12 Jul 2019

Nippon sushi Bangi


Assalamualaikum and haluuuuu

Disini Mazni, seorang pengila sushi melaoprkan, cerita ini adalah beberapa bulan yang lalu tapi baru nak update sekarang, haha.

Cam biasa mukadimah sebelum nak mulakan apa-apa entry berkaitan food review. Aku mesti akan cakap aku ni suka sangat dengan makanan, tapi memang betul pun aku suka makanan. Lagi-lagi Japanese food. Kedai sushi kalini sangatlah dijamin HALAL.

Kitorang makan kat Nippon Sushi, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Yang specialnya kat sini sebab kedai sushi ni ada 'train robot' yang boleh hantarkan makanan sampai ke meja. Sebab first time tengok benda tu, haruslah aku jakun.

suasana dalam kedai
Menu kat sini memang banyak choice, sampai rambang mata nak pilih yang mana. Daripada set yang mentah sampai yang dah masak(haha). Harga pun standard je. Nah ni kita snap gambar menu.

Klik gambar untuk tumbesaran


Aku dah datang sini 2 kali. Memang menunya kitorang order lain lainlah. So.. Dibawah ni antara menu yang aku dah cuba setakat ni.

Tempura set - RM 16.60

Sanma Teriyaki set - RM 16.50

Yang ni ikan dia banyak tulang dan rasa dia macam ikan biasa je xD

 Saba Teriyaki Set - RM 18.60

 Shio Ramen with smoked duck - RM 18.30 

 Beef Teppan - RM 21.50

 Rib Eye Karubi Jyu -RM 22.20

Beef Gyudon with egg - RM 17.30

Kan aku cakap ada train robot tu kan. So aku orderlah maguro(tuna) sushi sebab saja nak tengok roboy tu datang. Robot ni cuma boleh hantar makanan kecik-kecik macam sushi ke, desset ke, sashimi ke asalkan bukan set. Comel je bila dia datang tu.

makanan kecik sangat, tak nampak lak haha
Maguro sushi - RM 5.40
Sebenarnya, aku agak kecewa dengan maguro sushi ni sebab rasa dia kurang fresh. Rupa pun sendu je. Ada jugak try sushi-sushi yang lalu kat conveyer belt tu, rasa sushinya bagi aku okaylah not bad. Cuma maguro ni macam kurang sikit. 

Honest review aku, puashati makan kat sini sebab portion mengenyangkan dan harga pun berbaloi jugak. Paling best sebab banyak menulah. Rasa makanan pun okaylah, boleh je nak repeat balik. Aku recommended korang order makanan yang ada daging sebab daging dia sedapp. kalau datang lagi aku nak cuba makan spicy ramen dan curry pulak :D

RATE 4/5

Thanks for reading!

10 comments:

  1. kalau kite pulak jnis yg jrg nak makan bnda mcm ni hahaha. kalau mood nak makan sushi tu dtg barulah jejakkan kaki kat sana. TAPIIII knp rib eye karubi jyu tu nmpak menggoda sangattttt ughhhh ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang hantu sushi hahaha!
      yg rib eye tu sedap :p

      Delete
  2. Dapnya! Dekat pulak tu dengan rumah

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa, tetiba nak makan sushi jugak T^T
    rib eye tu nampak sedap gilaaaa, tapi sini takda branch nippon sushi pulak XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. nippon sushi ni baru ada 2 branch je, kat bangi n KL
      harap nnti dia boleh bukak kat bahagian sabah sarawak jugak xD

      Delete
  4. Baru je pergi hari tu! For me, this place okay la sebab banyak options.

    ReplyDelete
  5. benarrr. suka sebab banyak pilihan !

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~