23 Jul 2019

Jalan-jalan free di KL lagi


Assalamualaikum

Bersama saya Mazni, kita playing tourist lagi di Kuala Lumpur dan semestinya saya akan ke tempat yang tidak berbayar kerana saya sendiri sengkek. LOL.


Kalini pergi kat tempat lain pulak. Tarikh pergi pun lain-lain je ni. Aku rasa aku akan cuba explore semua tempat-tempat free kat KL kot, tapi kita buat entry secara berperingkat-peringkat okay kan geng? Hahaha

Masa bulan puasa haritu, aku gi jenjalan kat Central Market, Pasar seni. Walaupun kat entry lepas aku ada pegi Pasar Seni jugak, Tapi kalini aku masuk dekat the real Central Market. Haritu datang sebab nak tengok bunga je dan mata terhijab daripada Central Market ni.

Btw, gigih tak gigih berjalan masa bulan puasa? Haha


Bagi peminat kraft atau suka benda-benda antik, tempat ni memang sesuai untuk korang. Ada macam-macam barang seperti batik, songket, pakaian tradisional, ukiran, lampu-lampu, wau, bakul rotan dan macam-macam lagi. 

Ingatkan barang-baang kat sini lebih kepada barangan tradisional Melayu tapi sini ada jugak Chinese straits, Indian straits dan ada barangan tradisional dari luar negara seperti Kashmir, Turkey. Semua cantik-cantik!


Datang sini bestla untuk cuci-cuci mata. Nak beli buah tangan untuk kawan-kawan foreigner korang pun best jugak, mesti diorang suka. 


Nama pun pasar seni, mesti ada lukisan-lukisan kann. Setiap lukisan ni berbeza mengikut jenis size dan lukisan yang dihasilkan, price starting from RM 100 tak silap. Aku ada tengok uncle tu tengah melukis. Lawa dia lukis. Aku ni punyalah terkial-kial guna akrilik, dia buat cantik je. Rasa macam nak menuntut dengan uncle tu je.

Btw thank you awak yang teman saya jenjalan haritu. Memang buang tebiat je kitorang ni tanpa ada motif untuk berbelanja, hahaha. Konon-konon je nak cari baju raya.

Baru-baru ni pulak, aku keluar dengan kawan sekolah aku untuk ke Perdana Botanical Park. Taman ni serious cantik gilaaa dan luas. Aku tak ingat orang tu kata berapa hektar entah tapi yang aku tahu, luas taman ni 4 km. Rasanya macam dah pusing habis, tapi ada certain tempat yang kitorang sekadar lalu gitu je sebab berlengas teruk, tak larat nak jalan haha.

Benda yang paling best kat sini tempat untuk ambil gambar. Serious banyak ootd spot okayy. Kalau nak buat pre-wedding kat sini pun lawo.


Walaupun hampir semput jalan kat sini, tapi disebabkan banyak pokok-pokok hijau yang memberi oksigen, takdelah aku terasa nak mati di pertengahan jalan haha. Kitorang datang waktu tengahari, memang cari mautlah citer dia kan. Nasib baik banyak pokok-pokok untuk berteduh.

Laman Perdana. Antara sebab-sebab utama kitorang datang sini, cantik kann
Bamboo playhouse

Gambar kiri ni kat spot yang paling aku suka. Dia macam jalan yang dipenuhi dengan pokok-pokok. Best gila lepak kat situ. Gambar sebelah kanan ni pulak bersama kawan saya, Fatinn.

ni romantic tunnel. ewahhh
Lepas dah puas jalan dalam ni selama 2 jam, Kitorang pun pergi KL City Walk untuk makan Pasta Panas. Sekarang kita telah memasuki ruangan tidak free, iaitu makan harus berbayar ye haha. Aku selalu tengok MalayFoodLicious review pasal Pasta Panas ni, dia kata mac n cheese kat sini paling sedap dan takde tempat lain boleh beat kesedapannya.

suasana di KL City Walk. Banyak gerai-gerai lain yang jual makanan sedap

Tadaaaa! Ini mac n cheese tu. Serious hat ni memang sedap weyh aku tak tipuuu. Aku dahla suka gila dengan mac n cheese. Rasa dia tak terlalu muak pun. Harga untuk mac n cheese ni RM 14, berbaloi dengan kesedapan!


