Assalamualaikum
Sambungan dari --> Dari KLIA ke Beijing
Malam tu, kami pergi ke Niujie Street. Daripada Beijing Railway Station (Line 10) - turun di Changchunjie (Line 2). Lepastu ada naik bas juga, cuma aku lupa apa nombornya, ahakz. Peta metro boleh rujuk di sini --> Metro Maps.
Orang Islam yang datang ke Beijing mesti akan masukkan Niujie ni dalam list sebab tempat ni merupakan the largest Muslim community in Beijing. Komuniti Muslim disini terdiri daripada kaum Hui dan jumlahnya 249,000 ribu pada tahun 2010 di sekitar Beijing ni (sumber wikipedia). Maka tak hairanlah disini sangat mudah cari makanan halal atau berjumpa dengan komuniti muslim. Di area Niujie ni penuh dengan halal street food, ada kedai jual daging-daging segar yang halal, ada masjid dan paling best sekali, ada pasaraya halal! Jom tengok apa produk-produk halal yang dijual kat pasaraya tu.
![]() |
Yang ada logo NJ biru hijau ni adalah pintu masuk pasaraya. Selepas tu akan naik escalator turun ke bawah pula |
![]() |
ayam ready to eat, harga murah! |
![]() |
ada sosej dan pek daging ready to eat jugak |
![]() |
mie segera yang ada logo halal |
Rupanya nak cari makanan halal di China ni tak susah mana pun. Korang cari je logo (清真) QingZhen yang bermaksud 'suci dan bersih', maka ianya adalah halal. Kat sini mereka tak boleh pakai tulisan halal dalam bahasa arab, maka kita kenalah ingat dua bentuk tulisan 清真 ni untuk mana-mana produk makanan mahu pun bila cari restoran.
![]() |
tembikai kecil comel! |
![]() |
buah beri-beri yang paling mahal disini harganya tak sampai RM25 pun. Nak menangis ye dapat makan strawberi 2 pek besar camni dengan harga yang murah! |
![]() |
dia letak strawberi macam tu je, tak takut ke kalau Mazni angkut bawak balik semua ni? |
![]() |
hmm dumplings boleh main cedok-cedok je gais..... |
Apa yang aku perasan, kat sini memang banyak sangat produk yang berasaskan daging dan lamb tapi harganya murah sangat! Aku rasa di Beijing ni terlalu banyak daging lah. Bayangkan kami selalu beli lamb skewers yang super panjang dan sedap tu dengan harga 10 - 15 yuan je?? Kalau makan mee tarik pun isi dagingnya banyak!
Anyway, bukanlah semua makanan dalam pasaraya ni halal. Ada yang tidak bertulis logo 清真 tu, kena tengok ingredients dia lah sama ada selamat di makan atau tidak. Kami akan elak ambil makanan yang ada fat, preservatives atau gelatin.
![]() |
lihatlah kebesaran keropok ni. Tapi takde logo QingZhen so tak belilah pulak |
![]() |
ini menarik perhatian aku sebab packaging dia macam pencuci sabun Daia perisa violet, haha |
![]() |
semacam sayur jeruk.... |
![]() |
pastry dan hot food ready to eat! |
Masa datang hari pertama tu agak lewat dalam pukul 8pm lebih, pasaraya nya tutup pukul 9pm. Patutlah pekedai kat situ pandang kami atas bawah je, time nak tutup kedailah sibuk customer ni datang tilik-tilik barang, haha. Sorry bang, kak. Saya baru sampai Beijing. Lupa nak check pasaraya tutup pukul berapa.
Kedai-kedai makanan di luar sana pun sunyi sepi je, biasanya penuh orang tau. Tapi sempat juga kami beli snek-snek halal yang ada di pasaraya ni. Pembayaran semuanya cashless dengan menggunakan Alipay, wechat pay atau kalau kita ada Tng e-Wallet, boleh bayar guna tu je.
Jom tengok suasana di luar ni ada apa pulak!
![]() |
Niujie ketika malam |
![]() |
bila siang penuh manusia cari street food |
Sebenarnya banyak kali jugak kami pergi ke Niujie ni walaupun jarak dari hotel hampir 20 minit by car. Kira jauhlah kan? Kami kalau datang sini ulang-ulang beli beef shao bing, lamb skewers je lah sebab tu je senang nak order. Air buah ke, bubble tea, pastry atau bao-bao yang viral kat tiktok tu tak merasa pun sebab taktahu kedainya yang mana satu.
Dan masalah komunikasi juga salah satu puncanya lolz.
![]() |
a must try beef shao bing! Daging dia well seasoned, juicy dan dimasak dengan sempurna. Harga lebih kurang RM5 je you all. |
![]() |
lamb skewers yang bersepah sepanjang street tu. Pilih je nak beli kat kedai yang mana. Harga semuanya 10 - 15 yuan. |
Lepas habis beli makanan, kami pun pulang semula ke hotel. Tiba-tiba jalan balik macam lebih dekat pulak daripada nak datang tadi sebab tak perlu naik bas.
Kami ambil train Guang'anmennei (line 7) - Caishikou (line 4) - Xuanwumen to Beijing Railway Station (line 2).
Tamatlah hari pertama kami yang tak reti duduk diam seharian ni. Daripada flight Malaysia pukul 2 pagi, sampai Beijing pukul 12 pm, kemudian travel pergi hotel sampai pukul 5 pm, lepas maghrib dah keluar pergi Niujie ni pulak. Tak sempat nak tidur pun.
Dah kalau namanya travel, mana mungkin kami akan biarkan masa terbazir camtu je kan? Mesti nak kena keluar berjalan jugak walaupun penat. Hari pertama nilah masanya untuk explore public transport, tengok gelagat orang local dan merasai musim spring yang suhunya 10 celsius waktu malam.
Baru hari pertama, tapi boleh tahan jumlah steps kami berjalan seharian. Di sini sangatlah banyak berjalan kaki sama macam di jepun dan Korea. Patutlah orangnya sihat-sihat belaka. Walaupun macam nak patah kaki aku berjalan, tapi bila berjalan dengan cuaca yang sejuk camni jadi tak kisah pulak. Lagi-lagi bila pokok cherry blossom tu boleh tengok tepi jalan je.
Stay tuned for next entry!
Jadi di Niuje itu mudah menemukan makanan yang halal ya Mbak. Rupanya banyak juga kaum muslim tinggal disana.
ReplyDeleteKereta yang Mbak naik sangat bagus dan dibagian dalamnya demikian bersih dan rapi. Suka saya melihatnya.
Salam,
Ya, disini memang kawasan orang islam. Tak susah nak cari makanan di beijing ni
DeletePublic transport di china memang bersih
Comel je tembikai. Nampak fresh semua buah2an tu geram je tengok.
ReplyDeleteWonder pulak rasa tembikai kecik tu macam mana sbb harganya agak mahal sikit
DeleteSegala jenis beri tu memang geram saya tengok.. merah2 semuanya!
meriah betul pilihan mknnnya!! best la travel jln2 lihat negara org esp kalau cuaca sejukkk
ReplyDeleteSedap sikit berjalan bila cuaca sejuk, badan pum tak bau bacin walaupun kita berjalan hampir 5km haha
Delete