Sambungan dari --> Jabal Thur dan Arafah
Turutan bagi Masya'ir haji adalah Arafah --> Muzdalifah --> Mina'.
Kami melalui kawasan Muzdalifah dan Mina dari dalam bas je. Masa lalu sini, heaven je jalan tak banyak kenderaan. Kalau time musim haji ustaz cakap jangan haraplah bas boleh masuk ke kawasan ni semua. Perlu berjalan kaki beberapa km dari Arafah ke Muzdalifah, dan akhirnya ke Mina'. Belum cerita lagi dengan pelbagai ragam 1 juta manusia.
Cabaran haji ni memang perlu persiapkan fizikal dan juga kena banyakkan bersabar. Kerana ibadah haji itu adalah simbolik bagi kesusahan, pengorbanan, dan mujahadah (perjuangan) rohani.
 |
| Masjid di Muzdalifah |
Selepas wukuf, jemaah akan berada di Muzdalifah pada malam 9 Zulhijjah untuk mengutip batu. Keesokkan harinya 10 Zulhijjah akan bergerak ke Mina' pula untuk ibadah melontar jamrah.
Lokasi manasik haji yang terakhir adalah di Mina'.
 |
| Khemah untuk jemaah haji di Mina' |
Sama jugak, kami sekadar lihat dari dalam bas je melalui kawasan ni. Sedikit sebanyak dapatlah lihat gambaran ketika musim haji bila kami dibawa ke tempat-tempat ni. Semoga ada rezeki, kita datang kesini menjadi tetamu haji pula.
 |
| Jalanraya yang nampak bersih dan lengang |
Kami berhenti di Masjid Ji'ranah untuk berniat ihram. Ada juga di antara kami yang tak turun dan hanya ambil wudhu menggunakan wudhu spray saja.
Nampak macam ramai orang..
Dari Masjid Ji'ranah, bas akan direct ke Makkah dan drop kami untuk buat umrah kedua. Masa sampai di masjid ni, ada lebih kurang sejam sebelum masuk azan zohor. Kami pun buatla tawaf 3 pusingan dulu sebelum stop sebentar untuk solat fardhu zohor.
Habis je solat zohor, ustaz ajak kami semua turun ke Mataf area untuk sambung lagi baki tawaf. Ngam-ngam elok je selesai tawaf tu, kami dapat spot berhadapan Maqam Ibrahim untuk buat solat sunat. Alhamdulillah, indah view kali ni.
 |
| Pintu Kaabah & Maqam Ibrahim |
 |
| View Kaabah dengan Clock Tower di belakang |
Dah solat sunat tawaf, minum air zamzam, kami pun terus jela ke tempat Saie, selesaikan 7 pusingan dan akhir sekali bertahalul (bergunting). Umrah kedua haritu selesai sekitar pukul 2.30 pm dan kami terus pulang semula ke hotel.
 |
| Keluar dari pintu Saie |
 |
| Safiyyah dan burung |
 |
| Mak yang dipimpin oleh 2 orang bodyguard |
 |
| Projek menaiktaraf kota Mekah yang sedang giat dijalankan |
Masa pergi kursus umrah, ustaz bagitau yang di Mekah ni sedang buat proses redevelopment. Di mana bangunan-bangunan lama, bangunan yang dibina tanpa lesen semuanya akan dirobohkan. Di sekitar kawasan yang kami duduk ni pun tengah rancak proses perobohan bangunan, termasuk hotel.
Mereka target development Mekah ni akan siap by tahun 2030. Lepasni susah sikitlah nak dapat pakej umrah bawah RM10k kata ustaz. Semua hotel-hotel yang murah akan digantikan dengan penempatan yang lebih moden dan selesa. Hotel kami Al Olayan Golden Hotel ni pun taktahu lah akan kekal ke atau dirobohkan..
 |
| Suasana di Ibrahim Al-Khalil Road |
Malam tu kami nak jalan-jalan sekitar Mekah ni. Sajalah cuci-cuci mata berjalan dari area Clock Tower sampailah tempat shopping di belakang hotel. Tapi tak beli apa-apa sangat pun memandangkan kami ada banyak masa lagi kat sini.
Kita ni bangsa last minit. Nak membeli tunggu bila dah hujung-hujung :p
 |
| Ustaz cakap ni lorong gelap hahaha. Harga barang murah sikitlah compared to area Clock Tower |
Tujuan utama keluar malam ni pun sebab nak cari Al-Baik (fastfood yang terkenal di Saudi). Walaupun beratur panjang, tapi tunggu jelah sebab nak merasa katakann. Maklomla, kat Malaysia takde Al-Baik ni. Walaupun kawan aku cakap rasanya biasa-biasa je, tapi still lah nak cuba jugak :p
 |
Mecca clock tower at night
|
 |
| Bukti dah berjaya merasa Al-Baik! |
Tak terlalu banyak pilihan yang ada waktu tu.. Nak beli burger, takde pulak. Ayam pun macam kena tunggu lama sikit. So kami beli jelah nugget ikan + nugget ayam. Nugget dia okay-okay jelah, ada rasa spicy sikit cuma taklah terlalu wow gituw.
