27 Jun 2025

Makan nasi padang - Restoran Ampera Raya

 Assalamualaikum

Salam 1 Muharram 1447, semoga tahun baru Islam ni kita jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Azam aku untuk tahun baru ni nak lebih aktif beriadah dan sihatkan badan. So pagi tadi kita mulakan hari dengan panjat bukit dan membakar lemak.

Lepas done bakar lemak, tengahari tadi aku pergi tambah lemak di restoran nasi padang pulak, hahaha. 

Aku jarang makan nasi padang sebenarnya. Tapi since tahun lepas, ada kedai nasi padang sedap yang baru dibuka sekitar Bangi ni. Jadi teringin nak makan nasi padang sejak tengok filem Saiyo Sakato kat Netflix dulu-dulu.. 

Pastu nampak pulak influencer buat review pasal kedai Ampera Raya ni, kita pun ter-influence lah untuk cuba. Mudah terpengaruh sangatt!

tunjuk je lauk apa yang kita nak makan

Sebaik je masuk dan cari tempat duduk, kami terus ke kaunter untuk order lauk. Setakat 2 kali aku datang sini, kedai ni tak pernah sunyi. Sentiasa penuh dengan pelanggan. Mungkin juga sebab konsep kedai ni perlu beratur dan pilih makanan di kaunter, bukannya waiter yang datang ke meja kita ambil order. Makanya terjadilah que yang panjang dan kelam kabut sikit.


Pilihan makanannya beraneka jenis jugalah. Macam lauk nasi campur je. Antara lauk nasi padang ni adalah gulai tunjang, gulai babat, dendeng kering/basah, sambal tempe, ayam pop, ayam berlado dan banyak lagi. Ada juga nasi remes kalau nak ambil set yang jimat sekali dengan air.

Kat bawah ni senarai harga per piring. Ambillah berjenis lauk dan share 2-3 orang.


Lepas dah siap pilih makanan, staff yang ambil order kita tadi akan hantar makanan ke meja. Sumpah diorang ni multitasking gila dan servis pun agak lajulah. Cuma aku datang harini, air dapat lambat sikit. Tapi overall dari segi rasa makanan dan layanan staff okay je.

meja yang penuh dengan lauk-lauk!

Ini gambar order aku masa first time makan sini. Kami order keli balado, ayam pop, gulai babat, gulai tunjang, sambal tempe, sambal goreng jengkol(jering), sayur pucuk ubi dan sambal ijo.

look the color, really vibrant!
harini punya order macam kurang sikit pinggannya

Second time makan, order ayam balado, kerupuk jangek, gulai tunjang, daging dendeng, ikan tilapia bakar dan sayur pucuk ubi. Air pulak semestinya aku order jus alpukat la sebab tu paling favourite!


Bagi aku, makanan kat sini serious sedap dan secukup rasa. First time makan gulai tunjang tu tak sangka sedap sangat ada rasa lemak chewy gitu. Untuk ayam pop tu, rasanya agak biasa jelah. Dia cuma ayam yang direbus kemudiannya digoreng dan dimakan dengan sambal. Overall aku sangat berpuas hati dengan rasa makanan kat sini. 

Katanya ini authentic rasa nasi padang sebab pekerja dia pun kebanyakkannya orang Indonesia aka orang Minang kot. Cuma harga dia agak mahal jugaklah bagi aku, satu piring kecil je ada yang cecah sampai RM10. Itu kalau ambil lauk yang gulai-gulailah.

I wouldn't mind to repeat again!


2, 2-G, TAMAN, putra kajang, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Buka setiap hari dari 10 am - 10 pm

Ada juga cawangan di Kota Warisan, Seksyen 13 Shah Alam, Kuala Lumpur. Boleh tengok IGdiorang --> Instagram Ampera Raya

51 comments:

  1. Nasi Padang ni kalau tak penuh meja memang tak jadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti stress jadi tukang cuci pinggan kat sini hehe

      Delete
  2. Pagi bakar lemak, tengah hari tambah lemak...hehehe Mbak ini bisa saja ah.
    Warung nasi Padang ini saya lihat menu masakannya lengkap sekali, Mbak.
    Dan menu yang dipesan langsung dikirim ke meja tempat kita duduk. Banyak juga menu makanan yang Mbak pesan rupanya...
    Sehabis makan, minumnya jus alpukat...duh saya suka sekali jus alpukat.
    Jadi sukses ya Mbak program tambah lemaknya...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni semua menu yg kami order sedap2 sangat!

      Sukses nampaknya program tambah lemak. Sia2 je panjat bukit pagi tadi 🤣

      Delete
  3. Suka nasi padang tapi dah lama tak makan...
    Jus alpokat tu Akk tak boleh telan ntah kenapa... Dulu sampai di Bandung boss order utk semua. Akk punya member tolong habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka sangat sebab rasa lemak creamy gituu! Alpukat ni banyak khasiat dia

      Delete
  4. best bestttttt banyak pilihan lauk pauk...
    ayam pop tu mmg wajib makan kalau dah masuk resto masakan padang ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingat pedas ayam dia, tapi tak sangat pun. Lauk glemer lat nasi padang ni saya tau gulai tunjang je xD

      Delete
  5. bila tgk lauk-pauk kat resto padang ni kan... buat sy terfikir celah mana yg sama dengan nasi kandar? eihhh netizen jiran niiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oihh samakan nasi padang ngan nasi kandar memang jauh beza! Ke sebab nasi padang ni ada kuah gulai banyak? hahaha. Rasanya lebih kepada nasi campur style kita je

      Delete
  6. Dulu pernah sekali masuk kedai nasi padang. Bila jenguk lauk pauk dia terus kami keluar kedai tak reti nak makan. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Order ayam pop atau gulai tunjang je lain kali. Yang tu serious sedap!

