15 Nov 2025

Jumpa Blogger Fanny

 

11 November baru ni, buat pertama kalinya aku berjumpa dengan rakan yang dikenali secara alam maya. Lebih mengujakan, gerangan tersebut adalah blogger daripada Indonesia! Tak lain dan tak bukan adalah Kak Fanny!

Tu diaa, first time jumpa kawan online terus dapat level-level international tau!

Ceritanya, kak Fanny ada DM di Instagram dan beritahu bahawa beliau akan ke Malaysia. 10-12 baru ada di Putrajaya. Kak Fanny cakap nak bagi buah tangan untuk blogger yang rajin menyinggah di blog nya.

11 haribulan tu, aku bekerja sebenarnya. Kak Fanny cakap if tak free dia boleh poskan barang tu. Aishh rasa serbasalah pulak orang dah dah datang jauh-jauh, tapi kita tak dapat nak jumpa. Lepas tahu kak Fanny stay di hotel IOI City Mall tu, okay macam boleh datang ni. Sebab tempat tersebut literally 10 minit je dari rumah. Since aku gerak dari office, jadi 40 minit lah haha. Kami janji nak jumpa lepas maghrib.

My first impression masa jumpa, waduh cute banget! Petite dan manis je orangnya!

Macam belia remaja sangatlahh (credit gambar from kak Fanny)

Boleh dikatakan jadual kak Fanny haritu padat betul ye. Sebelah paginya tu jumpa beberapa rakan blogger lain di KL. Antaranya Kak EznaKak CarneyzMama Zharfan dan Encik Afif. Petang selepas balik dari KL, jumpa pula dengan Kak Mulan

Malam turn aku, kemudian Uncle Gedek orang terakhir. Tapi beliau sangatlah peramah menyantuni kawan-kawan blogger Malaysia tau. Onz je bila ajak jumpa! 

Screenshot dari story IG. Ya tahun depan saya naik gunung di Indonesia lagik :p

Kami just duduk-duduk minum kat Tealive sambil bersembang topik biasa-biasa je. Tapi sebab Kak Fanny ni orangnya rajin travel, mestilah selit-selit tanya tentang travel jugak. Kak Fanny bagitau pernah makan lobster kat area Timang Beach, harganya Rp800k sekali dengan set seafood. Murah gila you all! 

Aku ada jugak pasang niat nak pergi ke Jakarta, sebab nak foodhunting dan shopping! Semoga ada rezeki sampai ke Jakarta, walaupun jalannya sentiasa macet hehe.

Kerepek perisa udang galah dan beg eiger

Balik rumah, unboxing buah tangan dari Kak Fanny. Hurmm kat DM kata 'souvenirs kecil dari Jakarta'.. Ini tak kecil dah tau, ini besar sungguh! Kak Fanny tahu saya minat outdoor, so dia bagilah beg Eiger ni. Antara brand outdoor famous dari Indonesia yang saya minat. Suka sangat!

Lepastu, ingatnya cukuplah setakat dua hadiah ni je. Bila bukak beg ni, ada lagi isi dalamnya.. Ada telekung, sejadah travel, pinggan dan cup camping, set sudu, reusable straw, serta aromatic oil. Ya Allah banyak sungguh! Segan pulak saya bagi hadiah berapa ketui ja, sekali dapat hadiah berketul-ketul pulak.


Alhamdulillah, terima kasih atas pemberian yang bermakna ni. Tak sabar nak bawak masuk hutan! InsyaAllah moga ada rezeki, kita jumpa lagi. Minta maaf kalau saya sedikit kekok atau tak dapat berbual banyak. Saya agak pemalu bila pertama kali jumpa face to face. Maklumlah, masih bocah lagi :p

Seronok rupanya jumpa kawan blogger ni. Selama ni selalu singgah blog dan baca penulisan diorang je. Bila jumpa depan-depan, best je ajak sembang! Kot kot la lepasni dapat jumpa blogger yang lain pula kee.

Buat siapa yang belum mengenali kak Fanny, jom terjah blog beliau untuk baca cerita-cerita travel dan makan! ---> https://dcatqueen.com/


34 comments:

  1. comelnya fanny..manis orangnya ye..
    tersenyum akak baca 'saya masih bocah lagi'...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha blogger lain semua level mak2, bapak2 dah. saya je genZ yang masih berblogging :p

      Delete
  2. Alhamulillah
    Dapat jumpa kak fenny dan dapat cenderamata dari seberang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. sesi bersua muka dengan kenalan di blog :D

      Delete
  3. Wah, seronoknya, dapat bersua muka dengan Fanny. Alhamdulillah. Banyak kan, Fanny bagi hadiah. Cantik molek orangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah next time kak nur pulak jumpa! itulah banyak sungguh hadiahnya. kak fanny memang cantik. tipu umur budak universiti pun orang boleh percaya kot, hehe

