18 Mar 2025

Kuliah Subuh - Orang berpuasa yang rugi

 Assalamualaikum.

Salam Ramadan yang ke-17. Cepatnya masa berlalu, tahu-tahu dah half Ramadan kan?

Maklumlah harini cuti umum Nuzul Quran, pagi tadi aku merajinkan diri lah pergi dengar kuliah Subuh kat masjid. Topik pagi ni ialah Orang Yang Rugi Ketika Berpuasa. Bak kata penceramah, orang lain asyik cakap pasal kelebihan berpuasa jekan. Jika ada kelebihan, mestilah akan ada ruginya jugak kan untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.

Okay let's straight into the point!


3 golongan yang sia-sia berpuasa

Tidak menjaga lidah

(Misalnya mengumpat, bercakap perkara yang sia-sia, foul language)

Tidak menjaga pancaindera dari melakukan maksiat (mata, lidah, hati)

Tengok benda-benda yang tak sepatutnya

Menahan diri dari perkara yang halal, tapi berbuka dengan yang haram

- Zat makanan yang haram (dah berpuasa seharian, tiba-tiba berbuka minum arak?)

- Berbuka dari hasil sumber yang haram (contohnya beli makanan berbuka puasa guna duit rasuah, etc)

- Asap (orang lain berbuka makan makanan, dia berbuka sedut asap rokok yang dah difatwakan haram tu)


Selain itu, ustaz juga share 15 ciri orang berpuasa yang rugi, iaitu 

- Tidak bersahur (ada barakah dalam sahur tau. Sesungguhnya Allah & para malaikat berselawat kepada orang-orang yang bersahur)

- Bangun sahur tapi tidak tahajjud (tahajjud adalah antara solat yang kita paling dekat dengan Allah)

- Bangun sahur tapi tidak berdoa (antara waktu yang mustajab untuk berdoa)

- Bangun sahur tapi tidak meminta keampunan

- Orang yang tidak melewatkan sahur dan bersegera ketika berbuka

- Orang yang berbuka tanpa tidak berdoa (antara waktu mustajab ketika berdoa, kerana doanya tidak ditolak.)

- Menghabiskan waktu siang dengan tidur 

- Orang yang tidak membaca al-Quran sepanjang berpuasa

- Tidak bersedekah

- Tidak beribadah dengan maksima

- Orang yang meninggalkan solat fardhu (solat fardhu lebih besar pahalanya berbanding solat tarawih)

- Orang yang tidak solat tarawih 

- Orang yang tidak solat sunat rawatib dan dhuha

- Orang yang tidak mengikuti solat sunat tarawih sehingga selesai witir

- Tidak iktikaf di masjid 10 malam terakhir (khusus untuk lelaki)


So itulah inti pati kuliah subuh pagi ni. Honestly, banyak sungguh yang aku kurang. Rasa bagaikan ditembak-tembak dengan fakta perit, haha. Memasuki 15 malam yang terakhir ni, marilah kita cuba merebut peluang yang ada dengan memperbanyakkan ibadat. Mudah-mudahan kita tidak mensia-siakan Ramadan tahun ni.

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~