      Delete
  7. Aduh bikin lapar teruk bila baca post ini. Lauk pauk masakan Padang memang 😋 Nanti nak siasat kedai ni kalau ke Bangi satu hari yang entah bila tu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KL, shah alam pun ada ksarie 🤭 tapi restoran ni memang sedaplah, authentic!

      Delete
  8. Perdana makan gulai tunjang memang enak banget sampai skrg kalau di masakan padang ketemu gulai tunjang jadi langgganan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Saya first time makan gulai tunjang ni terus sukaaa!

      Delete
  9. Okla tu dah bakar lemak pgi.. kena la bgi makan sikit tgh hari... Nasi padang kena ada banyak lauk tapi kalau sepiring RM10 hurmm kena ajak ramai2 baru jimat hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru balance kan kadar penambahan lemak tu, haha. Betul, kena makan ramai2 pastu cubit sikit2 setiap lauk

      Delete
    2. Macam dgn anak2 pun ambil different menu sebab nanti semua main cubit cubit hahaha.. 😅

      Delete
    3. Anak2 pun jenis tak makan banyak, takdela ambil lauk beria sangat kan. Buat nak rasa rasa je 🤣

      Delete
  10. Menu kelihatan lazat..syukur nikmatdariNya kan.
    Tentang daun makanan ayam ada saya bagi infor di blog Etuza ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menunya memang sedapp
      Terima kasih share tentang daun ayam tu

      Delete
  11. Etuza dah follow ya, huruf kecul a tu sama orang nya saya lah Etuza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya pun dah follow balik 😁

      Delete
  12. Meriah lauknya, kalau sy ada ke sana pasti sy akn bwk en suami terjah kedai ni... suka lauk nasi padang... salam tahun baru hijrah Mazni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi kat beberapa cawangan. Kalau dkt kajang ni memang sentiasa ramai orang

      Salam maal hijrah jugak kakmim n family!

      Delete
  13. Tak pernah lagi makan nasi padang. Bagus jugalah dia asingkan satu-satu lauk dalam piring dan mangkuk asing-asing. Jenuh juga tu kerja pekerja kan. Sangat multitasking. Saya ingatkan versi nasi kandar tu semua dia masuk lauk dalam satu pinggan nasi. Nampak meriah meja kalau banyak lauk. Kedai pun besar tu. Sebab sedap ramai yang rajin datang sini agaknya kan. Jus alpukat tu dengan sirap coklat pun nampak menarik tu. Kena cuba jugak ni kalau dah kata authentic dari sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga nak ambil campur dalam satu pinggan macam nasi kandar tu. Tapi sbb kami ni ambil sepiring dan makan share 3 orang. Kalau campur semua macam susah jugak nak cubit2

      Tryla makan sini kak, memang sedap 😋

      Delete
    2. Oo boleh jugak ek macam tu. Hihi..Ada rezeki nak juga cuba nasi padang. Tapi tulah kadang teringin, bila dah sampai dia teringin nak makan benda lain pulak. hihi...

      Delete
  14. bila ke restoran amsakan padang paling fav gulai tunjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gulai tunjang tu mcm makanan wajib bila makan nasi padang kan? Mesti kena order tu!

      Delete
  15. Pernah makan sekali dulu, masakan padang, Restoran Sari Ratu kat Desa Pandan. Ha ah, multitasking, pekerja boleh angkat piring kecil berkeping-keping sebelah tangan je.

    ReplyDelete
  16. woww.. ada jengkol.. ada jus alpokat, yummeh
    Sec 13 SA ada eh... bolehlah nak cekidaut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kat shah alam tu. nanti bolehla try pergi cawangan sana jugak hehe

      Delete
  17. Pilihan lauk dia, wahh banyak betul nampak semua sedap

    ReplyDelete
  18. penuh semeja lauk pauknya, maunya mengah nak habiskan.
    kita dahla sejenis makan tak reti lauk bebanyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan nasi padang ni wajib kena share! Kami makan bertiga, ngam2 habis licin semua lauk 😁

      Delete
  19. Salah satu makanan favorit saya adalah nasi padang, gulai tunjang? Emmm.. Lembut banget di mulut gak perlu mengunyah 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi padang dah jadi favourite saya juga! lauk2 nya semua sedaplaa

      Delete
  20. Agak beda pula penyajiannya dengan resto Padang di sini ya kak 😄. Kalo di sini, mostly semua datang tinggal duduk, dan staff mereka yg akan letak berpiring2 lauk di meja. Jadi yg dibayar hanya yg kita makan saja. Yg tak kita makan, tak dihitung mereka.

    Tunjang memang sedap. Fav suami saya. Saya pun suka, tp dah tak berani makan banyak, sejak cek asam urat, agak tinggi sikit 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh menarik juga tu. Kira penuh satu meja lah ya? Kalau kita tak ambil lauk tu, nanti dia akan angkat on the spot ke?

      Saya terus google asam urat tu apa dan alamak, boleh sebabkan gout haha. Tapi takpelah, saya pun makan sekali sekala je 😜

      Delete
  21. Td saya pikir Ampera Raya di jakarta. Ternyata di Bangi. Tp kalo resto Ampera di sini, bukan masakan Padang, tp masakan Sunda 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampera tu ada maksud ke di indonesia sampaikan resto di sana pun guna nama yg sama.

      Saya tak pernah try masakan sunda lagi. Balik2 ayam penyet, bakso, nasi padang ni pun baru discover 🤣🤣

      Delete
  22. Lauk dia beratur macam nak buat photoshoot! Semua nak rasa!

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~