31 Mar 2026

Ziarah Wada' - Selamat tinggal Madinah

 

Sambungan dari --> Malam terakhir di Madinah

7 Disember 2025 (Ahad)

5 hari 4 malam berada di Madinah, tibalah hari untuk berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pula. Honestly, agak sedih untuk meninggalkan Madinah al-Munawwarah, kota yang bercahaya ni.. Dia punya aura dan ketenangan tu memang lain daripada yang lain.

Selain suhunya yang sejuk, disini lah tempat kekasih kita, Rasulullah SAW serta para Ahlul Bait berehat. 

Pagi tu kami pergi solat subuh buat kali terakhir di Masjid Nabawi. Bas akan bergerak lepas zohor, sempatlah nanti nak solat zohor for the last time. Lepastu ustaz dah pesan untuk buat ziarah wada' jugak.

Ziarah Wada' ialah ziarah perpisahan terakhir ke makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, Madinah, sebelum meninggalkan kota Madinah. Ia merupakan simbol kasih, penghormatan, dan doa agar dijemput kembali menziarahi Baginda. Jemaah digalakkan solat sunat di Raudhah, berselawat, dan berdoa agar ziarah itu bukan yang terakhir. 

Solat subuh macam biasalah, datang awal sejam untuk dapat tempat di bahagian dalam masjid. Sampai hari terakhir pun masih tak jumpa kubah masjid yang boleh terbukak tu, huhu.


Balik dari masjid, sempat jugak kami pergi shopping jubah. Punya banyak hari pusing-pusing cari abaya yang berkenan kat mata, last-last kedai bawah hotel jugak yang kitorang pilih!

Beli total 5 helai jubah campur dengan adik dan kakak aku. Discount punya discount, jubah aku dari 170 riyal dapat 150 riyal. Still rasa tak murah sangat tapi lantaklah, benda last minit kan memang selalunya mahal. Yang penting aku sangat sukakan design abaya tersebut!

Balik hotel teruslah sumbat segala mak nenek jubah ni dalam beg sampai kembung. Kami perlu checkout dari hotel pada pukul 12 tengahari. Sebelum checkout, ustaz dah pesan untuk solat zohor dan asar dilakukan secara jamak taqdim. Ikutlah nak buat kat bilik atau pun kat masjid. 

Tapi rasanya ramai yang nak ke masjid je. Sekaligus buat ziarah wada'.

Tengah rushing berjalan nak ke pintu solat wanita
Suasana baru habis jemaah di Masjid Nabawi. Rindunyaa
Kitorang bergilir-gilir dukung hajah kecik yang dah tertidur ni, haha

Setiap kali lalu depan kubah hijau je, mesti akan stop kejap beri salam. Kali ni lama sikit kami berdiri depan kubah hijau ni. Banyakkan selawat, dan doa pada Allah semoga ini bukan ziarah terakhir kami ke Madinah.


DOA ZIARAH WADA’

“Ya Allah, janganlah jadikan ini sebagai kunjungan terakhirku ke tempat suci Rasul-Mu dan permudahkanlah bagiku untuk kembali ke dua tanah suci tanpa kesulitan atau fitnah yang menyesatkan. Kurniakanlah kepadaku kesempatan untuk selalu berziarah dengan keselamatan dan kesehatan di dunia dan akhirat. Berikanlah kepadaku syafaatnya pada hari kiamat, kurniakanlah kepadaku pengampunan-Mu, keridhaan-Mu, dan surga-Mu, serta lindungilah aku dari api neraka dan fitnahnya.”

Hayah Plaza yang menjadi penginapan kami selama 4 malam

Sekitar pukul 1.30 pm, tayar bas pun mula bergolek untuk meninggalkan kota Madinah. Semua jemaah dah siap memakai ihram, dan kami akan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat ihram. 

26 Mar 2026

Hari Raya 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger!

Tahun ni aku beraya di Perak tengah dan belah-belah utara je. Dia punya berkuap tu, nauzubillah.. Rasa nak mencair you all! Cuaca panas tahun ni agak luar biasa sampai rasa tak selesa nak berjalan raya, haha. 

Tapi tetap juga gagahkan diri kesana kemari sebab jumpa pun setahun sekali jekan.


