Sambungan dari --> Muzdalifah & Mina - Sambung umrah kedua
9 Disember 2025 (Selasa)
Hari ketiga di Mekah, kami ada ziarah di dua tempat dan kemudian sambung umrah ketiga. Ni kira umrah terakhir kami lah kalau ikut tentatif dari Andalusia.
Ziarah haritu agak teruja sikit sebab nak jumpa unta!
Tak ingatlah apa spesifik tempat lawat unta ni. Dia duduk kat padang pasir, dan ada ladang unta yang lain jugak. Entah layak disebut ladang unta ke tak sebab kawasannya just tanah lapang dan takde apa-apa pagar pun. Unta bebas berkeliaran dan bermalasan dengan pegawasan pengembala mereka.
Aku expect tengok unta ni kotla ada jual makanan berasaskan unta macam sate ke, nasi unta kee. Tapi ustaz kata takde. Just rasai pengalaman naik unta dan berselfie dengan haiwan comel ni je.
First time jumpa unta dengan jarak yang dekat dan dapat sentuh unta ni. Bulu mereka agak kasar macam karpet. Tapi yang bestnya diorang ni friendly dan onz je bila ajak selfie! Muka pun fotogenik sebab asyik senyum je manjang.
![]() |
| Amboiii gedik sungguh nak lentik2 kat bahu pulak! |
Tapi kadang tu macam scary la jugak. Kita nak bergambar ngan dia, tau-tau je dia gi rapatkan muka kat baju lah, gigit tudung la. Fikir kamu tu kucing?
![]() |
| Gambar kiri - cubaan menggigit lengan baju. gambar kanan - dia gigit tudung |
| Sudahnya bergambar jauh sikitla.. Tapi budak 3 orang tu tengah pandang apa? |
| Panjangnya bulu mata dik.. Nak pinjam boleh? |
Untuk naik unta pulak, dikenakan 20 riyal untuk 2 orang. Yang budak kecik dua orang tu diselit je sekali antara orang dewasa.
Mak dan ayah aku pun try jugak naik unta ni. Sebab masa diorang pergi haji dulu tak berkesempatan tengok unta sebab masa tu ada wabak. Rupanya seram jugak ye naik unta ni sebab dia kan tinggi, kaki panjang. Masa dia nak bangun dengan duduk tu, tengok orang yang duduk kat atas unta tu macam nak terbalik je hihi. So takpela, iolls tak jadi nak try.. Maybe next time :p
Lagipun dia bawak pusing-pusing keliling situ je. Tak sampai 10 minit dah habis.
![]() |
| Ahmad Yahya kemain berani nak duduk bahagian depan :p |
![]() |
| Tengok pak haji tu seronok dapat naik onta! |
Kat sini juga boleh rasa susu unta yang fresh. Sebotol 10 riyal kalau tak silap. First time lah mencuba minum susu unta ni dan rasanya manis. Dia tak se-creamy lemak macam susu lembu, tapi lebih sedaplah berbanding susu kambing yang hanyir.
Memang kena trylah kalau jumpa susu unta ni!
Next entry... pergi muzium pulak.....







No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~