Sambungan dari --> Mendaki Gunung Prau via Patak Banteng (Part 2)
Tiba di basecamp Merbabu lebih kurang pukul 7 malam. Nama basecamp kitorang ni Porter Ghoib, ghisauu aku ada benda-benda ghoib pulakk kat sini wahaha.
Basecamp kalini aku rasa selesa sangat sebab dia macam konsep rumah. Kat sini aku dapat tidur nyenyak yang berkualiti tau walaupun cuma tidur beralaskan sleeping bed yang nipis. 5 jam tu dikira tidur yang lama kalau kita buat trip hiking xD
So, malam tu kami diberi briefing oleh mas Ridho tentang tentatif perjalanan mendaki Merbabu esok pagi. Ada juga diterangkan tentang apa yang boleh dan tak boleh dibawa ketika mendaki Merbabu ni, antaranya ialah tak boleh bawa ubat gigi dan pencuci muka.
Pencuci muka tu aku boleh tahan lagi lah, tapi ubat gigi tu cam shoketh sikit sebab kitonya tak pernah tak gosok gigi lebih dari 24 jam. Sabun, ubat gigi semua ni mengandungi bahan kimia, maka dikhuatiri akan menyebabkan kerosakan pada alam gitu lah. Kita pun akur jelah untuk jadi busuk selama 2 hari 1 malam.
Merbabu ada 4 jalur pendakian iaitu Suwanting, Thekelan, Selo dan Wekas.
 |
| Peta Merbabu via Suwanting |
Kami mendaki via jalur Suwanting. Bermula dari starting point aras 1,520 meter dari paras laut, jaraknya lebih kurang 5km dan bakal memakan masa sekitar 5-6 jam. Jalur Suwanting ni merupakan jalur paling cepat untuk sampai ke puncak, tapi cabaran dia adalah kena menempuh jalan yang jauh dan pacak masa nak otw ke campsite.
Sama macam gunung-gunung lain, kat Merbabu ni pun boleh guna jasa porter jugak. Harga porter RM260 dan limit barang ialah 20kg. Boleh share 2-3 orang punya barang. Memandangkan cuma camping 1 malam, aku memutuskan untuk pikul load sendiri je.
Satu malam punya barang pun, 7kg jugak aku pikul sebab tolong angkat barang2 kakak ngan adik aku sikit hahaha.
1 Jun 2026 - Isnin
Pagi tu kami makan breakfast. Pastu persiapkan hiking gear, double check segala barangan, ubat-ubatan sebelum mula mendaki. Mana-mana barang kami yang taknak bawak naik atas, kita tinggalkan kat basecamp ni je. Ilya dengan kak Sarah share porter 2 orang, so bila ada ruang lebih aku just tumpang letak air botol je.
 |
| sarapan nasi goreng sambil monolog our decision nak hiking sini :p |
 |
| Hello gunung Merbabu! |
Alhamdulillah cuaca pagi tu sangatlah cerah (dan terik). Kita pun selfie selfot la seketul dua gambar sebelum dikutip oleh lori untuk turun ke ojek point. Jarak tak jauh pun, kurang dari 5 minit je.
 |
| Dari sini nampak gunung Merapi, Subhanallah cantiikkk |
Naik ojek nanti dia akan turunkan kat starting point. Aku fikirkan ojek ni jauhla dalam 15-20 minit ke, lahh rupanya kurang dari 5 minit jugak. Jalan dia pun guna jalan ber-tar je, so takde la thrill sangat macam ojek Prau haritu :p
Kemudian kami diberikan briefing sikit masa sampai entrance tu dan berkenalan dengan porter seramai 4 orang. Sorang akan jaga di line depan, sorang tengah dan 2 orang jadi sweeper. Btw, aku tengok porter kat sini kebanyakkan muda-muda. Lepastu kasut diorang bukan kaleng-kaleng tau, pakai Salomon, Asics, dan brand-brand yang mahal la.
Aku kan pernah pergi Rinjani, porter sana hampir semuanya pakai selipar jamban je weh. Tapi mungkin jugak sebab faktor umur, porter-porter muda ni lebih cenderung untuk bergaya dan ikut trend semasa gituwh, KAH!
 |
| Dari kiri; mas Gondrong, Danny, Faiz dan....... tak ingat nama ahahaha |
Sebelum naik, baca doa dulu dan ambil group photo. Masa ni dah start panas tau which is aku mencikk betul hiking dalam keadaan yang panas gini. Maklomla, start naik pukul 10 pagi. So anggaran kami akan sampai di campsite nanti sekitar 3-5 petang lah.
Merbabu terkenal dengan pemandangan padang savana hijau yang menakjubkan. Tak sabar nak tengok keindahan alam yang terbentang luas bila sampai campsite nanti!
