11 Nov 2015

Art class


Assalamualaikum
              

Tamaknya gambar permulaan je dah sampai 3 hahaha

Hi. Harini kita bersesi throwback2 ye. Lagipun saja nak letak hasil kerja aku kat blog ni walaupun tak lawa wahahaha. Manalah tau kot2 kalau aku terbuang semua keje2 art aku tu ke, bolehlah tengok balik kat blog ni. Itulah motifnya, aha.

Sebagai art and design students, tak kisahlah kau amek graphic ke, industrial design ke, fine art(ini wajib sangat) utk sem 1, ada satu subjek yg kitorang kena tempuhi iaitu FND. Ini memang subjek wajib yg kitorang kena amek untuk sem 1. Sem 2 tak payah, tapi ni untuk department printinglah, yg department lain aku tak sure ada ke tak untuk sem 2.

Macam aku ni amek printing so code dia fnd111 dan fnd110. Fnd tu membawa maksud FiNe Drawing atau Fine aNd Design kot. Eh aku tibai je, kau jangan caya sangat okay. Tapi rasanya ini memang subjek fine art pun.

Fnd110 ni adalah subjek drawing, so segala benda yang kena sketching2, lukis2, itu 110 punya. Kalau fnd111, dia adalah visual studies. Alah macam seni visual, main warna-warna, comot sana sini. Sekali lagi sis minta maaf sebab buat fahaman sendiri, huhu.

Senang cerita 111 ni belajar prinsip senilah. Dann subjek ni adalah punca yg buat aku terfikir, "Asal aku amek AD eh?", "Aku buat pilihan yg tepat ke masa isi upu haritu?" hahaha. Aku kan selalu membebel pasal projek artlah, apalah.. inilah dia :p Trust me, buat benda ni memang boleh bagi tekanan jiwa yg maha dahsyat walaupun ianya seni.

FND110(drawing)
Drawing class ni bukannya nak kena lukis gambar pemandanganlah, keretalah, benda yg hebat2 belaka semua tu. Yang ni belajar teknik2 asas melukis je. Banyak lukis bentuk geometri je. Paling susah pun lukis dinosour jekot untuk manusia yg tak suka melukis lukisan binatang macam aku ni, haha.

circle
Nampak je macam tahpape kan? Aku ngaku, memang tak berseni pun xp Tapi, nak siapkan satu bulatan penuh ni pun amek masa dalam 1 atau 2 jam. Kena pegang pensel dengan menegak dan lukis bulatan. Ulang banyak kali supaya stroke circle tu tebal. Tangan terketaq-ketaq macam kena parkinson dah -_-
scribbling
Teknik scribbling. Kena pandai control tangan untuk hasilkan tone yg sekata. Ewahh

form 3D
K tau kelakar, jangan gelak. Rupa dia memang macam kartun sebab aku lukis berdasarkan dinosour plastisin yg aku dah bentukkan, wahaha. Ini guna teknik cross hatching. Aku malas nak lorek sampai penuh sebab leceh xD Malas2 pun dapat 9/10 jugak, yeayy!

Oh lupa nak cakap. Ini contoh paper work. Sebenarnya ada banyak lagi paper work yang kitorang kena buat tapi yg ada kat aku 2 je. Yang lain tu lecturer amek.

Untuk subjek 110 ni, ada berbelas-belas drawing jugakla yg kitorang kena buat. Tapi tak susah sangat pun sebab kena lukis bende2 yg simple je. Masalahnya ialah bila kau malas je, haha.

FND111
Selamat datang ke alam penyeksaan, Muahahahaha!

Hari pertama kelas lagi kitorang dah disuruh kutip barang2 terbuang dan nature(ranting,daun,batu) utk projek pertama. Jadi budak AD ni memang kau akan sentiasa bersama dengan sampah dan jadikan sampah tu sebagai seni. hahahaha. It's a good thing actually sebab kita belajar appreciate sampah :p Kitorang memang dah biasa sangat gali-gali tong sampah ni. Sorryla kalau nampak mcm hina sangat dimata masyarakat. Sesungguhnya perkara ini bukan kami yg mintak, ianya atas urusan kerja.

That moment bila kau tgh makan ayam... "weh tulang ayam! Simpan utk nature!"
Nampak tin/kotak minuman tepi jalan *pandang kiri-kanan, kutip*
Nampak bunga atau nature things tepi jalan *petik dgn tidak berperikemanusiaan*

Ada sekali tu, aku nak petik bunga jenjarum, sekali bunganya habisss. Tinggal daun je. Aku tau dah ni mesti kerja bebudak kitorang ni, haha.

