1 Apr 2016

Interview pinjaman negeri Selangor


Assalamualaikum

Hari rabu minggu lepas aku kena panggil untuk interview pinjaman negeri selangor. Memang target nak mohon pinjaman ni je, Alhamdulillah kena panggil pegi interview.


Aku sampai tepat2 pukul 8, punctual kan?

Dah masuk dalam dewan tu, check list nama kat board dan tengok kita dapat panel berapa. Aku dapat panel 1 dan nama aku paling atas sekali dalam list haa amekau. Semua yang di-interview haritu adalah pelajar dari uitm selangor(shah alam, puncak alam, puncak perdana) so untuk panel 1 dan 2 tu untuk pelajar puncak alam. Aku taktau asal, tapi aku yakin aku sorang je diploma dalam golongan warga puncak alam ni, haha. 

So, lepas dah greet rakan sebelah saya yg merupakan pelajar degree semester 4 dalam course bussiness (amboi describe habis) aku sambung study balik pasal semua benda berkaitan Selangor. Dia punya gigih tu sampai siap buat nota warna-warni kutt. Kenalah ready pasal benda2 macamni, aku taknaklah jadi macam masa interview nak masuk uitm dulu...

ambik kamu. 

Nak cerita sikitlah pasal kelebihan pinjaman negeri selangor ni. Peratusan untuk bayar semula duit pinjaman tu adalah mengikut CGPA yang korang dapat. Mari sini saiya listkan;

Untuk sijil, diploma dan ijazah
 CGPA 3.19 dan kebawah - bayar 100%
 CGPA 3.20 - 3.49 - bayar 75%
 CGPA 3.50 - 3.74 - bayar 50%
 CGPA 3.75 - 4.00 - tak  payah bayar balik sebab dah dilupuskan sebagai biasiswa

Ijazah perubatan
 Lulus MBBS / MD / Pergigian / Veteriner - dilupuskan sebagai biasiswa

**Entry ini dipublish pada 2016, sila rujuk di TKWBNS sebab kadar pengurangan ada sedikit perubahan mulai 1 jun 2019


Takde nak kena bayar bunga-bunga bagai, dan yang layak memohon semestinya tinggal di Selangor. Kalau awok lahir kat Amsterdam tapi dah mastautin kat Selangor ni lebih dari 5 tahun, kira dah layaklah tu untuk memohon. Kalau nak tengok lagi detail, boleh bukak dia punya website kat SINI.

Sambung balik kisah interview tadi. Aku kan dapat panel 1, kitorang punya panel ni paling lama sekali. Memang macam sembang kopi habiss. Ada yang sampai setengah jam, 1 jam. Panel lain semua dah habis kitorang je paling lambat. jenuh aku menunggu oii.

Bila dah kena panggil masuk ruang interview tu, memang aku dah tak sabar sangat dah nak kena interview sebab nak balik cepat. Seperti biasa, bagi salam serta senyum kat panel dan duduk elok-elok kat kerusi tu. 

Pastu panel mintak segala dokumen peribadi. Bagi dalam keadaan yang tersusun. Sebelum masuk dalam ruang interview lagi dah ada sorang encik ni suruh kitorang susun dokumen ikut list yang dah disediakan.

Pastu mulalah sesi interview aku. Dia suruh ceritakan pasal latar belakang diri. Yang ini janganlah kamu detail sangat sampai semua benda nak cerita.. Pasal relationship dengan boyfriend lah, hobi, suka makan minum apa, cerita pasal kau pernah ternak kerbau kat kampung.. Melainkan kalau dia tanya, haa bolehlah nak cerita pun.

Macam aku cuma ceritakan latar belakang yang basic2 je. Contoh macam anak keberapa dalam adik beradik, belajar kat mana, tempat lahir kat mana, parents orang mana, pencapaian dalam akademik, dan ceritakan serba sedikit pasal course yang korang ambil sekarang ni.

Tetiba peng-interview tu kata aku ni lain sikit daripada yang lain sebab sepanjang dia interview calon lain, takde pulak yang amek course yang sama macam aku. Kira ni 1st timelah dia dengar pasal course aku. Ya, saya budak printing technology serta saya bangga. Tapi saya sedih sebab tak ramai yang tau pasal course printing ni, huahuahua... 

