Sambungan dari --> Spring Raya : Silk Street
7 April 2025
Hari tu merupakan hari terakhir kami di Beijing Zhongan Hotel, sebelum check out hotel pukul 12 pm. Pagi tu cuma aku, kakngah dan abang je keluar jalan-jalan sebab nak beli snek makanan di Niujie untuk bawak balik Malaysia. Disebabkan masih pagi, sangatlah tenang suasana di Niujie tu. Kalau tak, selalunya padat dengan manusia.
 |
| heaven betul kalini datang tak payah beratur |
Mak suruh tambah buah cherry lagi sebab nak bawak balik Malaysia. Kami beli lagi 2 bungkus. Pastu beli stok instant mee, ayam, sosej, daging RTE dan jugak snek untuk bagi kat kawan-kawan. Tak lupa juga, pagi tu kami tapau beef shaobing yang sedap tu buat kali terakhir kat Niujie, sobs..
 |
| cherry dan daging ready to eat yang super murah! |
 |
| beef shaobing paling sedap pernah ku makan. juicy dan inti gemokzz |
Kaklong dengan adik aku ada kirim ubat mujarab apa entah. Tapi dia cakap ubat tu sangat bagus. Try cari kat farmasi di sekitar Niujie ni, takde pulak. Kaklong kata dulu dia cari ubat-ubat tu kat traditional market. So kami pun pergilah Qianmen Street, antara old street yang penuh dengan shoplot di sana.
Disebabkan Qianmen ni merupakan traditional shopping street, kebanyakkan bangunan shoplot di situ berbentuk klasik. Rupanya, Qianmen Street ni berada di belah selatan Tiananmen Square je. Juga bersambung dengan Wangfujing Street.
Itulah Beijing kan, pusing-pusing jumpa tempat yang sama. Pastu mengomel, "kenapalah haritu kita tak sekalikan je tour Qianmen Street ni masa pergi Tiananmen haritu kan?" Hahaha.
Pastu aku nak pergi toilet tau. Ingat toilet dia ni standard macam toilet biasa yang ada penghadang pendek tu. Sekali bila masuk.... toilet ni cuma ada 3 jamban squat, 1 jamban duduk. Tak ada apa-apa pintu mahupun partition yang memisahkan anda dengan orang sebelah. Boleh berak sambil bertentang mata gitu wahaha.
 |
| Tak expect pulak toilet dia pun terlalu 'traditional'. Kita tahan jela sampai balik hotel yekk |
Kami pun meneruskan misi mencari ubat yang diminta oleh kaklong tu. Shoplot kat sini banyak betul yang nampak menarik. Disini juga ada banyak makanan halal tau! Barulah aku teringat, di sekitar sini ada masjid yang terletak di Yangwei Hutong, di belakang Dashilar Street. Boleh baca di blog Nota Kembara untuk pergi ke Masjid tu.
No wonder lah masa kat sini, aku jumpa a group of chinese muslim. Semua sepesen je pakai tudung putih lipat bulat, baju hitam. Nampak macam orang Hui.
 |
| kedai yang jual snek halal |
 |
| Lu Da Gun - tekstur dia macam mochi yang digulung bersama red bean paste. Kemudian ditaburkan soy bean flour di atasnya. Sedap dan tak manis sangat, tapi really sticky! |
Qianmen Street mempunyai sejarah sejak 570 tahun yang lalu. Ia dipanggil sebagai 'Zhengyangmen Street' ketika Dinasti Ming dan Qing, akhirnya mendapat nama Qianmen ni dari tahun 1965. Tempat ni memang di preserved sebagai traditional market/shopping sejak dari dulu hingga sekarang.
Jom tengok gambar kat sekitar Qianmen ni.
 |
| antara salah satu kedai yang menjual sate kambing halal |
 |
| berapalah harga pearl beijing ni. Nak masuk, tapi takut! |
Pastu, kat tengah laluan pejalan kaki ni pun ada tram yang akan round-round di sekitar Qianmen Street. Dangdang Che (trams) ini mula diperkenalkan di Beijing pada tahun 1924. Mengikut pembacaan di google, tram ni cuma ada 2 biji sahaja di Qianmen Street serta boleh memuatkan 84 orang pelawat dalam satu masa.
 |
| laluan tram |
Macam-macam kedai menarik yang kami jumpa. Ada jual kasut dan baju tradisional, teh dan herba, restoran dan street food yang bersepah di sana sini. Nak explore makanan kat Qianmen ni pun rasa tamak sangatlah pulak, sebab tadi pagi dah beli banyak makanan kat Niujie.
Tapi kami singgah beli yogurt sedap kat satu kedai ni. Abang aku cakap yogurt ni halal dan memang kena beli if dah sampai Beijing. Kira macam signature sini jugaklah.
Kami beli 3 yogurt dalam 15 yuan if tak silap. Tak berani nak beli banyak sebab takut tak sedap ke apa.. Bila makan tu, ya Allah rasa rugi betul tak beli banyak. Rasanya ni yogurt yang paling sedap pernahku makan sepanjang hidup ni! (over tak?) Selalu kalau kita makan yogurt kan ada rasa masam-masam kan, tapi yogurt ni rasa macam makan cream cheese.
Ziguangyuan (紫光园) yogurt, popular dengan 'Naipizi' (milk skin) yang menjadi signature di sini. Selain perisa original milk skin tu, ada perisa lain seperti matcha dan jasmine juga. Yogurt ni tidak menggunakan sebarang artifical atau preservatives.
How it's Made:
- Uses fresh milk and traditional techniques, fermented for over 18 hours.
- Fermented in the cup, not stirred, retaining its thick, natural form.
 |
| teksture yogurt yang sangat padat dan creamy |
 |
| korang wajib cari Ziguangyuan (紫光园) yogurt kalau datang Beijing! |
 |
| ni perut lembu dimasak dengan chinese style. Adik aku cakap sedap |
 |
| bao kecik comey. Tapi rasa biasa je nyahh |
 |
| kat Malaysia sebut Mixue je, kat China sebutan dia lain sikit ke.. sebab panjang bebenor tulisan tu pun |
 |
| peking duck yang sampai kesudah lah kitorang tak sempat merasa. Halal peking duck agak limited sikit kat Beijing ni |
Maka tamatlah sudah sesi berjalan-jalan kami sepanjang di Beijing ni. Balik dari Qianmen tu, kami pindah ke hotel yang berdekatan dengan airport. So takde lah nak berjalan-jalan kat Daxing tu sebab macam takde apa pun.
Patutnya balik dari Qianmen tu aku nak ajak mak abah dengan adik aku pergi jalan-jalan kat sana, beg-beg nak checkout dari hotel tu boleh je kita biarkan kat lobby dulu. Tapi diorang ni dah pergi susun semua beg kat luar hotel pulakk. Terpaksa lah panggil DiDi dan terus gerak ke Daxing. Sampai Daxing tu, book DiDi dan pergi semula ke Qianmen. Gigih ye walaupun 40 minit perjalanan!
Nasib baiklah harga DiDi tu murah je. Lebih kurang RM50+ sehala, pastu bahagi dengan 4 orang je. Citer hotel Daxing tu nanti aku sambung next entry.
 |
| Beijing's Bustling Century-Old Streets |
Wow, yogurt asli tanpa pengawet, tentu sedap.
ReplyDeleteKalau akak pun tak sanggup, toilet begitu, rela tahan. Huhu..