30 Jun 2025

Spring Raya : Forbidden City (Kota Larangan)

 Assalamualaikum

Sambungan daripada --> Niujie Street, Syurga makanan halal

3 April 2025


Hari kedua di Beijing, bermulalah hari berjalan tanpa henti dari pagi hingga malam. Kami akan ke Forbidden City yang merupakan Istana terbesar di China yang terletak di center of Beijing. Haritu naik metro dari Beijing Railway Station dan turun di Tian'anmenxi Station (Line 1).

Tapi dah nama pun tourist, haruslah sesat kan? Kami turun di west gate dan perlu berjalan sangat jauuh untuk ke main entrance. Mula-mula aku pun tak faham sangat kenapa abang dengan kakak aku tak masuk je ikut gate yang kitorang jumpa ni, sebab jauh gila nak kena tawaf pergi main gate tu tau. Rupanya sebab kami ni beli tiket melalui apps, so kena scan barcode bagai lah. Nak taknak perlu pergi ke main gate jugak. 

Nak naik bas takut turun entah kat mana-mana so seret jela kaki ni dengan 30 minit berjalan kaki.

deretan shoplot di sekitar Forbidden City ni mengekalkan senibina klasik
bangunan merah selepas tasik nilah main gate

Selepas tiba di main entrance, pelancong dari luar negara perlu beratur di pintu 1 untuk scan tiket, passport dan scan beg. Di Beijing ni, masuk mana-mana tempat atau train station memang perlu scan beg macam kat airport. Mungkin kerana sini adalah ibu negara China dan kita pula masuk ke dalam monument bersejarah, kawalannya agak ketatlah. Mujur jugak masa kami sampai tu tak terlalu ramai orang beratur, proses pun smooth je.

Btw, tiket masuk untuk ke Forbidden City masa kami beli di Klook ni adalah RM70.55.


Sedikit pengenalan tentang tempat ni, Forbidden City merupakan istana rasmi bagi Maharaja China yang digunakan semasa pemerintahan awal Dinasti Ming (1420) sehingga akhir Dinasti Qing (1912). Istana ini mempunyai kawasan seluas 72 hektar  (180 ekar) dengan jumlah keluasan lantai kira-kira 150,000 meter persegi.

Ia juga merupakan rumah kepada 24 maharaja yakni 14 daripada Dinasti Ming dan 10 dari Dinasti Qing. Pembinaan istana ini mengambil masa selama 14 tahun untuk disiapkan (1406 - 1420) dan dibina oleh 1,000,000 pekerja dan 100,000 craftsmen. Maka tak hairanlah Forbidden City ni merupakan the world's largest imperial palace, 3 kali ganda lebih besar dari Louvre Palace di France.

Hall of Supreme Harmony
Bangunan utama di Forbidden City ni
credit china tour guide

Kenapa namanya Forbidden City? 

Asalnya kota ini merupakan kediaman untuk maharaja dan ahli keluarganya serta beberapa orang istana yang terpilih je. Tempat ni dilarang sama sekali untuk orang biasa memasukinya. Sebab tulah tembok besar setinggi 10 meter mengelilingi istana ni supaya tempatnya kekal eksklusif dan terlindung.

Selain dari tu, tembok tinggi ni pun berfungsi sebagai pelindung dan menjadi tempat tinjau oleh penjaga istana jika berlaku sebarang ancaman.

tembok setinggi 10 meter serta yang mempunyai lilitan 3,430 meter

Berkat daripada peredaran zaman, kini semua pengunjung merasalah masuk dalam istana ni dan menjadikan Forbidden City sebagai a must place to visit jika melawat Beijing. Taknak kasi orang biasa-biasa masuk sangat kan? Harini tempatnya jadi muzium dah punn. Kita pun nak tengok jugak rumah-rumah raja zaman dulu. 