Dari Penang, kami ke Parit, Perak. Terus ziarah ke kubur opah, atuk serta pakcik dan makcik yang telah tiada. Raya dah tiada seri lepas opah meninggal tahun 2022, dan itulah tahun last kami beraya dengan opah.

Disebabkan rumah kampung dah takde siapa yang mampu jaga, kami sewakan pada orang je. Daripada biar tak berpenghuni sampai reput dimakan anai-anai, eloklah biar orang jaga. Penat woo setiap kali balik kampung kena mengemas segenap sudut yang ada. Rumahnya pulak 2 tingkat besar, jenuh nak kena sapu, mop, cuci pulak periuk belanga dan pinggan mangkuk. 

Used to be our childhood, sekarang cuma mampu tengok dari jauh. 

Kami officially dah takde kampunglah.. Rumah berusia 80 tahun++, arwah atuk beli dengan harga RM40 je pada zaman tu. Agaknya 20 tahun akan datang, adakah rumah ni masih kekal bertahan?

Kebetulan masa balik kampung ni, jiran kat belakang kampung ada kat rumah pulak. Ayah aku kata nak pergi melawat japla kawan-kawan sepermainan dia masa kecik dulu. Orang tuanya bestfriend opah, masa kutip kayu api zaman dulu-dulu. 

Sekarang dah takde orang tua dah di area kampung ni. Anak-anak diorang jelah balik rumah setahun sekali untuk berkumpul.

Haa malaslah nak tulis panjang berjela. Kita bubuh gambar berserta caption jelah.

Lauk style potluck, masak dari rumah dan tinggal hidang ke tetamu. Semua sedap!
Beraya di rumah jiran depan. Sekarang rumah diwarisi oleh anaknya (Lebih kurang sebaya my dad)
OOTD 1st Syawal!
View dari homestay kat Ipoh. Panas berdesingg
Dapat sampul raya bank dari cousin. Paling best dapat sampul Bank Islam yang cantik tu! 
Ulu Piol, Manong - Rumah arwah opah dilahirkan. Sekarang adik opah yang take over rumah ni
Dapat makan dadih coklat time cuaca panas memang surrr
Beraya rumah sepupu abah, pastu dapat belimbing buluh, telur itik sekarton dan telur masin yang dibuat sendiri. Rezekii
Mak dan maklong sedang sesi bersalam-salaman
Bunga api memang cantik, tapi serabut jugaklah non stop berdentum setiap malam, huhu
Dari Sungai Petani nak ke Kulim ambil masa 2 jam. Jalan jem teruk
Datang beraya rumah orang pukul 9 malam (akibat kesesakan lalulintas) Tapi masih dijamu lontong yang super sedap!
Rare betul dapat makan char kuey teow waktu musim-musim raya ni
Cuaca panas giler. Nak bergambar pun tengah tak cantik sebab belum musim sawah padi menghijau
Pekan Taiping yang dirindui. Masuk sini time musim raya memang cari nahaslah
Taiping specialty, Yong Tau Foo belakang bomba. Since 1980-an! 

Alhamdulillah, dapat berkumpul dengan pakcik makcik, sepupu sepapat. Tahun ni aku banyak ambil gambar bila beraya rumah sedara-mara. Nak hargai setiap momen dengan ahli keluarga. I take this as a lesson lepas kematian mengejut makcik yang aku sayangi tahun lepas. Lagi terkilan sebab tahun lepas kami tak balik beraya.

Orang yang disangka sihat, pergi secara tiba-tiba. Namanya juga ajal, benda yang akan berlaku pada bila-bila masa tanpa kita expect. Mana yang masih hidup ni, kita cherish every moment jelah. Kalau tak orang tu yang pergi dulu, entah-entah kita yang mati, siapa tahu?

Anyway, sekarang dunia sedang berhadapan dengan krisis global. Hurmm taktahulah nak fikir yang baik-baik ke tak, sebab nampak gaya macam makin teruk je sampai effect ekonomi seluruh dunia. Persiapkan diri kita dengan sebaiknya jelah.. 

Have a blessed Eid everyone! Jaga-jaga dengan cuaca yang terlalu panas, banyakkan minum air kosong ye.


