25 Nov 2013

Daiso Japan

Assalamualaikum

KREDIT

Semalam saja-saja keluar pergi mines dengan kawan-kawan. Kalau dah pergi mines ni, memang Daisolah lokasi utama yang aku serang. Harini nak review sikitlah pasal kedai Daiso ni ^^

Daiso Japan, ada menjual pelbagai jenis barangan daripada Jepun. Tak perlu pergi Jepun pun dah boleh beli barang yang comel dekat  sini. 

Apa yang menariknya di Daiso ni, setiap barang berharga RM5 sahaja. Walaupun harganya RM5 je, tapi barang-barang dia bagus tau. comel-comel pulak tu. Barang dapur ada, barang sekolah ada, alatan menjahit ada, hiasan untuk rumah ada, semua ada! Seronok sangat bila shopping kat sini.

Tahun lepas, before nak pergi melancong kitorang beli barang keperluan musim sejuk kat sini je. Jimat duit, bila guna pun bagus.

beli barang menjahit je. hahah!
cawan cantik pattern macam fabrik yg ber-campur2! <3
total semua = RM25!

Dah habis membeli kat Daiso, singgahlah kat kedai takoyaki pulak untuk beli okonomiyaki Semua nak jepun je aku ni, hehehe.
Sekian, Assalamualaikum.