Tapi kat sini memang luas nak pergi dari suatu bilik ke bilik yang lain. Dahla banyak tangga pulak tu. Maharaja diorang ni tak mengah ke tiap-tiap hari berjalan dalam istana ni? Kita ni jalan tak sampai setengah hari pun rasa semput!


Fun facts, dalam Forbidden City ni mempunyai hampir 10,000 bilik. Tapi bilangan sebenarnya cuma 8,886 bilik je (tu pun dikira banyaklah?!). Di inner Court adalah untuk keluarga diraja manakala sebelah kanan pula khas untuk gundik-gundiknya. Jangan main-main ye, raja diorang ni ada sampai 3000 gundik tau termasuk dengan maid. Ko haderr?

lantai brick antara 2 zaman

Brick floor kat sini bagaikan lantai antara 2 zaman sebab sesetengahnya dah diturap dengan cantik, manakala yang tak diturap tu adalah original paving brick dari dinasti dulu-dulu. Kiranya aku pijak lantai yang sama dengan maharaja Qing pernah gunalah! 

Jom tengok gambar-gambar di sini!

salam kak Anies, saya rasmikan tudung yang akak bagi tu kat sini tau. ahakzz!
guard pandang je kitorang dari jauh. Takut tergolek turun guna 'tangga' ni

Kami banyak bergambar kat bangunan tepi-tepi ni je. Tak masuk pulak main Hall of Supremacy Harmony tu sebab nak elak crowded. Setiap pelusuk tempat di dalam Forbidden City ni memang cantik dengan chinese architecture yang penuh detail dan berseni. Mesti rumit proses nak hasilkan setiap ukiran ni, no wonder ambil masa 14 tahun untuk siapkan keseluruhan istana ni.

terjumpa dengan Imperial garden dalam istana ni
sakura version china
nampak je macam jalan keluar kan, tapi sebenarnya masih di dalam Forbidden City ni
ukiran kayu yang sedikit usang

Seterusnya nak pergi dia punya galeri yang ada tembikar, perhiasan, dan lain-lain lagi. Sejujurnya main redah je masuk mana-mana pintu pun sebab tempat ni luas gila, tak sanggup lah nak pusing sampai habis.

Rupanya kami di area Treasure Gallery di bahagian east. Di tengah-tengah tu adalah Palace of Tranquil Longevity. Kat dalam hall ni ada throne maharaja yang diperbuat daripada emas tulen!

pelawat boleh ambil gambar dari luar je. Emas tulen wuii

Palace of Tranquil Longevity ni juga adalah galeri khazanah (Treasures Gallery) yang menempatkan koleksi perhiasan berharga. Tapi nak masuk galeri yang simpan imperial jewels tu kena beli tiket asing. Aku masuk gallery yang free di sekitar dia je yang ada tunjuk tembikar, batu jade dan pameran yang lain.

batu bersurat cina?

Lepas keluar dari galeri ni, aku hampir tersesat sebenarnya. Masuk ikut pintu lain, keluar ikut pintu lain dan masa tu aku berjalan sorang je. Dahlah bangunan kat sini hampir sepesen je semuanya memang tak ingatlah datang dari mana tadi. Cuak ye sebab aku pula tak pegang wifi so takde internet untuk contact siapa-siapa. Kalau tak jumpa diorang, gamaknya jadi tukang sapu sampah jela dalam Forbidden City ni haha.

Anyway, tataplah gambar berposing sakan ni yeps. Pintu dan dinding kat sini pun dah cukup cantik untuk korang bergambar.

ini dah satu kawasan yang lain, sebelah sana pun ada lagi bangunan yang serupa macam ni
ukiran kayu yang memenuhi setiap sudut bilik daripada siling hingga ke dinding!