Lagipun aku sorang je budak diploma dalam panel 1 tu, lagilah menampkkan keganjilan ini, ewahh!


so dia tanya aku,

penginterview : Oh awak ni ambil course printing technology? Lain eh daripada calon-calon yang saya interview tadi. Awak sorang je yang ambil course ni, boleh ceritakan sikit tak pasal apa yang awak ambil ni?

So, aku pun ceritalah lepas dapat result SPM terus apply UPU sebab nak ambil course art & design. Memang target nak masuk uitm dan memang nak sangat art & design ni. Bila dah suka sangat dengan course sendiri, memang banyaklah kelebihan yang kita kena cerita. Cuba buat dia tertarik dan buat dia tanya pasal bidang yang kita ambil ni.

So aku pun ceritalah pasal projek2 yang kitorang penah buat sebelum ni. Pernah buat poster, buat cover novel, buat buku menu, pernah ambil upah design majalah kelas untuk junior, senang nak buat duit and entah apabenda lagilah aku cerita. Pastu dia start tanya pasal berapa duit aku dapat, best ke belajar, susah tak art & design, apa skop pekerjaan. Jawab soklan2 gini dengan yakin je walaupun kau tu takdelah berapa yakin sangat, kah!

Yang penting cuba cerita point yang boleh meyakinkan penginterview contohnya macam pencapaian yg kita dapat untuk semester lepas ke, penah jadi komando kawad ke, jadi MPP ke, penah wakil U ke. Aku pun canang jelah semua cerita2 yang ada. Time nilah kau nak berlagak power sikit. 

Untuk soalan pengetahuan am, dia tak tanya pun sebab aku ni turn yang last2. Memang nasib aku ni selalu dapat turn last masa interview kott -__- Dulu time interview masuk uitm pun dia tak tanya banyak sebab benda yang sama. So, kalau nak lari dari soalan yang banyak2 silalah datang lambat, haha.

Bila tanya calon2 lain, ada yang dapat soalan pasal siapa sultan selangor, ada berapa daerah dalam selangor, siapa menteri besar selangor. Kadang2 ada jugak dia tanya soalan yang pelik-pelik. Contoh macam calon lain dapat tu, dia tanya ibu negeri bagi negara brunei & thailand. Nasiblerr~ Kena tahu jugak pasal isu2 semasa yang berlaku sekarang ni.

So, turn interview aku pun habislah dalam pukul 12.30 gitu. Ada lagi 3 orang kat belakang aku time tu. Dah habis interview terus balik kolej. Study week duduk rumah memang takkan jalanlah tu pasal sanggup balik kolej, haha.

Btw keputusan permohonan tu keluar minggu depan, harap2 ada rezeki dapatlah, InsyaAllah :)

Thanks for reading!

**Alhamdulillah, pinjaman diluluskan dengan jayanya

23 comments:

  1. oooo...harapnyaaa Mazni terpilih...kalau dapat pinjaman ni lg berbaloi drpd PTPTN..chaiyok! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAMAT DATANG KE "WEMA FINANCE" kami berada di sini untuk menyediakan perkhidmatan kewangan profesional yang sangat baik kepada anda semua.

      Adakah anda seorang ahli perniagaan atau wanita? Adakah anda mengalami masalah kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan kecil dan sederhana yang baik? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan anda merasa sukar untuk mendapatkan pinjaman modal dari bank tempatan dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan wang untuk melabur dalam bidang pengkhususan tertentu? Adakah anda mempunyai projek yang belum selesai di hujung jari anda kerana pembiayaan yang tidak mencukupi? Ini adalah peluang untuk mendapatkan pinjaman anda hari ini untuk menyelesaikan semua masalah kewangan anda.

      Kredit kami 100% dijamin untuk keselamatan maksimum adalah keutamaan kami, matlamat utama kami adalah untuk membantu anda mendapatkan perkhidmatan kewangan yang tulen yang anda patut, program kami adalah cara terpantas untuk mendapatkan pinjaman yang anda perlukan. kadar faedah murah untuk mengurangkan tekanan ke atas perbelanjaan bulanan. Dapatkan fleksibiliti untuk digunakan untuk sebarang tujuan - dari percutian, pendidikan, hingga pembelian unik.

      ADMIN
      [wemafinance0@gmail.com]

      Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang termasuk: Pinjaman Peribadi, Pinjaman Penyatuan Pinjaman, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Pendidikan, Pinjaman Dijamin Pinjaman, Pinjaman Gadai Janji, Pinjaman Habis Hari, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Komersial, Pinjaman Kredit Automatik, Pinjaman Pelaburan, Pinjaman untuk Pembangunan, Pinjaman Pembelian, Pinjaman Pembinaan, pada Kadar Faedah Rendah sebanyak 2% kami memberi pinjaman kepada Individu, Syarikat dan Agensi. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga anda dan rumah impian anda dan skim pinjaman umum kami.


      Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, sila hubungi kami dengan permintaan pinjaman anda.
      Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

      Puan HELEN WILSON
      Pengurus cawangan
      [helenwilson719@gmail.com]


      Puan HELENA HERNANDEZ
      Ketua Pegawai Kewangan
      [helenahernandez432@gmail.com]

      Salam,
      ADMIN WEMA FINANCE
      [wemafinance0@gmail.com]

      Kami berharap dapat mendengar daripada anda secepat mungkin.

      Delete
  2. thanks for sharing. maybe boleh try mintak pinjaman ni nanti kalau tak dapat jpa. hmmm

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, ada peluangg tu.. Thanks bgi info ^^

    ReplyDelete
  4. inshallah!! gogogo mazniii hihihi <3

    ReplyDelete
  5. Insyallah, moga rezeki awak ada untuk dapat pinjaman ni :)

    ReplyDelete
  6. all the best mazni ! inshaaAllah kalau dah usaha, boleh dapat =)

    ReplyDelete
  7. Wah bagus la kerajaan negeri Selangor. Semoga berjaya yer ^-^

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah saya baru je tahun lepas dpt pinjaman selangor...tu pun lepas tiga kali permohonan...semoga ada rezeki awak...

    ReplyDelete
  9. interview dlm BM ke? in sha Allah harapny Mazni dpt lulus pinjaman ni. Untung pun untung. Sy harapkn MARA jelah.. mmg CGPA nnt kena dpt above 3.75 then boleh djadikan sbg biasiswa dah. takperlu bayr satu sen pun. Btw, Goodluck XD

    http://anies-msletoes.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dalam BM :) tulah harap dapatlah kan. goodluck jugak awak, semoga dapat MARA jugak!

      Delete
  10. Moga dapatlah hendaknya, ya Mazni. Seram pula bila baca interview orang pergi untuk pinjaman dan SPA bagai ni.

    ReplyDelete
  11. Nak tanya, pinjaman ni memang dapat setahun sekali je? Kalau tahun lain still dapat tak?

    ReplyDelete
  12. Stiap 2 tahun sekali. Bulan mac dgn bulan july :)

    ReplyDelete
  13. Qila dapat iv haritu tapi tak piiii aaaaa rasa rugi sgt takdpt experience interview tu ish.
    Thanks Mazni share benda ni <3 hehe.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, saya nak tanya yang tentang rujukan bagi mengesahkan butiran peribadi permohon boleh ke keluarga or kena orang selain keluarga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, rujukan tu tak silap ada utk 3 orang. ibu, ayah, dan lagi satu tu saya letak makcik. kalau boleh letak ahli keluarga sbb senang nak contact :)

      Delete
  15. Salam. Saya nak bertanya, andai pelajar tu dapat pointer 3.90 ke atas pinjaman tu terus jadi biasiswa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,
      yup. kalau awak degree, CGPA 3.75 - 4.00, pengurangan bayar balik 100% (tak payah bayar balik). kalau diploma, pengurangan bayar balik cuma 25% . diorang dah tukar sikit sistem bayar balik baru2 ni, so apa2 boleh rujuk http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/permohonan/tawaran-peringkat-pengajian-tinggi

      Delete
  16. Saya nk tye lepas dh pergi temuduga tu agk agkye keputusan tu keluar bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pegi interview ni masa bulan 3. tk ingat berapa lama, tpi masuk sem baru masa bulan 6 tu duit dah masuk. dalam sebulan jugak keputusan keluar, lambat sikit.

      Delete
  17. Assalam, saya nak bertanya. Kalau belom daftarkan diri masuk uni tapi dah dapat surat tawaran kemasukan degree. Masih layak ke? Saya dah mohon pinjaman ni dan sudah dapat surat panggilan temuduga. Mohon pencerahan😭 Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, saya tak berani nak cakap boleh ke tak sebab semua org yg saya kenal ataupun termasuk diri saya memang dpt interview masa dah masuk uni. mungkin sbb covid ni, awak kena masuk lambat sikit kot wlaupun dh ada surat tawaran. saya cadangkan awak terus call pejabat SUK tu utk tnya ya :)

      Delete

Nak komen apa? silakan~