Yang ni pulak kawan aku order creamy tomato, RM12. yang ni pun sedap jugak! Aku rasa macam nak cuba semua menu yang ada tapi duit tak berapa nak adalah pulak hahaha. Akan di repeat lagi kalau ada masa!


Itu saja kot, thanks for reading!

25 comments:

  1. Rajinnya berjalan dalam bulan puasa. Minat je dengan kraf malaysia tapi harga mahal lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tertinggal barang kat kolej haha. Alang2 otw nak balik umah tu naik mrt, singgah jalan kat kl jap, tu pun ada nak jumpa orang hehe

      Delete
  2. kalau sy mmg xlarat lah nak jalan time puasa hahaha asyik terperap dlm bilik je rasanya >< slalunya best cuci mata tgk lukisan macam tu tapi itulah nak kluarkan duit mcm xnak pulak so kita cuci mata je lah mampu hahaha lmao

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab alang2 je ni hahaha. boring duduk rumah xD
      memang tak mampu pun nk beli lukisan ni, kita tengok jelaaa

      Delete
  3. Cantiknya Perdana Botanical Park tu! Lepas ni bolehlah pergi kot kot kalau terlajak ke KL. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious cantik dan luas! bole photoshoot okay hahaha

      Delete
  4. akak pun kalau kawan dr luar KL dtg pun mmg bawak pi Petaling Street, Bukit Bintang...hahaha...sumbat makanan je...kalau tak g mall, lg tak best kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada orang jugak kot. dah boringla pegi mall, asik habis duit je hahaha, sekali sekala kita gi tempat2 macam taman kee, muzium ke. saya suka tempat camtu xD

      Delete
  5. Duduk KL dah lama tapi sekali pon tak pernah singgah jalan jalan ke Central Market. Selalunya tengok dari dalam train je gerbang Central Market tu. Maybe lepas ni boleh jalan jalan dekat situ pulak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biasalah tu kan, orang KL mana nak melawat tmpat sendiri.
      sini kalau nak shopping banyak kedai2 sekitar central market tu

      Delete
  6. Nak tau tak, kak Nad tak pernah pergi Central Market! Hahahahha. Kesian pulak rasa kat diri sendiri. Yang Mazni jalan dalam taman tu kan, nampak macam dekat Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nad, kita ni pun setelah 20 tahun hidup baru menapak sini tau haaha
      kat ipoh banyak tmpt2 camni ek? sebab saya jarang gi jenjalan ipoh walaupun rumah sanak sedara ramai kat sana haha. teringin nak gi yg tasik cermin tu

      Delete
  7. dah lama tak pergi CM ni ha..sejak beranak ramai ni..zaman bercinta dulu selalu gak pergi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni saya pergi zaman bercinta gak ni kak, ahahaha
      bawak anak2 gi taman pulak lepasni :p

      Delete
  8. gigihnyaaa hampa jalan masa puasa. akak kaluuuu memang golek2 da xmo kena panas.
    lepak CM ralit tau.. macam2 benda ada. kita pun jakun tengok. oowh laman perdana tu macam kat singapore plak. cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg jalan time bulan puasa tu masa pegi central market je kak siti haha, itu okay lagi cuaca redup sajaa
      yg hat taman tu memang menempah maut jalan time panas xD

      Delete
  9. bestnye dapat jenjalan. ray dah lama tak keluar jenjalan sana

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  11. bestnya dpt tgok brg2 seni dan kraf 🤩

    ReplyDelete
  12. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda #

    Jom follow blog klik profil

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  13. Uish, berkurun jugak rasanya tak pegi CM. Can't remember the last time I went there.

    All the food at Pasta Panas nampak sedap2 terliur terus.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~