24 Mar 2018

Trip Boracay - Night in Boracay


Assalamualaikum

Sambungan daripada previous entry, setelah tamatnya semua aktiviti kami sepanjang 2 hari tu, it's time to say goodbye to Julyn. Dia ni memang sporting habis sebab muda baya-baya kitorang je, bolehla ajak gurau. Thank you, we had a great time with you, hope we'll meet again someday :)

Sweet gakla Julyn ni, sampaikan bila aku dah pulang Malaysia pun dia still whatsapp tiap2 minggu.

rainbow waktu petang dekat Bulabong beach

Biasanya bila dah hari-hari akhir percutian ni kita buat apa? Of courselah shopping! So, malam tu kami berempat pegilah ke D' Mall Boracay, memang situ antara tempat shopping utama la. 

Even dah malam pun ramai jugak manusia. Diorang ni jenis yang suka melepak malam-malam, partylah karaokelah tapi no wonderlah, pulau kann. Ahaha aku pun suka jugak keluar malam-malam.

Lihatlah betapa busynya jalan dengan motocar ini


Macam-macam jenis souvenir ada kat sini, pilih jel mana-mana yang berkenan. Tapi kitorang ni cam biasalah, mesti suka banding-bandingkan harga kat setiap satu kedai, ada jugak kedai yang tawarkan harga lain-lain. 

Overall souvenir kat sini murah la. Kitorang beli keychain combine jenis corak dapat 100 peso untuk 8 pcs. Best gila kann? Shopping kat kedai tu paling lama kot, padahal beli keychain je pun. And oh, pekerja kat situ ada sorang Filipino muslim. Ingatkan dia orang Melayu atau Indonesia sebab cara dia pakai shawl cantik semacam, kahkah.

maganda! (cantik)

Dia kata kat area Boracay ni tak ramai muslims sebab situ pulau kecil je, maka nak cari makanan halal teramatlah susah. Sepanjang kitorang ada kat sana memang susah jugak nak jumpa kedai halal. Ada tu memang ada, cuma berapa kerat jelah. Rasanya tak menyesal kot bawak luggage 23kg yang yang penuh dengan segala makanan tu. Tapi end up tak habis semua pun..

Sis ni kata dia teringin nak pegi Malaysia sebab kat negara kita senang nak cari makanan halal. Dan dia kata pernah ada orang Malaysia bagi dia tudung makanya beliau sangat terharu. Whoever yang bagi tudung kat sis ni, may Allah bless you! I learn something, kita patut rasa gembira dapat duduk kat negara yang majoriti ramai orang Islam, senang nak cari makanan halal, tempat solat pun merata-rata, komuniti Islam pun meluas. Semoga kita boleh jadi muslim yang baik. Seronok borak dengan sister ni walaupun aku lupa nak tanya nama beliau.

found one halal restaurant

Yang ni aku nak ceritalah kan, HALOMANGO memang glemer kat sini. Mango shake dia  sedap gila sebab fresh! Mungkin mangga cebu. Price start from 150 peso, aku beli mango ice yang ada ice cream tu 200 peso. Bukan biasa-biasa weh, beratur panjang gila.

Yang beratur tu kebanyakkan nya orang Korea. Diorang memang suka betul datang Boracay ni sampai kat situ pun banyak restoran korea.

Selain mango, ada gak air buah yang lain macam coconut, watermelon. Tapi dah kata pun halomango haruslah kamu semua memilih mango. Best signature diorang ialah mango holic dimana ketulan mango tersebut dipotong berbentuk kiub, kemudian ditambah pula dengan aiskrim yang penuh menggoda, peh memang layan.

Selain halomango ni, ada jugak beberapa drinks yang femes kat sini. Yang aku rasa wajib cuba ialah Jonah's fruit shake, yang tu ada banyak gila choice dan harga start dari 120 peso je. Recommend try chocolate banana! Tom N Toms coffee pun glemer jugak kat Phillipines, tapi ni macam style-style starbucks jela. Bagi aku rasanya biasa jekot?


So on the next morning 6/2/2018, tibalah masanya untuk pulangg, pagi tu pegilah tengok sunrise dekat Bulabong Beach tu, dari haritu lagi nak tengok sunrise tapi asyik bangun lambat je, last day jugak baru dapat tengok. Bertuah betull


Bye Boracay, till we meet again! Keluar dari rumah pukul 9 pagi, sampai airport pukul 11 pastu flight pukul 3.30 petang. Bosannya taktau nak buat apa kat airport tu.. 

Benda yang aku suka sepanjang ada di Boracay ni nombor satu mestilah sebab air lautnya yang cantik. Kalau locals here, orang-orang kat sini selalu panggil kitorang "ma'am", rasa macam datin2 pulak kahkah. Tapi diorang ni peramah je, english pun bagus jugak so takde masalah nak berkomunikasi kat sini.

Kalau plan nak ke Boracay, pada aku cukup je pegi sini 4 hari sebab pulaunya kecik je. Pusing-pusing akan jumpa tempat yang sama jugak. Aktiviti air kat sini memang best dan harga pun murah jugak! 

Thanks for reading!

12 comments:

  1. Kawan-kawan kak PC yang dah pergi sini kata best...dengar cerita teruja juga...hehe..

    ReplyDelete
  2. Akak dah banyak kali plan nak ke Boracay tapi sampai skrg belum berkesempatan lagi nak g..haihhh..kena cari keja cecepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum rezeki lagi tuu, semoga dpt sampai sini nanti :p

      Delete
  3. wowww bestnyaaa.. ain belum sampai lagi sini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla plan dtg sini nanti, bajet nak kesini tk mahal sangat pun ^^ yang pasti tempatnya cantik!

      Delete
  4. bestnyeee

    hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  5. Walaupun pulau kecik, tapi masih tak sampai sana lagi hahahah. Mazni bila nak bawak kak Nad datang sini? Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha pegi sekali je cukup dah kot kak nad, tk mampu nak bawak akak dtg sini pulak xD

      Delete
  6. Boracay cantik sangat. Entah bilalah ada rezeki nak datang sini. Baca-baca katanya Boracay akan ditutup 6 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah pulau tu nak tutup dah, sedih betul

      Delete

Nak komen apa? silakan~