Texture abstract project (lupa nama tajuk -_-)
Behind the scene....
guna chinese ink yg bau dia busuk takleh bawak bincang

Ambiguos
Start dari sinilah kesengsaraan tak tidur malam tu bermula :p
Orang lain sibuk dok berhari raya aidilfitri, kita dok hadap benda ni huahuahua. Serious dah spoiledkan mood raya aku *emoji nanges* Amek masa 4 hari setengah nak siapkan benda ni. 
behind the scene..

Dinosour dawai
Start dari sinilah kitorang rasa nak gila, rasa dah fedap, rasa nak keluar dari uitm, dann rasa segala semua rasalah. Taktau kenapa, tapi ni project yg paling susah sekali yg nak siap. Hahahaha dahsyat betul. Memula aku fikir benda ni macam takkan pernah siap.. Sebab proses nak lilit dinosour tu tersangatlah lama. Even kau duduk 6 jam sehari pun, tak sampai half pun hasil yang kau dapat.

Sampai kitorang keluarkan fatwa sendiri yg dinosour ni haram -_- MasyaAllah sampai macamtu sekali dia punya geram tu. *Amek masa 3 bulan nak siapkan, HAHAHAHA!

Lepas siap dawai ni, tahap lega dia tu tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Aku rasa macam nak buat kenduri kesyukuran time tu jugak.
Sorryla leher dinosour tu nampak 'chachard'. Seksa tau tak nak bentukkan dia punya rangka tu. Aku dahla tak pernah dan tak pandai nak bentukkan binatang ni..

Behind the scene...
Hasil buat 5 jam tanpa bergerak dari tempat duduk. Dpt banyak tu je x'D 

Paperwork texture 3D
Projek ni yg aku nampak paling sadis.. Pernah tunjuk hasil kat lecturer pastu dia reject, suruh buat baru. Pehhh sakit gila. Tapi memang salah aku sebab tak tanya dulu sebelum buat. Lepas kena reject tu merajuk 2 hari taknak buat keje ni hahaha.

Dah datang semangat tu terus sambung buat sampai stay up pukul 4/5 pagi. Kalau tidur pun, kat atas lantai bersama sampah2(k yg ni serius aku mcm pengemis). But Alhamdulillah, projek ni yg aku dapat full mark & kena hantar pegi jabatan tu xD 
kena buat 25 pcs
cilok dari twitter
cilok dari instagram pulak wahahaha

Behind the scene....

Canvas texture
Paling sakit nak buat background sebab kena punch kertas jadi bulat2 kecik pastu tampal satu persatu kat canvas. Ingatnya nak buat background ombre sekali bercapuk pulak warna dia x'D

Behind the scene...

Dinosour paper clay(last project)
Bentuk dia memang kelakar tahap budak tadika. Aku dah kata memang aku takde bakat langsung nak bentukkan objek. Dinosour pulak tu.. Guna paper clay ni sekali bukak jangan tinggal camtu je, nanti keras. Amek masa 4 jam utk siap.
Al-Fatihah utk bentuk yg sempurna macam ni. Sekarang kaki, ekor, tanduk dino ni semua dah tercabut
 Behind the scene...

Itu jekot. Tapi honestly sebenarnya class ni agak best jugak walaupun banyak benda nak kena buat. Dan yang paling best, even class ni masa yg paling lama(5jam) tapi sangattt santai. Boleh buat kerja sambil dengar lagu, boleh menyanyi dalam kelas, boleh keluar merayap pegi beli air gedegang, boleh usik orang lain buat kerja (tapi makesure kerja engko siaplah nak).

Nanti dah masuk sem 2 takde dah kelas yg santai2 camni. Semua kena serious je. Aiyaaa nanti mesti rindu kat puan lecturer kite yg suka sangat bercerita tu TT

Thanks for reading!



43 comments:

  1. walau rumit tp ttp nampk mcm best je buat fnd tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi best tu dlm 30% jekot. seronok bila tengok hasilnya dh siap jela xD

      Delete
  2. bestnyaa art class :D Lissa suka art. tapi kurengg suka buat art. haha all the best ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka art tpi nak buat art malas hahaha. terima kasih! :D

      Delete
  3. hihikkk baca post ni asyik tergelak jer...anyway best juga AD ni...

    huhu sy xder bakat seni...jgn harap nak lukis2...surrender

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu bestlah jugak. dah habis kelas ni rasa rindu pulak TT

      Delete
  4. kalau kite ade bakat seni macam ni perghhhhh tapi masalahnya tangan ni tak berseni haha
    terer awk *thumbs up*.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terima kasih. ada je yg yg tangan x berseni tapi boleh je buat :D asalkan kena rajin

      Delete
  5. Huyyyooooooooo! Kreatifnyaaaaaaaaa Mazniiiiiiii!!!!!!! TTTT~~~~TTTT Daebakkkk! Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kreatif setelah disuruh je :p kalau tak xdenya nak buat benda ni semua muahahaha!

