23 Oct 2021

Membudayakan Kitar semula

 Assalamualaikum

Pembudayaan kitar semula ni dah lama diterapkan dalam masyarakat sejak kita sekolah lagi. Tapi dekat Malaysia ni tak semua orang buat, maybe sebab leceh nak kena asing-asingkan sampah ikut kategori. Yang kita tahu, nak buang sampah sekali hala terus je kan? 

Dulu kitorang pun rajin recycle, pastu stop sekejap dan sekarang start balik. Tu pun lepas haritu ternampak ada orang share pasal pusat kitar semula kat cyberjaya tu. Cantik tempat tu, tapi dia tak bukak hari sabtu ahad. Dan kitorang pun google jelah tempat kitar semula area dekat-dekat dengan rumah ni. Iaitu Pusat Kitar Semula Komuniti, presint 9, Putrajaya.

Masa first time pergi dulu, kitorang bawak sikit je. Tu pun asalnya aku kumpul bekas-bekas skincare and kotak-kotak je. Tu yang tak banyak. Oleh itu, kami cuma mendapat 0.60 sen sahaja xD Aku gelak je sebab kumpul benda-benda skincare tu dalam 3 bulan gak hahah

Second time datang sini, kitorang bawak segala mak nenek sampah-sampah recycle. Ni pun mintak kerjasama ahli warga rumah maka banyaklah yang dapat terkumpul~


Kali ni aku recycle
- Besi helium tank
- kotak-kotak dan kertas
- minyak masak
- plastik-plastik

Disebabkan bawak barang banyak, hasil duitnya pun dapat banyaklah jugak. Paling berbaloi tu bila kita recycle minyak masak sebab harga per kg dia tu mahal. Btw kakak aku sedih sikit dia punya helium tank per kg kira 0.40 sen je padahal dia beli benda tu rm100++ xD

selain daripada bahan-bahan yang dinyatakan dalam resit ni, korang boleh juga nak recycle barang-barang elektrik yang dah rosak contohnya macam tv ke, rice cooker, Komputer ke,  dan  peti ais. Tadi pun ramai je aku tengok bawak benda-benda camtu.

Daripada kita simpan and nak sayang-sayang sangat kat benda yang tak boleh pakai ni, baik kita hantar pusat kitar semula je kan? Dapatlah jugak duit :p

Ayuh membudayakan sifat kitar semula untuk environment kita!

Thanks for reading!



3 comments:

  1. saya memang satu family membudayakan kitar semula. dari kecik tak silap, tapi tu la nak bawa barang-barang ni ke pusat kitar semula pun macam malas. hahaha

    dekat rumah pun siap ada tong sampah 3 jenis tu

    well, kita ni je yang malas nak asingkan, padahal mudah je. haha

    ReplyDelete
  2. Wow, seronok ada tempat kitar semula macam ni. Dekat Ipoh ni Syu tak tahu ada ke tak yang macam ni. Selalunya, Syu jual barang recycle dekat lori yang selalu angkut besi buruk tu jer. Ingat nak jual lah, tapi macam dah lama jer uncle tu tak masuk dekat area taman Syu ni.Hu3

    ReplyDelete
  3. akak pun tgh kumpulkan minyak masak. dah 2 botol. tp belum sempat lagi nak ke sana.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~