18 Mar 2018

Trip Boracay - zipline, ATV ride and parasailing


Assalamualaikum

5/2/2018 - isnin


Pada keesokan harinya, aktiviti masih berjalan seperti biasa dan padat. Dah janji nak gerak pukul 9 tapi disebabkan kitorang terbangun lewat maka geraklah lewat sikit, sorry Julyn! Memang malam tu penat gila, lepas subuh semua sambung tidur sampai terlajak masa haha.

Sepatutnya aktiviti mula-mula tu nak buat ATV ride, tapi disebabkan lambat kan maka ramai orang tengah beratur kat sana. So, kitorang pegilah buat superman zipline dulu.



Yang ni memang agak gayat jugakla sebelum nak turun tu. Dia punya cable rope tu sepanjang 620 meter, berketinggian 70 meter dari aras laut dan kelajuan ialah between 30 and 60 miles per hour (almost 100 KMPH!). Memang masa turun tu rasa macam superman, laju jee.

Lepas dah turun tu kita naik semula ke atas dengan cable car. Tapi cable car dia slow jela sebab nak bagi korang mengamati pemandangan yang cantik tu. Disebabkan aku first try cuba zipline ni, so memang worth it! Harga cuma 1,300 PHP per Person! Pada aku agak murahlah bila convert ke MYR.

cable car untuk naik semula ke atas wehee

Lokasi seterusnya pula ialah kita ke ATV ride aka offroad! Yang ni antara aktiviti yang paling aku suka kot sepanjang kat sana, cool terox! Dia akan bawak kita tour kawasan tu lebih kurang 1 jam. Harga bayaran untuk per person pula ialah 1,250 PHP. Memang keadaan jalan dalam hutan tu mencabar jugakla dengan berbukit-bukit, jalan tanah yang berbatu-batu, berhabuk lagi pasirnya. Tapi bagi yang suka aktiviti offroad confirm suka! Aku yang baru first cuba ni pun rasa best.


Mula-mula aku cam takut tak pandai bawak sebab takde lesen kan. Tapi benda ni even kau takda lesen motor pun senang je nak bawak. Seronoklah aku dapat merempit dalam hutan naik motor besar. Jangan bimbang takut tergolek ke apa, ada 4 tayar besar gedabak kot, stable je.

Tour ni dia bukan bawak kita pusing-pusing dalam hutan je, ada jugak dibawa pegi private beach yang sangat cantik. Rasanya kat beach ni tak boleh mandi kot sebab takde orang pun kat sini. Lagipun ni cuma tempat persinggahan je untuk nak ambil-ambil gambar.


Lepas dah 1 jam melasak dalam hutan tu, sepatutnya aktiviti kitorang tamat takat situ je kalau mengikut pakej tour kak Bora tulah. Pastu kak Pika ajak main parasailing sebab dia teringin nak cuba. Kitorang semua okay jelah walaupun tak se-excited kak Pika. 

Lagipun duit ada banyak lagi time tu, alang-alang tu habiskan jelah terus. Nak parasailing ni lebih kurang zipline je, 1,200 PHP per person. 


Masa nak parasailing ni kami kena tukar boat 2 kali. Panjang tali ni adalah 200-300 meter, tinggi dia aku kurang surelah pulak berapa. Duduk kat atas tu cuma 15 minit je.

Time kat sini cuaca dah nampak tak okay, langit pun mendung je. Laut apalagi, bergeloralah dia. So disebabkan itu, berlaku hal yang tidak diingini, semua mabuk laut!

Selalu kalau duduk kat tengah-tengah laut ni memang ombak dia lain sikit. 1st round kak Pika dengan kak Aten yang naik dulu, so aku dah sengsara kat bawah tu menahan pening. Kakngah dia okay lagi masa ni. Aku tengok muka brader yang jaga kitorang tu pun tengah pening gak, haha.



Tiba giliran aku dengan kakngah naik atas, memang macam mayat hidup gakla sebab rasa nak muntah. Tapi gagahkan jugak terbang naik atas tu. Tapi bila dia dah duduk kat atas tu kuranglah sikit rasa pening, barangkali sebab terlalu excited. Tapi lain pulak situasi kakngah, dia makin bertambah pening sampai termuntah kat atas tu. 

Ya.. Real punya muntah..... Orang kat bawah taktau apa yang terjadi masa kitorang ada kat atas tu..

Lepas semua dah selesai, satu boat tu diam sebab masing-masing mabuk.

Tapi apapun memang seronok masa ada kat atas tu. Boleh nampak satu Boracay, pulau-pulau kecil dan area Caticlan jeti tu. Cuma kalau tak pening mesti kitorang lagi teruja nak tengok pemandangan tu.


Itu sajalah yang berlaku pada pagi tu, malam kita asingkan dalam entry lain dulu sebab yang ni pun macam dah agak panjang je. Memang semua aktiviti haritu aku tak pernah buat sebelum ni, so achievement unlocked! 

Tapi bagi aku cukuplah merasa parasailing tu sekali je sebab pening ya ampun. Great expereience btw!


Thanks for reading!

12 comments:

  1. Ya Allah bestnyaaa!!! Rajinnya travelling! Teringin nak naik zipline tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zipline tu memamg rasa macam superman habis! XD

      Delete
  2. bestnyaa nak travel dgn girlfriendsss jugakk.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go go! Lagi best jalan2 ngan girlfriends

      Delete
  3. bestnyaaaa aktiviti2 yg mazni join T^T
    semua berani2, hebat la walaupun ada muntah, kalau BV pun muntah jugak kot XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka lak buat benda2 camni so memang best!
      Haha kita pun nak termuntah gak sebenarnya, tapi tahan jela T__T

      Delete
  4. omg bestnyaaaa Mazni! Teringin gila nak buat parasailing tapi tak pernah kesampaian lagi. Hahah! Yang zipline tu pun bestnya, dekat Malaysia tak ada lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening kepala buat parasailing tu! tobat dahh

      Delete
  5. alaaa mazniiii best gilaaaaaaaa. bestnya dapat buat byk aktiviti! kalau dah mabuk laut smua benda pun dah tak dihiraukan dah haha sebab mmg pening gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe, tapi gagahkan diri jugak acah seronok masa parasailing tu. time turun tu haaa, pengsan

      Delete
  6. Oh myyyyy! Macam mana handle bila dah muntah dekat atas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia duduk diam je kat atas tu sambil tutup mata, habis tudung kotorlah kena muntah ahaha. nasib muntah sikit2 je

      Delete

Nak komen apa? silakan~