Hari Rabu baru ni (8 Oktober), dapat mesej dari poslaju yang nak hantar parcel ke rumah. Dah boleh expect yang ni mesti hadiah dari kak Notie sebab join GA Mencari Saham Akhirat 2.0. Jarang poslaju nak hantar barang ke rumah saya, hikss.
Btw, 7 Oktober baru ni birthday saya. Aci tak kalau nak anggap hadiah dari Kak Notie ni sebagai hadiah birthday?
Saya sempat join sebagai orang ke-9. Kak Notie udah kabo yang warna akan diberi secara random. Bukak je parcel, excited lah sebab dapat warna pink my favourite! Comey do'oh telekungnya!
Telekung ni ringan je, dan kain pun sedap dipakai. Suka kain macam ni berbanding telekung travel kain parachute yang macam plastik tu. Terlampau ringan sangat pun susah jugak, mudah terbang-terbang dah serupa obor-obor pulak haha.
Tapi yang Kak Notie bagi ni kainnya tak terlalu tebal dan tak terlalu ringan. Mak lurvee!
![]() |
didatangkan dengan beg bulat yang ada charm comel |
Kat rumah memang dah ada telekung travel, tapi saiz begnya sedikit besar. Pernah bercadang nak beli yang saiz kecik macamni je sebab senang nak sumbat dalam beg. Tiba-tiba rezeki pulak dapat telekung travel comey ni. Alhamdulillah, terima kasih Kak Notie atas pemberian ni. Semoga akak murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, lancar segala urusan di tempat kerja dan dapat mengerjakan haji pada tahun 2026.
Ini kali kedua saya dapat hadiah Giveaway dari Kak Notie tau 💖 Bagi yang belum kenal, marilah terjah blog beliau yang suka bagi hadiah ni! Link blog - Saje Suka Suka
![]() |
comel kan charms tu! |
Kemudian hari khamis (9 Oktober), my friend suruh ambil barang kat tempat kerja adik dia. Tiba-tiba ada diselitkan hadiah pulak! Haritu beliau dah bagitau nak bagi hadiah, tapi tak expect la pulak sampai 3 barang.
![]() |
eiger lah you all :') |
Dan hari jumaat 10/10 haritu tiba-tiba ofismate bagi hadiah birthday birthday. Yang ni paling terharulah, sebab kitorang pun baru kenal each other bulan Januari tahun ni. Tup tup beliau teringat nak bagi hadiah pulak walaupun aku tak pernah bagitahu my exact birthdate.
Tapi sedih sebab ofismate tu last kerja bulan ni.. Sedih tau she is my first officemate after 4 tahun i kerja sorang-sorang kat ofis. Pasni takde dah kawan gossip :')
![]() |
pestime dapat produk the body shop |
Terima kasih pada ketiga-tiga pemberi. Alhamdulillah, rezeki bulan birthday hehe.
Alhamdulillah..rezeki tu..happy belated birthday mazni..
ReplyDeleteAkak ada telekung travel macam serupa parachute tu..hahaha..konon nak tambah lace bagi berat sikit, tak jahit² pun
terima kasih kak linda!
Deletehaha annoying kan telekung parachute tu! kalau time sujud mmng terselaklah
Wahhh Tahniah yer Mazni..Sy pun br pegi amik kt opis tadi parcel dr kak Notie...colour chocolate soo cantikk❤️🥰
ReplyDeletePandainya Kak Notie pilih telekung yang sesuai dan sedap dipakai :)
ReplyDeleteTahniah dapat dah hadiahnya.
ReplyDeleteBesar tapak tangan je? Comel sangat!
ReplyDelete