      Delete
  6. Memang hebat mazni pandai melukis dan buat bentuk dinosour tu.. Kak aiza paling tak suka kelas seni masa sekolah dulu, hehe..

    Selamat maju jaya untuk mazni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya yg dinosour tu tak sangka sgt saya dpt siapkan hihi.
      Terima kasih kak! :D

      Delete
    2. Kalau dah minat tu mesti berjaya siapkan dengan baik..

      Delete
  7. Erk?? Lukis bulat pun makan masa... Stress... Haha
    Bestnya boleh belajar art kan :)
    Mazni buat okey apa.. Cantik :D
    All da best yaa, dear ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tulah :p nmpk je macam sekejap tpi lama
      Terima kasih! ^^

      Delete
  8. Semua pun nampak cantik, Mazni! Kagum sangat! Cemburu akak tengok. Maklumlah, akak ni bukan orang seni. Nak buat sendiri dalam mimpi pun tak boleh punya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak farah! Aduh akak ni, yg melukis2 tu saya rasa comfirm akak boleh buat punya~ hehe :D

      Delete
  9. ok sumpah hebat hehe
    mazni mazni mazni kalau takde basic pape boleh ke ek masuk ambik art eh huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha maceh
      Kalau time skola tu x amek art boleh, mcm kawan kite ada yg class sains tpi amek course ni. Cuma basic tu at least kena ada sikitlah. :D

      Delete
  10. hebatts., kipidap dongibap ;p

    ReplyDelete
  11. thumbs up to kak mazni and no wonder lah blog lawa gila comel, budak seni rupanyaaaaaa. tapi honestly paperwork 3D tu lawa!! & dinasour tu cute hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada2 je ina ni. blog dia pun lawoo :p terima kasih! ^^

      Delete
  12. Wowwww! Complicatednya Mazni. Tapi bila dah tengok hasil akhir depan mata mesti puas hati kan,...rasa berbaloi sangat!

    ReplyDelete
  13. wow... menarik... suka tngok org yang pandai dlm bidang seni ni.. :)

    ReplyDelete
  14. Wahhh... Bestnyaa.. Saya suka tengok orang seni dan saya suka seni tapi tangan memang tak berseni pongg.. Hihi.. :D

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum.

    Mencabarnya nk mlukis ! Agk2 ssh tk nk dpt ilham ? ><
    Keep it up kak ! Ska tngok hasil krja akk. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam

      hehe boleh tahan susahlah. yg penting hasil kerja kena kemas dan lecturer suka
      aww terima kasih! ^^

      Delete
  16. Cantiknyaaaaa <3 Paling suka dawai dinosaur tu :P Yg best pasal buat artwork ni bila hasilnya cantik, tpi yg x berapa bestnya ialah makan masa dan materials2 semua bersepah atas lantai / meja, lol. Lapar pulak tgk biskut oat tu (tetiba)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya benci gila dawai tu sebelum siap xD lps dah siap adalah sikit rasa sayang tu wahahah.
      paling malas nak kemas balik lantai yg bersepah tu u_u
      loll plastik kosong pun jadii :p

      Delete
  17. Good luck study Mazni. Jangan pernah putus asa okay ? Mazni boleh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak nina! :D insyaAllah tak hehe. haritu je rasa stress sikit sampai dah putus asa haha

      Delete
  18. salute weh budak art! kahkah...kalau kak sally mmg kelaut wehh...kelaut!

    ReplyDelete
  19. sesuai sangat jadi ambik kos ni :) hihi all the best mazni :*

    ReplyDelete
  20. Nampak best apa yang Mazni belajar tu... tetiba rasa macam nak belajar lagi...

    ReplyDelete
  21. kalo yang tengok tak mengerti ni rasa semua ni macam best je hehe..
    sebab main kaler2.. main cat2.. hehe..

    ReplyDelete
  22. bestnya mazni.

    ReplyDelete
  23. org kreatif dan minat cam mazni je leh ambik course mcm ni..kalau sis JM jap je pastu mula rengsa

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~