17 Jun 2026

Muzdalifah & Mina - Sambung umrah kedua

Sambungan dari --> Jabal Thur dan Arafah

Turutan bagi Masya'ir haji adalah Arafah --> Muzdalifah --> Mina'.

Kami melalui kawasan Muzdalifah dan Mina dari dalam bas je. Masa lalu sini, heaven je jalan tak banyak kenderaan. Kalau time musim haji ustaz cakap jangan haraplah bas boleh masuk ke kawasan ni semua. Perlu berjalan kaki beberapa km dari Arafah ke Muzdalifah, dan akhirnya ke Mina'. Belum cerita lagi dengan pelbagai ragam 1 juta manusia. 

Cabaran haji ni memang perlu persiapkan fizikal dan juga kena banyakkan bersabar. Kerana ibadah haji itu adalah simbolik bagi kesusahan, pengorbanan, dan mujahadah (perjuangan) rohani.

Masjid di Muzdalifah

Selepas wukuf, jemaah akan berada di Muzdalifah pada malam 9 Zulhijjah untuk mengutip batu. Keesokkan harinya 10 Zulhijjah akan bergerak ke Mina' pula untuk ibadah melontar jamrah.

Lokasi manasik haji yang terakhir adalah di Mina'.

Khemah untuk jemaah haji di Mina'

Sama jugak, kami sekadar lihat dari dalam bas je melalui kawasan ni. Sedikit sebanyak dapatlah lihat gambaran ketika musim haji bila kami dibawa ke tempat-tempat ni. Semoga ada rezeki, kita datang kesini menjadi tetamu haji pula.

Jalanraya yang nampak bersih dan lengang

Kami berhenti di Masjid Ji'ranah untuk berniat ihram. Ada juga di antara kami yang tak turun dan hanya ambil wudhu menggunakan wudhu spray saja. 

Nampak macam ramai orang..


Dari Masjid Ji'ranah, bas akan direct ke Makkah dan drop kami untuk buat umrah kedua. Masa sampai di masjid ni, ada lebih kurang sejam sebelum masuk azan zohor. Kami pun buatla tawaf 3 pusingan dulu sebelum stop sebentar untuk solat fardhu zohor.

Habis je solat zohor, ustaz ajak kami semua turun ke Mataf area untuk sambung lagi baki tawaf. Ngam-ngam elok je selesai tawaf tu, kami dapat spot berhadapan Maqam Ibrahim untuk buat solat sunat. Alhamdulillah, indah view kali ni.

Pintu Kaabah & Maqam Ibrahim
View Kaabah dengan Clock Tower di belakang

Dah solat sunat tawaf, minum air zamzam, kami pun terus jela ke tempat Saie, selesaikan 7 pusingan dan akhir sekali bertahalul (bergunting). Umrah kedua haritu selesai sekitar pukul 2.30 pm dan kami terus pulang semula ke hotel.

Keluar dari pintu Saie
Safiyyah dan burung
Mak yang dipimpin oleh 2 orang bodyguard
Projek menaiktaraf kota Mekah yang sedang giat dijalankan

Masa pergi kursus umrah, ustaz bagitau yang di Mekah ni sedang buat proses redevelopment. Di mana bangunan-bangunan lama, bangunan yang dibina tanpa lesen semuanya akan dirobohkan. Di sekitar kawasan yang kami duduk ni pun tengah rancak proses perobohan bangunan, termasuk hotel.

Mereka target development Mekah ni akan siap by tahun 2030. Lepasni susah sikitlah nak dapat pakej umrah bawah RM10k kata ustaz. Semua hotel-hotel yang murah akan digantikan dengan penempatan yang lebih moden dan selesa. Hotel kami Al Olayan Golden Hotel ni pun taktahu lah akan kekal ke atau dirobohkan..

Suasana di Ibrahim Al-Khalil Road

Malam tu kami nak jalan-jalan sekitar Mekah ni. Malam tu sajalah cuci-cuci mata berjalan dari area Clock Tower sampailah tempat shopping di belakang hotel. Tapi tak beli apa-apa sangat pun memandangkan kami ada banyak masa lagi kat sini.

Kita ni bangsa last minit. Nak membeli tunggu bila dah hujung-hujung :p

Ustaz cakap ni lorong gelap hahaha. Harga barang murah sikitlah compared to area Clock Tower

Tujuan utama keluar malam ni pun sebab nak cari Al-Baik (fastfood yang terkenal di Saudi). Walaupun beratur panjang, tapi tunggu jelah sebab nak merasa katakann. Maklomla, kat Malaysia takde Al-Baik ni. Walaupun kawan aku cakap rasanya biasa-biasa je, tapi still lah nak cuba jugak :p

Mecca clock tower at night
Bukti dah berjaya merasa Al-Baik!

Tak terlalu banyak pilihan yang ada waktu tu.. Nak beli burger, takde pulak. Ayam pun macam kena tunggu lama sikit. So kami beli jelah nugget ikan + nugget ayam. Nugget dia okay-okay jelah, ada rasa spicy sikit cuma taklah terlalu wow gituw.

Disebabkan nugget tu pun tak banyak mana, kami bungkus jugak ayam goreng dari Broast House.


Broast House ni pun sejenis Fast food jugak, tapi masa kat Madinah tak jumpa pulak. Bagi aku, ayam dia sedap! Pedas-pedas gitu. Pastu yang paling aku suka is shawarma shrimp dia. Memang benda tu jelah yang aku selalu order kalau pergi Broast House ni.

Sampai sekarang terngiang-ngiang dia punya sedap tu. Kat Malaysia macam susah je nak jumpa shrimp shawarma... 

Spicy chicken Broast House & fish nugget Al-Baik

Keesokkan hari, kami ada lawatan pergi ladang unta dan muzium. Sekaligus sambung umrah ketiga....


1 comment:

  1. sama la kita tgk khemah Mina tu dr dlm bas...adik akak ada bergmbr dkt khemah mina tu time die p umrah DIY..katanya amik mood utk pi haji nanti....albaik tu mmg femes la tp baca review ada lg ayam lain yg lg sedap...akak aritu pn tkdpt merasa ayam albaik tu sbb soldout..nk tgu lama plak so kami mkn tmpt lain

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~