Disebabkan nugget tu pun tak banyak mana, kami bungkus jugak ayam goreng dari Broast House.
Broast House ni pun sejenis Fast food jugak, tapi masa kat Madinah tak jumpa pulak. Bagi aku, ayam dia sedap! Pedas-pedas gitu. Pastu yang paling aku suka is shawarma shrimp dia. Memang benda tu jelah yang aku selalu order kalau pergi Broast House ni.
Sampai sekarang terngiang-ngiang dia punya sedap tu. Kat Malaysia macam susah je nak jumpa shrimp shawarma...
 |
| Spicy chicken Broast House & fish nugget Al-Baik |
Keesokkan hari, kami ada lawatan pergi ladang unta dan muzium. Sekaligus sambung umrah ketiga....
sama la kita tgk khemah Mina tu dr dlm bas...adik akak ada bergmbr dkt khemah mina tu time die p umrah DIY..katanya amik mood utk pi haji nanti....albaik tu mmg femes la tp baca review ada lg ayam lain yg lg sedap...akak aritu pn tkdpt merasa ayam albaik tu sbb soldout..nk tgu lama plak so kami mkn tmpt lain
ReplyDeletewow hebat pergi DIY. tak terikat dgn waktu.
Deletesamalah, nak beli ayam haritu pun sold out. penyudahnya dapat makan nugget berapa ketul tu je
adik akak pegi umrah DIY ngan husband dia yg mmg dh biasa selok belok tanah suci sbb husband die mmg keje tabung haji
DeleteBest nya. Kiteorang tak sempat jalan2 cuci mata atau cuci wallet di sekitar Mekah. Sebab first time pergi umrah, jadi fokus lebih sikit beribadah 😅 plus badan penat jadi balik dari Masjid Haram je terus balik bilik untuk berehat. Jalan-jalan dalam Clock Tower pun tak sempat. Semoga ada rezeki datang ke Mekah dan Madinah lagi, nak jugak merasa jalan-jalan cuci mata dan mencuba makanan viral kat sana.
ReplyDeleteKami pun pestime pergi umrah. Kita seimbangkan ibadah dan cuci2 mata 🤭 clock tower tu pun saya dtg sebab mencari nasi unta je hehe
DeleteMasa Akk pergi dulu pun banyak juga kerja pembinaan sekitar Masjidil Haram. Sampai sekarang rupanya masih ada construction area masjid ye.
ReplyDeleteAl Baik tu ada ayam goreng juga kan?
Memang tak pernah stop lah construction kat sini.. haah, ada ayam. Tapi masa kita nak tu dah habis pulak. Terpaksalah beli ayam kat tempat lain hehe
DeleteOo.. khemah² di Mina tu permanent rupanya. Akak ingat depa cabut dan pasang semula masa musim haji.
ReplyDeleteMenarik tu shrimp shawarma, kalau ada kat sini boleh rasa.
Itulah, saya pun fikir macam akak jugak. Takyah ulang pasang banyak2 kali kan.
DeleteLupa ambil gambar shrimp shawarma tu.. tapi memang sedap! Bila entah nak buat sendiri..
Memang ibadah haji tu butuh fisik yang prima, serta jiwa yang tenang ya mbak.
ReplyDeleteLihat kaabah rasanya tenang sekali ini hati. Entah kapan jua diri ni bisa berangkat kesana, hiks
buat umrah pun terasa penatnya. haji pastinya lebih penat. perlu kuat dari segi fizikal
DeleteHehe ya dahulu tengok khemah itu daripada teksi.
ReplyDeleteMoga ada peluang untuk kerjakan haji pula. Amin.
aminn
DeleteSelalu tengok vtt betapa ramainya jemaah haji. Terfikir macam mana nasib diri sendiri di padang mahsyar..
ReplyDeleteTeringin nak rasa shawarma shrimp. Pasti sedap...
padang mahsyar lagilah tak boleh terkata dahsyatnya.. smoga dipermudahkan urusan kita di sana kelak..
Deletesedappp! kena buat sendirilah since susah je nak jumpa orang jual shawarma shrimp huhu
Nampak steady lagi hajah mak... semoga sihat2 selau
ReplyDeletemasih kuat semangat walaupun jalan slow2 je..
DeleteTak sempat nak ke al Baik haritu. Maklumlah akak pergi trip umrah singkat, tak banyak masa.
ReplyDeletehuhu faham sangat. masa banyak dihabiskan pergi masjid je
DeleteAllahuakbar tenguk gambar Mazni up ni rindunya nak pi mekah lagi. Mudahan Allah jemput akak tahun hadapan. Aamiin
ReplyDeletesetiap masa rindu! aminn semoga ada rezeki kak notie pergi haji dalam masa terdekat
DeleteBeautiful photos. Thank you for sharing your journey.
ReplyDeletethank you linda!