18 Mar 2026

Malam terakhir di Madinah


Sambungan dari --> Ladang kurma

Balik dari ziarah ladang kurma, kami banyak duduk kat masjid je. Lepas solat zohor, balik hotel untuk makan dan rehat. Kemudian sambung asar di masjid dan pergi shopping untuk mencukupkan apa yang kurang. 

Di antara gap asar, maghrib dan isyak tu memang tak balik hotel pun. Dengan mak pun kami heret sekali ajak shopping. Memikirkan kita memang nak cuci cuci mata sekitar situ, pastu waktu solat pun dekat-dekat je, tak payahlah ulang alik ke hotel ye dak.

Pintu yang sering menjadi destinasi kami untuk melontar riyal :p

Sebenarnya, aku tak ambil gambar sangat pun masa shopping tu. Seingat aku, cuma pergi kedai everything 1 Riyal, Bin Dawood dan usha-usha jubah je. Tapi tak jumpa mana yang berkenan di hati. Rasanya aku pulang dengan bertangan kosong je..

Taktahu lah kenapa tak beli apa-apa sepanjang mencari barang tu. Padahal bersepah je kedai kiri kanan. Ada pun beli air dekat Bin Dawood je.. haha buat kelakarlah minah yang sorang ni!

Habis setiap floor kitorang pusing dalam Bin Dawood ni

Disebabkan aku takde ambil gambar sangat sepanjang merayap ni, so kita bubuh gambar masjid jelah.

Sebelum nak maghrib tu, kami secure spot awal-awal sebelum orang makin ramai.

Mula-mula aku cakap kat kakak, jomlah kita try solat bahagian luar yang dekat payung-payung tu pulak. Sebab sunset kat Madinah ni kan cantik giler. Selalu tengok orang ambil gambar sunset dengan payung-payung Masjid Nabawi ni. Harini kita dah last day kat sini.

Pastu kakak aku kata, kalau solat kat dataran masjid nanti rugilah tak dapat pahala solat 1,000 kali ganda tu. So okaylah... aku redha tak dapat tengok sunset Madinah walaupun sedikit kempunan.

Dapat tengok payung tengah mengembang. Tapi tak tunggu sampai habis sebab lama benau

Elok kitorang duduk tu, eh tiba-tiba dapat pek iftar dari petugas masjid. Tak puasa pun dapat jugak makanan ni, hihi. Dapat roti, kurma, air kosong dengan yogurt je.

Setiap ruang dipenuhi dengan tiang
Suasana ketenangan dalam masjid yang masih belum ramai jemaah lagi
Baru tahu air di dalam masjid Nabawi saja air zam zam yang original. Kat luar dataran masjid tu rupanya air biasa je
Beautiful archways that support the roof

Lepas dah habis solat isyak, kami sambung keluar lagi untuk cuci-cuci mata. Tak jalan banyak tempat, sebab mak iolls cakap dah ngantuk, nak balik tidur je. Kitorang pun memang dah penat, bagus jugak mak bagi alasan nak balik hotel ni, haha.

Otw nak balik tu, ustaz hantar mesej untuk tulis nama group pada double side tape dan lekatkan pada beg masing-masing. Esok dah nak gerak ke Makkah, takut kalau tak label beg nanti tertukar dengan jemaah yang nak balik ke Malaysia pula.

Mak dengan adik aku balik hotel, aku dengan kakngah lah yang pergi mencari tape tu. Tapi hampas, tak jumpa langsung hahaha.

4 hari duduk Madinah barulah merasa berjalan kat area sini di waktu malam
Banyak tempat yang tak sempat pusing habis-habisan pun
The Int. Fair and museum of the prophet's biography

Aku tak sempat nak melawat ke dalam muzium ni. Rupanya setiap lawatan tu ada sesi untuk bahasa-bahasa tertentu. Kalau kami nak bahasa english, kena datang pagi esoknya pulak. Bahasa melayu/indo pun ada juga. 