Beautiful photos! I am so happy to see your post! Thank you so much for sharing this amazing tour!
ReplyDeletethank you!
DeletePorter² nya muda² lagi ganteng😗
ReplyDeleteRaungtrip tu macam meraung² lah eh
muda muda hanak hiqan kakk :p
Deleteraung tu sebenarnya nama gunung. tapi dorang bawak je trip ni pergi gunung2 lain selain raung jugak. alhamdulillah, merbabu ni tak meraung lagi lah :p
Nama base camp dia pun.. porter hilang atau ghaib tu risau juga hahaa.. next time boleh bawa miswak kalau tak leh bawa ubat gigi.. harga tu boleh share 2-3 org okla jadi murah sikit huhuu..
ReplyDeleteHaa ghisau kan nama ghoib tu. Motif sangat nama dia punn.
DeleteHm tula pasni kena prepare bawak miswak la kalau naik gunung. Just incase ada gunung yg tkleh bawak ubat gigi camni
tapi first time juga dengar naik gunung tak boleh bawa ubat gigi... selama ni semua ok jer huhuu
Deleteseronok baca kisah hiking mazni..salute lah semua hikers sbb sgt fit dan gigih! kalau kat FB, saya folo ume cikin..tu pun hiker jugak, dan byk join larian/marathon
ReplyDeleteUme cikin tu baru ni naik gunung raung pun under organizer RaungTrip ni jugak. Dia lagi powerlah
DeleteAdui, mesti melekit melekat baju kat badan sbb berpeluh hiking dalam cuaca panas tu kan. Kalau nak naik sini lagi agaknya kena beli kayu miswak la kot nak gosok gigi sbb miswak takde bahan kimia 😅
ReplyDeleteMelekit la jugak. Pastu smpai atas campsite takleh mandi hahaa. Nasi baikla atas tu sejuk sikit.
DeleteNext time kne prepare miswak
Melekit la jugak. Pastu smpai atas campsite takleh mandi hahaa. Nasi baikla atas tu sejuk sikit.
DeleteNext time kne prepare miswak
Mazniiiiii,next nak mendaki di mana lagiii 😄?
ReplyDeleteMemang sukaaaa lah baca pendakian kalian. Sebab saya tak mungkin kalau mendaki gunung nih. 🤭.
Makin bertambah pula alasan tak bisa, pas baca tak boleh bawa sabun cuci muka dan pasta gigi hahahahahahah. Memang tak sanggub rasanya 🤣🤣.
Aiiiih muda2 memang porternya. Beda sangat dengan yg prau kemarin 🤭.
Plan nak gi agung. Kalau tak agung, nk buat triple S kalau larat hahaa. Kalau tak mampu, kerinci atau semeru. Tengokla mana2 yg terkena tahun depan 🤣 atau semuanya sembang? Wakakaka
DeleteTak mandi tu dah biasa, tak gosok gigi tu tak biasa huhu. Gitulah anak gunung kan
Prau mcm takde porter.. kami ada guide. Tapi guide dia pun muda mcm kepasan sekolah je
Mampirlah ke JKT sebelum lanjut 😄.. ketemuan dulu kitaa 🤭☺️. Tak sabar tunggu cerita . Saya sukaaa baca cerita mazni naik gunung, sebab tak akan mampu naik dan merasakan sendiri 😂
Delete1st time dgr tk bole bw ubat gigi and pencuci muka tu ketika mendaki
ReplyDeleteMasa saya gi rinjani last year boleh je bawa. Lain gunung lain peraturan gitu
DeleteBaru tahu ada barang tidak boleh bawa. Bergaya betul porter di sana.
ReplyDeleteKadang2 benda2 plastik pun takleh, tisu basah pun tak boleh bawak jugak
Deleteooo ye ke? tak boleh bawa ubat gigi rupanya tp kalau mouthwash mcm mana?
ReplyDeletekalau gitu next time dtg bw kayu sugi laa kann hehhee
Monthwash pun sama, sbb still ada chemical. Kumur2 pakai air je hhaaha.
DeleteNext time bersugilah kita 🤣
porter gen z kotttt
ReplyDeleteapa kelas pakai selipar jambannnnn
hahahhaa
Sek demo kenal barey!
DeleteSaya pernah lihat juga video porter lupa gunung mana di Indonesia, yg pakai sendal jepit macam tuh 😂😂😂. Memang takjub. Kita pakai sepatu trekking pun macam masih oleng, dia pula berlari pakai selipar hahahahah .
