23 Dec 2025

Hilton Garden Inn, Daxing - Fly back to Malaysia

 

Sambungan dari --> Qianmen Street, Beijing

Hari terakhir di Beijing, kami pindah ke hotel yang berdekatan dengan airport. Maka selamat tinggal Beijing Zhongan Hotel yang telah menjadi rumah kami selama 5 hari. Sebenarnya macam tersilap percaturan pulak, tak payah pindah pun takpe sebab jarak dari hotel nak ke airport cuma 40 minit je punn.

Di Daxing ni, kami stay di Hilton Garden Inn. Ini merupakan kali pertama aku menginap kat hotel Hilton tau, padahal kat Malaysia tak pernah merasa pun.

Sebaik sampai, kami disambut oleh jejaka handsome yang menghulurkan air teh berry mahal (ye kena mention mahal tu. Sebab aku beli teh yang sama, harganya almost RM200 untuk 200  gram!). Pastu kakak dengan abang aku pergi buat urusan check in. Kami book 3 bilik (2 person). Totalnya lebih kurang RM800 plus minus untuk ketiga-tiga bilik tu. 

Ingatkan harga satu malam kat Hilton ni cecah RM500 per room. Rupanya harga dia agak reasonable jugak! Next time boleh la try menginap kat Hilton Malaysia pulak, haha tibahh!

Room dia memang sangat spacious. Duduk 2 orang pun rasa terlalu banyak space kosong. Untuk washroom, dia asingkan antara toilet membuang hajat dan bilik mandi. Sangat selesa dengan semua kemudahan di sini.

Ada seterika jugak

Memandangkan hotel ni sejangkal je jaraknya dengan airport, mereka menyediakan perkhidmatan bas shuttle. So Jimatlah duit kami daripada guna DiDi. Shuttle ni akan datang setiap 30 minit sekali selama 24 jam tau. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8 April 2025

Kami bertolak keluar dari hotel seawal 8 am menuju ke airport. Ikutkan, flight akan berlepas pada pukul 11.30 pagi gitu, tapi tiba-tiba delay jadi ke pukul 1 pm pulak. Kalau tahu nak delay, baik aku golek-golek atas katil hotel lagi tau, haha.

Daxing airport yang berkonsepkan honeycomb. Tapi yang ni aku nampak macam ibu jari tengah thumbs up pulak
proses check in yang sangat mudah untuk berurusan

Melangutlah duduk taktau nak buat apa kat airport tu, sampailah boleh masuk ke perut kapal terbang. Kami akan transit di Shenzen Bao'an airport selama 3 jam. Untuk aku, mak dan adik, ni airport yang baru lah untuk kami. Abang, ayah dengan kakak aku transit kat sini masa hari pertama. Diorang kata teringin nak nak tengok suasana kat airport Guangzhou macam kitorang, ahaks.

ceiling airport diorang yang unik. tapi cam geli sikit sebab berlubang-lubang gini
mak nak bergambar dengan gambar kartun comel dan ceiling lobang ni
Makanan untuk 2 kali flight. Sedikit bland but couldn't complain much la since ini je yang ada untuk muslim meal.

Kami terbang ke dari Shenzen ke KLIA, yang memakan masa lebih kurang 4 jam 30 minit. berlepas pukul 8.40 pm, sampai Malaysia sekitar pukul 12 am gitu. Sampai rumah pukul 4 pagi, dan pukul 8 pagi tu aku terus masuk office. Mata macam kena tumbuk dengan panda..

Terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti trip Spring Raya Beijing ni dari awal sampai akhir. Best jugak ye beraya kat luar negara, hehe. Maaf jika penulisan syok sendiri, kesemua entry pun panjang berjela dan penuh dengan gambar. Nama pun travelog dan kenangan kan, haruslah segalanya ku curah dengan penuh jiwa dan raga gituhh! Harap sedikit sebanyak memberi info pada semua yang membaca.

Boleh baca entry yang lepas di;

Thanks for reading! Next ke mana kita?


No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~