Kaklong aku sempat masuk muzium ni. Tiketnya pula dalam 40 riyal gitu lah. Menarik dalam muzium ni sebab dia tunjuk replika kota Madinah zaman dulu. Mengikut info yang kakak aku dapat dari tour ni, saiz kota Madinah zaman dulu (nama lamanya adalah Yathrib) cumalah sebesar saiz Masjid Nabawi yang sekarang.

Situlah masjid, situ jugaklah kawasan rumah orang dan kebun-kebun. Sekarang saiz pusat bandar Madinah dah mencapai 50 kilometer persegi.  Itu belum masuk lagi kawasan wilayah pentadbiran Madinah yang lebih luas, iaitu meliputi 152 ribu kilometer persegi. (AI Overview)

Replika kota Madinah zaman dulu. Yang kat tengah-tengah tu adalah Masjid Nabawi
Assalamualaika' ya Rasulullah

Sampai hotel agak lewat, hampir pukul 10 malam. Dewan makan memang dah tutuplah citer dia. Adik aku yang baik hati tapaukan kami shawarma dengan burger yang dia beli dekat bawah kedai bawah hotel ni.


Sedap burger dia walaupun rasa sedikit plain dan tak pedas langsung. Dah ada roti, dia bubuh jugak fries kat dalam tu, bertambah penuh perut aku dok mengunyah carbo.


15 Mar 2026

Urusan kucing & hadiah dari blogger Anies

Salam seminggu sebelum beraya Aidilfitri. Tahun ni beraya kat mana tuww? Persiapan raya semua dah siap?

Weekend ni aku takde buat apa-apa sangat pun. Semalam dengan harini dok sibuk menguruskan kucing je. Maklumla minggu depan nak balik beraya, budak-budak ni kena hantar pergi asrama lah. Before hantar pergi asrama, aku akan bawak diorang pergi deflea dan deworm dulu. 

Nak patah pinggang angkut budak 3 ekor ni

Pergi klinik pagi tadi, setengah jam jugaklah settle urusan. Ramai pet parents hantar anak-anak untuk checkup sebelum balik beraya. Fulus pun mengalirlah macam air huhu. Asalkan kau sihat jelah anakku.

Sekor tu tenang je, sekor lagi macam jebon tak reti duduk diam!

Semalam dah berkecah mandi kan 2 ekor kucing ni. Lagi sekor tu hantar pergi spa kucing je untuk buat lion cut. Keguguran bulu dia dahsyat sangat, so alang-alang nak duduk asrama seminggu, kita botakkan teruslah. Harapnya lepasni bulu tumbuh dengan lebih sihat dan kuranglah gugur..

Anak sulungku Minisu, dah selamat ditogelkan. Tiba-tiba kurang dakwat pulak warnanya..

Anyway, hari Khamis baru ni, hadiah dari blogger Anies sampai di rumah. Asalnya hadiah ni untuk orang yang meneka lokasi travel yang tepat.. Sebenarnya macam kelakar tiba-tiba dapat hadiah ni, sebab tekaan saya jauh meleset sama sekali. Orangnya pergi Turkiye, kita teka Maldives atau Sri Lanka hahaha.

Dapat kad raya, fridge magnet dari Saudi & sambal ikan mayong masin

Paling suka sebab dapat kad raya tu!

Zaman sekarang kita lebih banyak wish melalui whatsapp, makanya budaya bagi kad raya ni tinggal nostalgia.. Suka bila dapat kad raya or any handwritten letters, sebab terasa ucapan tu ikhlas dari hati! The effort dari cari kad, lepastu tulis dan nak pos kat kita tu rasa special sangat!

Sambal ikan mayong tu dah selamat dimakan sahur tadi. Sedap rasanya, tak pedas sangat. Ada ketulan ikan kecik2 jugak dimana rasanya pun taklah masin mana. Well balanced sambalnya, i loike!

Unta di padang pasir telah selamat dilekatkan pada fridge bersama kawan-kawan yang lain

Terima kasih Blogger Anies! Semoga murah rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan :D

13 Mar 2026

Pusat Kitar Semula Komuniti MPKJ (Bandar Baru Bangi)

Rumah aku ni dah lama membudayakan amalan kitar semula. Daripada buang plastik, kertas dalam tong sampah campur, eloklah kita asingkan supaya memudahkan kerja tukang sorting sampah. Lagipula, sampah recycle ni boleh buat duit!

