10 Jul 2019

Melaka trip day 2


Assalamualaikum

boleh baca previous entry Melaka KAT SINI
Day 2

Masuk day 2, inilah hari yang penuh dengan aktiviti. Kitorang keluar pukul 9 pagi dan pegi sarapan di roti canai kayu arang. Tempat ni macam glemer jugaklah sebab pernah viral dengan roti dol dia. Memang time sampai tu ramai gilaaa orang.

Kitorang order roti telur dengan roti dol. Roti dol ni viral sebab dia roti canai berkuah banjir dan diletakkan dengan dua biji telur separuh masak. Nampak tempting gila duh. Aku menyesal lak tak order roti dol tu. Dahla suka telur separuh masak ni.

roti telur
roti dol
Biasanya kalau aku makan roti canai selalu cicah kuah kari je. Tapi kedai ni bagi kuah dhal which is aku tak berapa suka sangat but surprisingly, kuah dhal aku makan licin habis! Memang sedapla roti canai kat sini.

Roti dol/roti telur = RM 3


Lepas dah kenyang makan, misi kitorang ke Melaka ni sebab nak mosque hunting! Jiji yang kata nak melawat masjid-masjid ni. Pada aku ni idea yang baik, Melaka kan tempat bersejarah, so rugi kalau kita tak cuba cari tempat-tempat lama yang ada kat sini.

Kitorang pergi melawat 3 masjid je iaitu Masjid Tengkera, Masjid kampung Kling dan Masjid Kampung Hulu. 

Masjid Tengkera


Masjid Kampung Kling

Tempat wudhu'


Btw masa kat Masjid Kampung Kling ni, kitorang ada tanya sikit info daripada volunteer yang bertugas untuk pelancong. Nama uncle ni Daniel Wong, seorang muallaf. Rasa macam wow sangat sebab banyak benda yang uncle ni tahu pasal sejarah masjid ni. Bukan setakat masjid Kampung Kling ni je, masjid lain pun uncle ni tahu sebab katanya, diorang kena tahu setiap sejarah masjid untuk bagi info pada pelawat.

pose  dengan jari 'nombor satu' menunjukkan Allah yang satu
Kalau korang tengok gambar atas ni, ada nampak 4 ukiran yang warna emas tu kan? Ukiran tu adalah nama-nama surah atau potongan ayat-ayat suci al-Quran tak silapnya. Tapi yang menariknya, ukiran tu adalah bentuk asal yang tak diubah sejak dari dulu. Kiranya ukiran tu dah berusia beratus tahunlah. Power kan seni halus orang zaman dulu-dulu?

Masjid Kampung Hulu

Masjid yang paling tertua di Melaka

Kesimpulan daripada 3 masjid ni. Reka bentuknya semua lebih kurang sama sebab unsur binaannya ada pengaruh elemen daripada Cina, India. Paling menarik dengan masjid-masjid lama ni sebab penuh dengan ukiran seperti motif awan larat, geometry, kaligrafi, floral element yang bersesuaian dengan syariat Islam. 

Ah sudah, jangan sampai aku buat kelas Malay culture pulak satgi xD

Selain melawat masjid-masjid, kitorang pun ada singgah tokong sekejap untuk ambil gambar. Tokong Cheng Hoon Teng adalah antara tokong yang tertua kat Malaysia. Kat area-area sini pun ada kuil tertua di Malaysia, tapi aku lupa nak ambil gambar.

Senang cerita, kat Jalan Harmoni ni ada 3 rumah ibadat iaitu dari agama Islam, Hindu dan Buddha dan semuanya ada keunikan masing-masing dari segi rekabentuknya dan sejarahnya. Paling penting setiap kaum hidup aman dan harmoni seiring dengan nama tempatnya, barulah 1 Malaysia gituu.


Lepastu, kitorang sambung cari makanan sebab kat Melaka ni famous dengan kuih keria dan coconut shake. Tapi instead of beli coconut shake, kitorang minum mango float jee. 


Aku ni bukanlah penggemar kuih keria. Tapi yang ni serious cakap, kuih keria yang paling sedap aku pernah makan. Kuih dia gebu pastu rangup, dan isi dalam lembut! Nanti datang Melaka jangan lupa ke 'kuih keria gula Melaka Batu berendam' 

Untuk mango float ni pulak, kitorang pegi dekat Mango Float Royale Melaka, Kampung Sungai Putat, Batu Berendam. Harga untuk satu cup RM6, kitorang beli 2 cup share 5 orang. Pada aku rasa dia okay-okaylah harga pun memang standard macam tempat lain. Ni kalau minum time panas-panas memang ngam habiss. Dengan mango dia yang manis tu hehe.