DeleteKalau kami sebut, memang kelas AKAMSI (Anak KAMpung SIni) 🤣. maknanya memang Mereka dari lahir dah berteman dengan gunung . Jadi nak telanjang kaki pun oke🤭
Porter Gen Z. Kalau untuk KSarie kategori hanak-hanak ikan ni😅. Sekali pandang gambarnya udah macam nak masuk Hero Remaja pun porters nya itu. Ada ke dalam 20 orang yang joint trip mendaki kali ni Mazni? Semua yang joint semua muda belia macam Mazni juga
ReplyDeleteMemang anak ikan pun. Tak jadi nak ngorat sebab terasa tua betul kita ni 🤣
DeleteKami haritu 21 orang. Kebanyakannya anak2 kelahiran 2000 an. Yang geng 90s ni ada beberapa jelah
Nama Porter Ghoib tu memang terus suspek dibuatnya! Tapi seronok dapat rest selesa sebelum mendaki.
ReplyDeleteDapat tidur nyenyak tu paling suka!
DeleteMujur tak ghoib ye. Hihi. Seronok tengok orang hiking. Sendiri nak cuba memang tak kental.
ReplyDeleteJangan ghoib, risauu 🤣
DeleteOh tak boleh bawa ubat gigi ye. Adeh, susah juga nak menahan nafas tu :p
ReplyDeleteKumur 10 kali pun still rasa tak bersih hahaha
DeleteEham... Sempat exchange ig dengan porter2 muda tu ke?
ReplyDeleteKasut Salomon? Tak pernah dengar. Uncle tau kasut bata je....
Dapatla exchange sorang dua :p
DeleteSalomon antara brand kasut hiking yg mahal. Harga boleh cecah ribuan!
Tak boleh bawa ubat gigi, mesti menjaga persekitaran kan. Bestnya Mazni naik gunung.
ReplyDeleteBetul tuu. Takut rosak tanah atau rumput2
DeleteAa ghisau pulak kan nama dia Ghoib tu. Mujur jugalah dapat tidur tu kan. Kadang kita susah nak lelap mata kalau ditempat yang baru.
ReplyDeleteOhh macam tu ek rules dia tak boleh bawa ubat gigi dan pencuci muka. Kena pakai kayu sugilah gitu. Tak selesalah pulak kalau tak gosok gigi. Cuci muka tu takpe lagi kan. Nak tak nak terpaksa ikutlah apa kata dia kan.
Lambat jugak ek naik pukul 10am tu. Dah mula panas. Kalau awal pagi syoklah dapat udara yang segar dan bau fresh pagi tu.
Penat tak dapat proper sleep lebih dari 24 jam. Bila dpt tidur lama tu, sampai terkeluar air liur laa hahaha!
DeleteNext time kena prepare kayu sugilah kalau naik gunung. Just incase takleh bawak ubat gigi..
Haha tulaa terlambat sikit. Sepanjang naik tu meratib nak sampai campsite sebab nak sejukk
Ooo.. susah juga tak boleh bawa ubat gigi. Akak baru tahu. Brand kasut Mazni sebut tu, biasa runners pun pakai. Tapi kasut hibrid pun ada sekarang, untuk trail runners dan hiking, harga dia memang bapakkk la ..
ReplyDeleteSaya pun pestime gak naik gunung tk bawak ubat gigi ni hihi. Kasut saya hoka pun khas utk trail run. Kita beli time promo dpt la bawah rm400 😄
DeleteBetul-betul menjaga alam ya, ubat gigi pun tak boleh bawak. Kalau tau awal mungkin Mazni boleh bawak kayu siwak 😀
ReplyDeleteBerat tu Mazni hiking dengan load 7 kg. Tapi kalau dah biasa mungkin tak rasa terlalu berat.
Next time kena prepare kayu siwak tu 🤣
DeleteSaya tak biasa jugak bawak load atas 5kg. Mujurlah ada training haritu
ni pakej cuci mata skali la ea? hahaaha eh niat dah lain.
ReplyDeletetak syabar nak tgk photo hijau2.
Cuci mata jumpa hikers2 kacak hahaha!
Deleteit's 31st august today! salam hari kemerdekaan utk kita semua!
ReplyDeleteSalam kemerdekaan buat MZ and family!
DeletePertama kali dengar tak boleh bawa golgate. Menjaga alam sekitar ya. Tabik lah orang suka hiking ni. Akak naik bukit kat area bromo pun dah semput. Tu tahun bila kalau sekarang huhuhu je lah
ReplyDeleteBagus jugak kan dia buat camni. Tpi kita kena tahan busukla hehehe.
DeleteBromo tu mmg semput pun kann. Tangga dia tinggii
Ketat sungguh syaratnya ye sampai tak boleh bawa ubat gigi. Rupanya bukan mudah untuk melestarikan alam sekitar.
ReplyDeletekita follow the rules la kan, utk jaga alam
Delete