.. mungkin itu juga yang berlaku kepada gagak itu..

    ReplyDelete
  17. waa.....sedihnye...tol2..sy setuju...sush nk cari kwn sejati...senang tu cari kwn waktu senang tp waktu susah???....singgah sini...jemput singgah blog sy :) http://nurnaa-irah.blogspot.com/2013/12/lifestylediary2.html

    ReplyDelete
  18. dear, "burung gagak duduk sorang2"..ala comey, sekor2 la ! heheheh..gurau jer ;)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~