9 Feb 2018

Trip Boracay - Island hopping


Assalamualaikum

4/2/2018 - Ahad

Masuk second day tu, bermulalah segala aktiviti pantai kami. Pukul 9 pagi lagi Julyn dah datang rumah, memula cam peliklah kenapa bukan Gina yang bawak kitorang jalan kan. Tapi diorang ni tukar-tukar shift. Pagi tu masa pegi island hopping Julyn yang guide, sebelah petang pulak Gina.

berjalan 15 minit nak ke pantai

Aktiviti pertama yang kitorang buat haritu ialah island hopping dimana ada snorkeling, cliff diving, keliling pulau, helmet diving dan petang tu ada sunset sailing. Kiranya 2nd day ni memang hari berbasahan la, penuh dengan aktiviti air. Dan pagi tu cuaca agak gloomy, hujan rintik sikitlah.

Sampai je kat White Beach (atau dikenali sebagai Station 1), kitorang kena naik boat untuk aktiviti snorkeling dan yang lain-lain.


Sementara nak tunggu boat, bergambarlah dengan pasir Boracay ni. Pasir ni diorang akan buat tiap-tiap hari dan musnahkan ia bila dah petang. Rupanya nak bergambar dengan pasir ni bukan free, nanti diorang akan mintak tip. Aku seriously taktau langsung nak bergambar dengan pasir ni pun kena bayor ceiitt! Time tu dahla takde duit kecik, takkan nak bagi 1000 pesos pulak kat dia kan.

Last-last pinjam duit kak aten, tu pun ada 5 peso je. Aku tibai je bagi 5 peso kat dia pastu kena pandang slack HAHAHA! Sorrylah, i memang takde duit kecik. Kalau tahu kena bayar memang aku tak ambil gambar dengan pasir ni pun.

Tapi tip tu kira ikut seikhlas hati kan? Sepatutnya sukati kitalah nak bagi berapa banyak pun lol.

pulau bentuk buaya. Baru nak takut kalau-kalau ada buaya kat sini tapi ni kan laut

Aktiviti pertama ialah kitorang snorkeling! Ombak time tu sangat kuat so kitorang kena snorkeling sambil pegang tali. Ni kalau lepas memang kena hanyutlah, haha. Susah nak snorkeling sebab airnya tak tenang sungguh, tapi ikan dengan batu karang kat bawah laut tu lawa.

Masa tengah snorkeling tu air selalu masuk dalam mulut even dah pakai snorkeling mask. Kejap-kejap kena angkat kepala untuk buang air yang masuk tu. Pastu terus takde mood nak menyelam dah T__T


Kami snorkeling sekejap je kat sini sebab ombak dia takleh bawak bincang. Stesen seterusnya ialah ke Crystal Island. Kat situ kitorang jalan mengelilingi satu pulau tu. Entrance fee 75 peso.


Paling lawak, aku tertinggalkan selipar kat boat. So jalan berkaki ayamlah sepanjang kat Crystal Cove tu.. Sakit kaki i pijak batu karang dengan batuan tajam kat situ. Padan muka kan?

Yang ni masa masuk cave. Ombak sangat mengganas gila kat bawah ni dan kitorang tak sempat nak record apa-apa video. Tapi cantik!


Dalam 45 minit berjalan kat dalam tu, kitorang pergi ke Magic Island untuk makan tengahari. Semua makanan ni Julyn yang masak dan memang sedap! Seafood dia fresh-fresh dan sotong besar betull. Makanan ni semua dah include dalam pakej Kak Bora tu dan ianya halal.


Lala, udang masak pedas manis, sotong bakar yang sedap, ayam bakar dan ikan sweet sour. Pastu mangga tu Ya Allah manis betull. Sedap! T__T Oh btw, Julyn kata orang Filipina tak berapa suka makan pedas, so makanan kitorang haritu memang tak rasa pedas pun.

Lepas makan, aku nak try cliff diving. Magic Island ni glemer sebab orang selalu buat cliff diving kat sini. Memang ni antara one of my wishlist la sejak tahun lepas, saja nak uji tahap keberanian diri sendiri. Dulu pernah sekali terjun masuk air tapi tu kat Tadom Hill la, kalini aku nak cuba terjun terus masuk laut.

Kakngah, Kak Aten dengan Kak Pika memang awal-awal lagi diorang taknak buat benda ni. Punyalah Julyn pujuk diorang kata 'no takut, you can', haha. Aku memang nak cuba cuma tak berani terjun tanpa life jacket so sewalah sekejap dengan harga 50 peso.


Kat sini ada 3 platform terjun yakni platform berketinggian 7 meter, 9 meter dan 10 meter. Aku cukuplah amek 7 meter je, tu pun dah rasa tinggi sangat. Bila tengok orang lain terjun camtu je, terasa comel lak kita ni pakai life jacket hahaha.

and jump!


Mampu terjun sekali jelah, tak mampu buat kali kedua lagipun tengah rushing nak pegi tempat lain pulak waktu tu. If korang datang Boracay, pleaselah cuba cliff diving ni. Tak pandai berenang no hal, life jacket ada. Aku pun bukan pandai berenang sangat sebenarnya :p

Lepas dah habis singgah ke Magic Island tu, kitorang kena balik ke White Beach semula untuk naik boat pergi helmet diving! Yang ni aku akan cerita untuk next entry pulak sebab rasanya macam dah cukup panjang je ni hahaha.
White Beach


Dah tengahari ni barulah cuaca cerah sikit. Sangat perfect kalau nak buat helmet diving lepasni hyeahh!

Thanks for reading, stay tuned!


22 comments:

  1. Replies
    1. memang cantik. ar laut kaler biru turquoise

      Delete
  2. Seronoknya aktiviti2 kat sana. Tak sabar nak baca next entri. ^_^

    ReplyDelete
  3. cantiknya warna air laut tu. biru2 hijau2. teringin nak pergi tapi takpandai berenang langsung XD

    nampak sedap sangat makanan2 tu T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha no worries BV, pakai life jacket je XD

      haritu memang kenyang sungguh makan makanan ni hahaha

      Delete
  4. seronoknyaaa... view cantik gilaaa

    ReplyDelete
  5. Seriuslah kena bayar nak bergambar dengan pasir tu? Hahah! Ingatkan free aje. Mungkin bayar untuk effort dia buat. Kekekke. Syoknyaaa Mazni! Cantik gila laut dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious kot, rasa cam alahai berkiranya dorang ni pun hahaha.

      Delete
  6. Subhanallah, indahnya... Teringin nak pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dah tu plan pegi sini, harga pun tak mahal sangat hehe

      Delete
  7. Replies
    1. sen-sen je HAHA! terasa kejam...

      Delete
  8. Replies
    1. Yes! Sape yg suka mandi laut mesti suka dtg sini :D

      Delete
  9. serious best gilaaaa air lawa jernih puas hati la.. pakej ni amek dengan Kak Bora ? hihi comey nama dia. dulu akak amek swimming lesson blaja jugak diving. tp lama dahla n tho dah belajar each time nk terjun tu mmg jantung x tenteram. btw 7m untuk first timer memang terbaik saaaangat da tu Mazni. what an achievement *tepok tangan*.. akak 3 dan 5 je haahhaaha.. tu pun rasa nak muntah la pening la hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan nama dia kak bora ahahah. Saya pun tak sangka tetiba je berani nak terjun, sbb fikir ni mcm peluang sekali seumur hidup kan why not kita cuba xD

      Delete
  10. Amik gambar dengan pasir pun kena bayar keee hahah. Eh tapi gambar dari dalam cave tu lawa gila Mazni!! <3 :)

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~