Pusat Kitar Semula Komuniti MPKJ di Taman Tasik Cempaka

Selama ni selalu recycle sampah kat Presint 9 Putrajaya. Aku ada tulis dalam entry INI. Lepas tahu ada tempat kitar semula yang lebih dekat dengan rumah, kita try sini pulak lah. Saja nak compare harga mana yang lagi better.

Pusat kitar semula ni terletak dalam kawasan Taman Tasik Cempaka. Pintu paling terdekat nak ke tempat ni adalah dekat area Eco Shop, Pusat Pakaian Hari-Hari tu.

Berat akan ditimbang di kaunter

My first impression datang sini, okay tempatnya bersih walaupun parking kereta taklah luas sangat. Setiap jenis barang yang nak di-recycle tu telah diasingkan mengikut kategori dalam tong yang disediakan. 

Ada kertas, minyak, aluminium, fabrik, besi.. Yang paling aku suka, kat sini diorang ambil sampah kaca jugak! Sebab kat Presint 9 Putrajaya tu, diorang tak terima kaca tau. Pasni takdelah aku buang kaca kat tong sampah biasa dah. 


Sistem recycle kat sini adalah layan diri. Means korang perlu masukkan sampah tu dalam tong sendiri. Makin banyak sampah, banyak kali lah kena berulang alik buang kat tong tu. Penatlah jugak sebab sampah kita ni dahla berat, pastu 3-4 kali kena ulang alik lontar satu-satu masuk tong yang agak tinggi tu. Gaya aku serupa macam tengah melontar peluru je.

Kalau dekat Putrajaya tu, staff sana yang akan uruskan sampah-sampah masuk tong. Tapi fahamlah, sebab tempat ni pun staffnya ada 2 orang je, huhu..

Hasil recycle yang terkumpul

Untuk pembayaran pulak, kena download apps RE Connect. Nanti dekat kaunter tu ada QR untuk scan. Semua berat-berat sampah yang terkumpul tadi ada ditulis dalam apps dan berapa points yang kita dapat melalui berat tu.

Ha cakap pasal points, ni paling aku tak puas hati sekali.

Jumlah point yang terkumpul boleh di redeem di TnG eWallet

Minimum dapat RM10 dengan 1000 points. Total kitorang recycle, 34 kg bersamaan dengan 2757 points. So cuma dapat tolak 2000 point jela, bersamaan dengan RM20. Lagi 757 tu, tak dapat guna pun weihhhh. Aku rasa balance tu bersamaan denga RM7..

Banyak tau RM7 tu! Boleh beli menu rahmah kat Mydin, pastu tambah lagi seketul air kotak.


Tak cukup dengan tolak point, bila dah reload pin tu dia tolak pulak convenience fee (1%) So dapat RM19.80 je!

Tah pape kan, dahlah sampah kita yang kena campak satu-satu sendiri, pastu gedik tak boleh redeem kesemua duit kita, duit dapat tak banyak, kena tolak fees pulak. Oh not to forget, harga minyak kat sini dia ambil sangat murah yee!

Rasa peliklah, biasanya sampah banyak camni akan dapat around RM30 lebih kat Putrajaya. Sebab haritu aku bawak 3 botol minyak masak (saiz 5kg dan 2 botol saiz 2kg), tapi dapat 18000 point bersamaan dengan RM18. Kalau dibahagi, 1 kg minyak RM2. Sumpahlah minyak rate zaman bila ni dapat RM2?! Tempat yang aku biasa hantar tu RM3.10 okayy.

Sorry, bab-bab duit ni aku memang kesumat sikit. Rugi banyak tau, manalah tak geram.


Lepas dah reload TnG, dia akan tunjuk balance baki yang tinggal. Kena datang next timelah pulak untuk cukupkan atleast 1000 points. 

Di bawah ni aku listkan pros and cons dia,

Kesimpulannya, aku rela pergi sampai Putrajaya sana untuk recycle sampah. Yang kat Bangi ni, unless nak recycle kaca atau kertas/plastik dalam kuantiti yang sikit sahaja. Tengokla nanti kita nak uninstall ke tak apps tu..