Lebih 3 jam tour dalam ni, tibalah masanya untuk keluar pulak sebab masing-masing dah kelaparan. Disebabkan tadi pagi datang dari Meridian Gate (south), kami akan keluar ke Gate of Divine Prowess di bahagian north. Jarak dari south ke north gate ni jika berjalan lurus dan no belok-belok, dalam 1 km saja.

tudiaa punya tinggi!
Northen gate of Forbidden City - Gate of Divine Prowess atau bahasa cinanya Shenwu Gate
Jingshan Park yang menghadap pintu keluar

Kalau korang masih berdaya lagi nak jalan, boleh cuba naik ke Jingshan Park ni. Dari atas tu boleh nampak keseluruhan view Forbidden City.

Ikutkan kepala gila aku, nak je naik sampai atas tu sebab situlah the best viewpoint of Beijing kott. Tapi melihatkan semua orang macam nak patah kaki berjalan terutama mak aku, okay takpela kita balik hotel dulu pergi makan, huhu.

Pada aku, 3 jam ni cukup dah untuk berjalan kat dalam Forbidden City ni. Tapi bagi yang minat sejarah atau culture, mungkin kena duduk seharian kot baru puas. Kami pun cuma cover di bahagian east je, belah west tak tahu apa ceritanya.

Berjalan sambil menelusuri budaya, sejarah dan kesenian sesuatu negara tu sesungguhnya tidak merugikan. Unik kan perasaan bila kita berada di tengah-tengah bandar besar yang maju, tapi bila masuk dalam Forbidden City ni terasa macam kembali ke dinasti lama.

Oleh itu, pentingnya untuk kita preserved bangunan-bangunan lama ni, jangan dirobohkan. Orang luar datang ke suatu tempat tu untuk lihat sejarah, bukannya nak sangat tengok bangunan mana yang paling tinggi atau moden. 

Akan bersambung di next entry.

12 comments:

  1. Bangunnya megah dan super keren banget
    Pemeriksaannya lumayan ketat ya, demi keamanan
    Saya suka sejarah Cina
    Beberapa hari ini juga lagi belajar kembali era dinasti dinasti yang ada di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bangunannya bikin goosebump gitu. Besar2!
      Sejarah cina memang menarik

      Delete
  2. tak dapat nk bayangkan zaman dulu... mcm mana laa diorg menjaga kawasan ni sebaik yg boleh... luar dalam terjaga rapi...

    arkitek org dulu2 mmg hebat... bukan sekadar binaan, hiasan / deko semuanya superb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang2 lama memang berseni! Bukan senang nak buat semua ukiran tu dgn tangan. Kalau bangunan moden sekarang ni jenis mininalist je

      Delete
  3. ada Salah satu bangunan hosp melaka pun dah jadi sejarah..siap ada UNESCO katanya..jadi,tak boleh roboh lah...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah terkategori dalam UNESCO, memang kena pelihara elok2. Mesti tapak bersejarah tuu

      Delete
  4. sy pernah terbaca tp lupa kat mana...katanya bumbung istana2 kat china ni dibuat special supaya burung2 tak hinggap hingga menyebabkan tahinya bersepah sana sini... so secara tak langsung kebersihan kawasan istana akan terpelihara...
    sy rasa bangunan2 dlm forbidden city ni pun termasuk juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul, ada baca tu jugak. Sebab tu bumbungnya macam tajam2 sikit kan. Burung pegi lepak tempat lain

      Delete
  5. patut laa tersedak td... ada org seru nama kite rupanya... harap2 seru tu boleh bawa kite ke china tahun depan..... aminnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try pergi beijing naik train pulak kak anies! Ada org malaysia buat haritu dalam 5 hari jugakla

      Delete
  6. Besar giler istana lama. Rasa, pernah jadi lokasi dalam movie kan, istana ni. Jenuh la Mazni, kalau jadi tukang sapu, istana ada banyak bilik. Setahun sapu pun tak habis ni. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sebab semua pelusuk tempat ni memang cantik untuk bergambar. Since tempatnya luas, takdelah berebut sangat nak bergambar kena photoboom dgn org lain

      Nasib baik jumpa family balik. Kalau tak memang kena tinggal dah 🤣

      Delete

Nak komen apa? silakan~