Kuih keria = 10 biji, RM 6
Mango float = RM 6

Lokasi seterusnya kita ke Pantai Klebang yang terkenal dengan pasir tinggi ala ala boleh meluncur tu. Tapi kan masa kitorang datang tu, aku nampaklah pasirnya, tapi pasir yang tinggi tak nampak langsung.. Taktahu lah kitorang ni datang kat tempat yang salah ataupun memang pasir yang tinggi tu dah takda?

Kitorang datang sini just ambil gambar je hewhew


Lepas dah puas posing yang entahpapelah tu, kitorang pegi Bandar hilir sebab nak pusing-pusing area Stadthyus. Ni kalau datang Melaka tapi tak pegi kat sini, memang tak lengkaplah Melaka korang. Semua bangunan kat sini warna merah macam peti pos je.

maaflah kalau ada gambar manusia dan kenderaan yang tak cukup sifat. maklumla buat panorama haha

Melaka River View
Jonker Walk. Again
untuk malam pula, kitorang tak kemana-mana. Just masak makanan kat bilik pastu duduk tengok TV je haha. Alang-alang tu, aku sekalikan jelah aktiviti untuk day 3.

Day 3

Kitorang check out bilik dalam pukul 10 sebab pagi tu hujan lebat. Lepas hujan dah reda, terus gerak dan pegi sarapan nasi lemak Kampung Pengkalan Rama. Sebenarnya cari kedai ni pun sebab google je "kedai sarapan di Melaka" pastu keluar pulak warung ni, kecil je warungnya. 

Tapi sambal nasi lemak dia memang best. Serious tak tipu. Sambal kalini aku balun sampai licin tanpa bagi kat orang. Selalu kalau makan nasi lemak memang sambal tak pernah makan habis pun. Berbaloi jugalah kesedapan dia walaupun nak datang sini jauh sikit haha.

Nasi lemak biasa = RM 3.50
Nasi lemak ayam = RM 6.50

Lepastu terus ke Bandar Hilir sebab aku nak tengok Muzium Kesultanan Melaka. Tak pernah masuk lagi. Luar muzium tu memang cantik dan penuh dengan ciri-ciri tradisional Melayu. Aku suka tengok rumah tradisional Melayu hehe.

Kitorang punyalah terpusing pusing nak cari muzium ni. Dah nampak muziumnya dari belakang, tapi tak jumpa pintu masuk. Rupanya kena parking kat area Stadthyus dan jalan kaki je. Muzium ni duduk betul-betul sebelah A'Famosa.

Kalau tahu, sepatutnya semalam jugak kita khatamkan bahagian Bandar Hilir ni xD Akibatnya tak sempat nak melawat Masjid Selat dan Perigi Hang Tuah kekeke.

Tiket masuk

RM 5 - dewasa


Kalau kat Muzium ni cam biasalah dia ceritakan pasal sejarah Melaka, bagaimana adat istiadat sultan pada waktu tu, info pasal cara hidup istana dari segi perkahwinan, pemakaian dan banyak lagi. 


Masa ni kitorang rushing. So duduk dalam muzium ni cuma setengah jam je.

Lalu A'Famosa pun sekadar ambil gambar je. Tak naik sampai atas sebab time ni matahari dah mencanak atas kepala dan kitorang nak kena hantar kawan pergi terminal bas sebab basnya pukul 2. Around 12 lebih tu memang dah terus gerak meninggalkan Bandar Hilir.


Ini sajalah Trip dengan kawan-kawan 3 hari 2 malam kat Melaka ni. We enjoyed a lot dan paling best sekali bab makanan. Tapi sayangnya tak makan pun asam pedas, rasa macam tak lengkap tapi takpelah, next time boleh datang lagi kan hhe. 

Semoga lepasni kitorang semua kaya dan dapat travel sama-sama lagi. Aminnn! 

Thanks for reading!

6 comments:

  1. cantiknya design muzium tu! wau serious terpegun jap sbb suka tgk design rumah yg kaler coklat2 macam ni.

    ayat last tu HAHAHA aminnn semoga ada kesempatan nak ke melaka jugak xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa kannnn. saya suka style klasik camni hehehe

      kalau dah kaya baru senang nak travel xD

      Delete
  2. Seronoknya travel bersama kawan-kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronokk! lagi2 kawan yg dah lama tak jumpa ^^

      Delete
  3. Ni memang sakan jalan kat Melaka ni. Akak kalau pergi Melaka, memang unutk balik kampung je. Tak dan nak berjalan jalan sebab ayah akak jenis yang malas sikit nak keluar kalau dekat Melaka tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biasala tu. kalau kampung kat sana memang kita malas nk berjalan kat tempat seniri pun xD

      Delete

Nak komen apa? silakan~