8 Mar 2025

First week of Ramadan & menang giveaway dari Cuya

Assalamualaikum

Alhamdulillah, tahun ni masih berpeluang untuk bertemu bulan Ramadan. Know know dah seminggu kita berpuasa yerr. Macam biasa, asal bulan puasa je mesti panas membahang lain macam. Barulah dugaan berpuasa yedok? Apapun, jaga kesihatan ya semua dan selamat istiqamah untuk memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ni (pesanan untuk diri sendiri jugak).

Aku taktahu lah kenapa, tapi Ramadan tahun ni aku tersangat amatlah busy dengan kerja-kerja kat office. Selalunya kalau bulan puasa ni santai tau, job tak banyak. Ini tiba-tiba macam terkejar pulak.. In fact, aku start busy dari bulan 12 tahun lepas lagi! Yihh geramm!

Bila dari pagi sampai petang memanjang tenung PC, balik dari kerja tu memang idokler saya nak bukak laptop update blog mahupun blogwalking. Harapkan hujung minggu jelah. Tapi hujung minggu pun kadang-kadang malas juga, camne tu?

puasa tidak menjadikan alasan untuk tidak beriadah!

So untuk minggu pertama puasa ni takde perkara menarik pun yang berlaku. Pagi ni pun aku baru lepas briskwalk kat stadium je buat bakar-bakar lemak. Ingatkan takde orang yang beriadah, rupanya ada beberapa manusia jugak kat situ. Siap berjogging lagi. Kita ni mampu jalan jelah, tu pun pusing 6 round je xD

Anywayyy, baru ni aku menang giveway Kerajaan Kelapa yang dianjurkan oleh Cuya! Boleh baca entry --> SINI

sampul raya, keychain nama iolls n minyak wangi

Ingatkan dapat sampul raya je, rupanya ada hadiah lain jugak! Sampul tu pun dapat semua design rupanya dan each design Cuya bagi 2 pieces. Ni bukan setakat takyah beli sampul tahun ni je, tahun depan pun boleh guna lagi. Maklomla tahun ni kita tak balik beraya pun, hahaha.

paling suka design klasik-klasik yang warna pastel tu! Sijil cuti raya tu pun lurvee

dan dapat keychain handmade yang Cuya buat sendiri. Cute kan combination warna of pink and blue

Terima kasih blogger Cuya! Tak sangka pulak ada luck untuk menang giveaway ni. Kira rezeki first week of Ramadan agaknya kan :p

Thanks for reading!