26 Aug 2025

Spring Raya : Beijing Olympic Park

 

Sambungan dari --> Berjalan di Mutianyu Great Wall

Sebaik saja habis tour di Great Wall, bas drop kami di stesen yang aku sendiri dah lupa apa namanya. Tapi Peter kata, jarak dari station tersebut nak ke Olympic Park Beijing tu cuma 3 km saja. 

Peter tanya "kenapa tak jalan kaki je? Kan dekat 3km tu". No, thanks Peter. Harini kan hari bermalasan? Selagi boleh jimatkan tenaga, why nak penatkan kaki? 3 km bagi rakyat China yang rajin berjalan ni easy lah. Tapi bagi warga asia tenggara, especially negara nasi lemak ni, jauhlah. Ahaks!

Kami perlu turun di Line 8 iaitu Aolinpike Gongyuan. Lepastu perlu berjalan sikit untuk ke birdnest stadium tu.

Sedikit pengenalan, Olympic Park ni adalah stadium yang digunakan untuk Olympic Beijing pada tahun 2008. Ia juga merupakan antara Olympic yang termahal pernah direkodkan serta merupakan the greatest opening ceremony bagi olimpik. Stadium utamanya atau dipanggil 'Birdnest stadium' tu, merupakan the World's Largest Steel structure yang mengambil masa dari tahun 2003 hingga 2008 untuk siap sepenuhnya.

"China's National Stadium, or the Bird's Nest, as it has become known, is the world's largest steel structure and the most complex stadium ever constructed. It is "one of the key engineering marvels in the world today."

gambar sebelum lampu dibuka
Sebenarnya, kami tak pusing habis-habisan pun kat sekitar park ni. Cuaca makin sejuk dan tempatnya pun luas. Cuma kakak, abang dengan ayah je yang jalan masuk ke dalam sikit. Kita ni duduk tepi-tepi pun cukup dah, asalkan nampak si sarang burung tu.

Berhadapan dengan Birdnest ni ada juga Beijing Aquatics Center, Indoor Stadium dan lain-lain lagi. Stadium ni diletak setempat je. Tapi percayalah, aku tak pusing-pusing pun kat sekitar ni. Tujuan utama kita nak tengok birdnest stadium ni sebagai buat syarat je, kah! 

Bila malam makin gelap, maka lampu-lampu pada setiap bangunan pun mula dinyalakan dan lawa sangat!


Sebenarnya boleh juga nak masuk dalam stadium ni. Aku google harganya 50 yuan which is takdelah mahal sangat. Cuma kalau korang tanya orang Malaysia yang pernah sampai birdnest stadium ni, mesti 9 daripada 10 orang akan jawab sekadar bergambar kat luar je kan? hahaha

taktau ni bangunan apa. Bentuk macam sand glass bertingket-tingket
Indoor stadium
ada kedai dan pasaraya jugak kat sekitar sini. cantik sebab berlampu lampu macam funfair!

Takde buat apa pun kat sini selain bergambar. Cuaca pulak dah makin sejuk malam tu so nak cepat balik. 

Cuma yang letihnya, sebab tempat ni jauh betul dari rumah.. Jadinya kena banyak kali bertukar-tukar train.

lampu-lampu kat ceiling train station ni

Train station masa nak balik ni macam attach dengan event space/shoplot kecil-kecil. Masa lalu area situ, macam ada event cosplay anime pulak. Nampaklah beberapa budak-budak baru nak up (BBNU) pakai baju anime sambil selfie. Tapi perhatian kami lebih tertarik pada pokok cherry blossom pulak.

lampu kat sini boleh bertukar-tukar warna yang menaikkan seri pokok bunga ni

So, itu jelah cerita untuk hari ke-empat di Beijing. Dari pagi ke Great Wall, malam pulak ke birdnest. Macam biasalah, hari yang memenatkan tapi best sangat! 

2 comments:

  1. 3km jauh jugak tu. Macam fun run dah kalau negara nasi lemak 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah si peter tu cakap DeKAt JeRRrr. taknak kena scam!

      Delete

Nak komen apa? silakan~