Deletecantik gmbr yg ada clock tower tu... mekah ni mcm ongoing jer proses upgrading nya...zmn2 MZ ke sana pun ada jugak benda2 upgrading works tu
ReplyDeletemak saya pergi tahun 2014 pun sama jugaklah, banyak renovation dalam masjid, sekitar kawasan masjid.
Deleteuntuk keselesaan jemaah dari serata dunia
Akak pun sempat singgah Al-Baik, tapi ramai orang sangat, tak jadi beli ayam. Alhamdulillah, selesai umrah kedua. Sama kita, tengok khemah haji semasa dalam bas. Semoga ada rezeki untuk kita kembali ke sana untuk tunaikan haji pula. 🤲
ReplyDeletebeli buat rasa2 bolehlaa hahaha. saya suka lagi ayam broast house tu.
Deleteaminn
Alhamdulillah..dah dapat pergi sekali.. moga ada rezeki akak juga nanti.. aamin
ReplyDeleteaminn. insyaAllah soon!
DeleteSenyum aje KSarie baca perkongsian Mazni ni sebab manis pengalaman Mazni dan semua gambar yang dikongsikan semua cantik-cantik belaka. KSarie baru pertama kali dengar ada shrimp shawarma. Ramai orang pesan suruh makan ayam Al-Baik kalau ke Mekah. First time juga dengar pasal ayam Broast House. Semoga semua yang membaca post ini Allah jemput menunaikan umrah walaupun mungkin harga pakej lebih RM10K selepas siap redevelopment Mekah pada 2030 itu ye. Sebab ustaz selalu koba sesiapa yang dijemput menunaikan haji atau umrah bukan sebab kita sihat, kita ada duit dan ada masa tetapi sebab Allah undang dan Allah izinkan
ReplyDeleteshrimp shawarma tu memang sedap! rasanya mcm kena buat sendiri tapi tulah, tengokla bila mood rajin ni nak datang xD
Deletesetuju dgn ayat last tu. ada orang bnyk duit, tapi masih tk sampai2 tanah suci lagi. mungkin dia sendiri belum sedia, atau belum masanya dijemput kan
Saya sempat singgah Al Baik tahun 2014 dan tetap cari juga Al-Baik tahun 2023.
ReplyDeletemacam tak sah pula datang mekah tak cuba al-baik ni
DeleteRindunya Muzdalifah dan Mina...
ReplyDeleteyg ada pengalaman haji mesti sentiasa rindu <3
Deleteseingat sy sy x penah buat tawaf tengah hari. kalau masa matahari tengah naik tu pernah laa juga... bukan takut panas tp takut tak fokus sbb sibuk nak tahan panas😁
ReplyDeletekalau pergi time musim sejuk ni panas dia okay2 lagilah. takla sampai tahap perlu berpayung hehe
Deletesy rasa lebih dari tahun 2030 kot. bangunan2 situ agak padat dan rapat. nak robohkan satu persatu dgn keadaan org sentiasa ramai pasti ambil masa yg pnjg. kalau diorg upgrade hotel2 yg jauh sikit dr mekah tu rasanya lbh baik. so dpt kurangkan sikit kesesakan mekah... sekadar pandangan daif sy
ReplyDeletetula rasanya mesti lebih tu. ada lagi 4 tahun je nk menuju ke 2030, tengok gaya mcm tak sempat nak develop semua. maybe area hotel yg dekat2 dgn masjid tu je la yg dinaiktaraf dlu
DeleteGambar-gambar semua lawa dan 'clear' Mazni! Bab bershopping hujung-hujung tu memang wajib, kita kan bangsa last minute baru syok nak borong macam-macam 😂. Alhamdulillah, selesai umrah kedua. Semoga dipermudahkan pula untuk umrah yang seterusnya!
ReplyDeletekita taknak habiskan duit awal lagi. banyak lagi tmpt tak pergi :p
DeleteOh mereka sedang redevelopment yaaaa. Harap2 memang fasilitas akan menjadi lebih nyaman, trutama toilet umum. Kalau masalah harga, asalkan fasilitas bertambah baik, okelaah ada kenaikan.
ReplyDeleteTuhlah kan, Al baik tuh selalu di rekomen orang, tp setelah coba, yaaa biasa aja 😅😅. Sayapun sekedar tahu dan sudah coba lah. Nak coba lagi, boleh, tp bukan something yg akan saya cari . Kalau ada menu lain, prefer menu lain.
dari zaman mak ayah saya pergi haji lagi memang sentiasa ada development. saban tahun kosnya sentiasa naik. semoga semua fasiliti nya bertambah baik utk keselesaan jemaah kan.
Deletesaya takleh komen lebih sangat sebab makan nugget je haha. tapi nugget tu, okay2 lah rasanya
Tenang tengok suasana di sini. Alhamdulillah syukur awak pergi beribadah pada waktu yang tak sesak. Semua urusan ibadah Allah permudah.
ReplyDeleteSebenarnya waktu kami datang ni antara peak season, sebab musim sejuk. Tapi alhamdulillah rasa dipermudahkan
Delete