Assalamualaikum
Hari Sabtu last week (12/7/25), aku dengan kawan (Sahira) pergi hiking gunung Nuang yang terletak di Hulu Selangor. Kami ikut trip by Gerbang Explore (GEO) di Instagram.
Kalau korang jenis selalu hiking, mesti pernah dengar pasal Gunung Nuang ni. Ianya merupakan gunung yang terletak antara sempadan Selangor dan Pahang yang berketinggian 1,493 meter. Ada 2 jalan untuk mendaki Gunung Nuang ni. Trail yang mudah adalah naik via Janda Baik (7 km +- sehala) manakala yang susah melalui Pangsun (10 km +- sehala).
![]() |
groupchat dari awal ada berbelas-belas ahli, end up tinggal 6 peserta + 2 crew je |
Trip dengan Gerbang Explore ni memang ikut via Pangsun sahaja. Aku dah well aware yang treknya agak hazab, so.. let's give it a try. Untuk beginner, seeloknya ambil via Janda Baik lah sebab perjalanan lebih pendek dan tak susah.
Mula gerak dari entrance pukul 2.20 am. Pagi tu, ada lebih kurang 3-4 group je termasuk kami. So tentatifnya adalah daripada starting point ni, kita akan bergerak ke pintu rimba yang jauhnya 4.2 km, anggaran masa adalah 1 jam.
![]() |
only us in this pitch black hutans |
Jalan awal-awal ni santai je, banyak mendatar. Kita panggil dia jalan balak jelah ye. Tapi letih jugak sebab kat sini je dah berjalan 4 km macam tak berkesudahan. Nanti sepanjang jalan tu, kita akan jumpa dengan 6 pondok. Time balik nanti confirm mental dok mengira pondok, bila nak sampaii.
Macam biasalah, aku dan Sahira antara yang terkebelakang sambil ditemani oleh sweeper kami, Mira. Yang 5 orang budak-budak laju tu dah jauh kedepan, tinggallah kami 3 gadis comel ni di belakang huhu. Bapak seram ok sebab Nuang ni banyak jugak cerita mistiknya. Tapi alhamdulillah, takde benda-benda pelik berlaku sepanjang trip ni.
![]() |
stop kat pondok ke-4 |
![]() |
MGP kami merangkap crew GEO (Atiq) tengah mengajar kat tengah-tengah hutan |
Lepas dah menempuh jalan balak sejauh 4 km, akhirnya kami sampai di pintu rimba yakni pintu permulaan untuk melalui trek mencanak. Dari pintu rimba ni, kita akan ke Kem Lolo yang jaraknya lebih kurang 2 km dan mengambil masa sekitar 40 minit perjalanan. Kat kem Lolo ni lah selalunya orang akan berkhemah sebab ada sungai dan tapaknya pun luas juga.
Disini juga merupakan last water point sebelum ke kem pacat, so kami ambil wudhu kat sini siap-siap.
![]() |
rehat kat sini tak sampai 20 minit pun |
![]() |
inilah kem Lolo (gambar diambil masa otw turun) |
Di sini kita perlu merentasi 5 sungai yang arusnya agak deras. Cuaca pulak gelap, makanya please mind your step. Sebab tahun 2024 ada pendaki mati di sungai ni kerana kepala air. Sangat bahaya jika cuaca hujan, memang tak boleh lalu sini tau. Kami ni syukur cuaca elok je.
Perjalanan dari Kem Lolo nak ke kem Pacat ni cuma 2.3 km saja, tapi aku dan Sahira ambil masa 2 jam untuk sampai sini. Dia punya mencanak naik tu buat aku nak marah sebab langsung takde landai. Sepanjang naik ke Kem Pacat ni memang aku pancit teruk lah sampai dah buwek buwek rasa nak termuntah sebab penat sangatt!
Lagi mental bila dah tak nampak cahaya headlamp diorang yang ada kat depan tu, so kami taktau berapa jauh lagi kena menapak. At last, berhenti sekejap untuk solat subuh dekat tengah-tengah jalan ni. Rupanya dari tempat kitorang solat tu, naik atas sikit dalam 10 minit dah sampai Kem Pacat!
Patutlah tak nampak cahaya headlamp diorang, rupanya semua tengah sedap membuta, lol!
![]() |
suasana hutan yang misty dan mistik |
![]() |
inilah pacatnya. Pacat biru yang comel tapi takdak sebelah tangan. Euw puji diri sendiri! |
Disebabkan cuaca baru lepas hujan dan berkabus, perjalanan menuju ke puncak ni terasa sejuk sangat. Cuaca macam nilah yang kita mahu untuk mendaki!
![]() |
akar-akar cari gaduh |
![]() |
batu-batu ni pun ajak gaduh |
![]() |
supo jerangkung dah masing-masing panjat akar kayu ni |
![]() |
muka Sahira macam nak caruts, haha |
Apapun, dari Puncak Pengasih nak ke puncak Nuang ni perlu naik lagi 600m bersamaan dengan 40 minit ke 1 jam. Before sampai puncak, barulah nampak view pemandangan gunung-ganang di sekitar. Tu pun nampak sekejap jelah sebelum masuk semula ke dalam hutan dan this is the only open view sepanjang hampir 8 jam kami mendaki ye hahaha.
Maklomla gunung Malaysia kan, memang hutan banat sajalah sepanjang jalan.
![]() |
mungkin ini banjaran Titiwangsa sebab gunung Nuang ni kan dah masuk sempadan Selangor dan Pahang |
![]() |
Bila dah nampak tangga-tangga, ini bermakna dah hampir sampai. Kena redah dalam 5 atau 6 tangga |
![]() |
posing wajib setiap kali sampai mana-mana gunung, bergambar dengan papan tanda |
antara tarikan kat sini, tupai gemuk! |
Tak pernah hiking. Kalau hiking rasanya sesuku jalan dah pancit. Hihi. Kawan2 ramai hiking nampak dorg selalu share. Sampai puncak nampak view cantik mesti nikmat kan.
ReplyDeletekat Nuang ni tak berapa nampak view sangat kat puncak. tapi bila dah sampai atas tu, lega dia tak payah cakaplah hehehe
Delete