      Delete
  4. byk betul hadiahnya dan sgt personalized!! memang best dpt jumpa kwn2 di alam maya--dari alam maya ke alam nyata gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangatt. selama ni baca blog je! dapat eratkan hubungan silaturrahim :D

      Delete
  5. Bestnya dapat jumpa rakan blogger, jauh datangnya dari seberang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak fanny kalau datang malaysia, mmng akan jumpa dgn kawan2 blogger. saya baru pertama kali jumpa :D

      Delete
  6. bestnyer dpt jumpa blogger fanni dari indonesia tuuh., hehe

    ReplyDelete
  7. Agaknya besar mana luggage di bawak ke KL kan? Satu kargo kot?
    OK uncle setuju 100% Fanny tu cute, petite dan manis je orangnya! Dia sepatutnya jadi vlogger kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha itulahh. saya bagi buah tangan utk kak fanny biasa2 je. sebab memikirkan nanti susah pulak nak angkut barang masuk flight. laah rupanya kak fanny sendiri mmng datang sini bawak barang banyak2 hahaha!

      setuju! jadi vlogger dan blogger sekaligus :p

      Delete
  8. Byk kali juga tak dpt jumpa di Penang.. sbb kerja. Harap ada rezeki lah. Alhamdulillah rezeki yg dpt digunakan masa dlm hutan. Semoga murah rezeki Fan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak fanny macam kerap juga turun di penang. mudah-mudahan ada rezeki berjumpa lah :D

      Delete
  9. Bertuahnya jumpa Fanny ni, blogger yang baik hati, pemurah pula tu kan. Dia ni jalinkan persahabatan antara blogger Indonesia dan Blogger Malaysia tau..luar biasa gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. patutlah semua orang senang dengan dia. peramah sangat!

      Delete
  10. InshaAllah akan datang membaca lagi ya Mazni..ada urusan lagi pagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe cikgu, faham je masing2 busy dgn urusan :D

      Delete
  11. Hamboiii.. kemahen.... bocah lagi😁
    Ye lah... Maz antara blogger paling muda akak kenai.. remaja kan..
    Banyak ole² nya tu dan sesuai dengan Maz dari Fanny yang cantik manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha adik2 kan :p umur saya dgn abang imi pun tak jauh beza sangat hihi.
      banyak sangat ole-ole nya dan macam tahu je semua saya suka!

      Delete
  12. akak jmpa fanny lastyear...mmg padat jadual fanny time tu dr pg smp ke lewat mlm dating ngan blogger..akak yg paling lewat skali nasibaik hotel dia stay time tu dkt area umah so akak pick up die kt hotel kiranya supper kt NZ Curry house hehe...mcm2 gift mazni dpt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, padat jadualnya kan. nak jumpa dgn kawan2 blogger yg lain. wahh sempat supper tu. saya haritu minum2 je sebab tak rasa nak makan sangat ahakz

      Delete
  13. Ayat berketul-ketul tu akak setuju. Memang hadiahnya dari Fanny ni dia tak reti bagi 1-2 ketul hadiah ya. Moga murah rezeki Fanny ya....tu yang murah rezekinya nak travel tu. Rajin berkongsi rezeki. Hadiah Mazni dapat pun tengoklah Fanny tahu nak bagi apa yang Mazni suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kita pulak macam ralat je bagi benda tak seberapa huhu. sebab tulah murah rezeki kak fanny ni, rajin memberi buah tangan utk kawan2. walaupun kenal melalui alam maya je

      Delete
  14. Alhamdulillah ada rezeki jumpa Fanny yang manis. Rezeki tidak pernah salah alamat. Meriah betul souvenirsnya. Ayuh la Mazni set trip ke Jakarta kita minta Fanny bawa kita JJCM. Naik gojek pun bisa😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik gojek rempit2 di jakarta wohoo! saya nak cari nasi ayam penyet, ayam gepuk kat sana. lagi murah :p

      Delete
  15. Bestnya dah jumpa Fanny. Comel orangnya.

    ReplyDelete
  16. Tengok gambar pun nampak petite dan manis orangnya...
    Rezeki maz dapat jumpa f2f ye. Dua² rajin travel, seronoklah berborak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak taktau la saya ni kategori rajin travel ke tak :p kita pergi bila ada duit lebih je ahaks
      seronok berborak dgn orang yg dah pergi merata-rata tempat ni!

      Delete
  17. Ramai jumpa Kak Fanny kali ni ye... Best kan dapat jumpa kawan online ke offline...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya lebih kurang 8 orang gitu kot yg sempat jumpa :D

      Delete

Nak komen apa? silakan~