7 Sep 2019

My final journey


Assalamualaikum

Hiii~ First of all, i want to thank all of you yang sudi bagi kata-kata positive kat saya pada entry lepas. Serious adalah sampai menangis jugak aku baca komen-komen korang hahaha. Rasa terharu sangat, dan rasa disayangi. It means a lot to me, thank youu! :D

Btw, sekarang ni aku dah masuk sem baru a.k.a my final semester as degree student! Macam biasa, masuk sem akhir ni dah kena pressure even baru first week. My biggest fear is comingg. Kitorang kena prepare untuk final year project dan paling aku takut sekarang ni ialah kena tulis thesis...

Aku... Paling... Tak suka... Tulis thesis... Sebab tak suka buat research haha.

Oh lagi satu, dah masuk sem akhir nilah aku ditendang keluar dari kolej. Yang ni pun parah jugak.. Hampir 5 tahun duduk UiTM sejak dari diploma, setiap sem dapat kolej. Ni dah sem akhir baru ditendang. Banyak pakai duit kott huhu, dugaan ini semua.


Rumah dia nicelah juga, luas je. Perabot semua baru, rumah pun kat kawasan baru. I mean, terlalu baru sampaikan tak ramai penghuni yang duduk situ, lels. Sebab dah terdesak sangat terpaksalah menyewa luar walaupun cuma 5 bulan je. Merasalah jugak menyewa kat luar dengan kawan-kawan kelas, why not kita cherish every moment kan? 

Doakan semoga aku dipermudahkan segala urusan untuk habiskan belajar ni. Eh bukan aku, doakan kita semua dipermudahkan dalam apa jua urusan. Semoga setiap kesusahan dan kepayahan yang kita alami, akan adanya berita gembira. 

Thanks for reading!

31 comments:

  1. bestnya sewa sama dgn kawannnnnn aaaaa nak jugakkkkkk :') takpe mazni, try think positive gak hehe although membazir sikit menyewa ni, tapi memandangkn ni last sem at least dpt spend time lebih dgn kwn2 hehe

    good luck mazni! bestnya dah nak hbs degree :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang membazir gila, dgn dah final ni banyak pakai duitnya, bayar duit rumah sewalah hahaha TAT

      thank you!

      Delete
  2. Its okay. Duduk sewa rumah boleh masak2. Buat oden ke..hehe Goodluck in your last sem!! You can do it!

    ReplyDelete
  3. Good luck but lawa gila rumah! So sparkly clean!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you! rumah baru kak, memang bersih sungguhla xD perabot pun banyak tak masuk lagi

      Delete
  4. Semoga berjaya mazni tulis thesis. Mazni buat degree brp tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you huda! sepatutnya 3 tahun tapi sebab kita ni lompat dari diploma so jadi 2 tahun aje

      Delete
    2. Ouh patutlah rasa macam sekejap je Mazni dah nak habis bljr dah. All the best for your future :)

      Delete
  5. Good luck on your final semester. Yes, the house is nice and it's only for 5 months. So cherish it like you said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you! nice dah rumah cuma panas gila ahahah xD

      Delete
  6. Cantik luas dan bersih rumahnya. Semoga lebih segar otak untuk tumpu study.

    ReplyDelete
  7. I kena keluar kolej masa third year degree. Seronok juga duduk luar actually. Hahaha. All the best babe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronokla jugak hehe. tapi buat masa sekarang ni tak best sebab mesin basuh, dapur masak n internet belum ada lagi ahaha

      thank you!

      Delete
  8. good luck untuk last sem.. semoga berjaya dengan cemerlang. btw rumah baru bersih betol ya. tgok macam bau cat pon tak hilang lagi tu heee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! haha betul betull, memang bau cat tak hilang lagi ni xD

      Delete
  9. Lupa dah komen ke belum, belum kutt hehe.

    Remember, keep surrounding yourself with good vibes tau! Wishing you all the best untuk final sem ni. I can totally relate kalau pasal the fear of writing thesis. Teringat pulak awal tahun baru ni kalut nak siapkan thesis masing-masing. Dah la baru start buat new proposal waktu sem 7 sebab tak confident nak carry proposal lama. Dengan baru nak collect data la, intern la, exam la, ya Allah hahaha. Luckily I got a very supportive supervisor and friends. God blesses them all.

    And sebut pasal kena keluar kolej, samaa! Dah la masa tu dah sem 7, tiba-tiba diarahkan keluar asrama which tak pernah diorang buat pada mana-mana pelajar. Pengambilan student baru makin banyak so diorang kena keluarkan senior. Nasib baik dapat rumah sewa dekat. Menyewa ramai-ramai la jawabnya sebab nak save duit. Kiri kanan belakang depan rumah orang lelaki. Tak payah cakapla kes malam-malam diorang duk mengilai ramai-ramai (main game kut), ada yang duk bertukang pukul 2-3 pagi (orang la kut? gulps). Kes kasut kena curi!!! Dahla kasut Adidas dengan Vans uwaaa. EeEEEE mesti dia jual dekat bundle geram pulak iter hahaha.

    Btw, sukanya tengok rumah tuu! Nak sewa rumah putih bersih macam tu jugak nanti hmm. Best tinggal rumah sewa dengan geng! I can never forget those moments hehe.

    Aamiin untuk doa mazni, semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia akhirat aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh panjangnya komen, thankyou kak nini! TAT

      memang dari dulu lagi takut dengan thesis ni sebab saya ni jenis malas nak buat research haha. nak2 pulak saya kena siapkan FYP, thesis pstu kena prepare utk degree show lagi. serious taktau nak fokus yg mana dulu sebab semua benda ni penting haha serabut rasa. duduk pulak rumah baru yg takda wifi tu lagi susah nak buat kerja xD

      memang intake student kali ni ramai sangat tu pasal ditendang. tapi syok jugak duduk serumah dengan geng sendiri, hari2 boleh menggila ;p haha korang lagi kesian sampai kena curi kasut tuu adoii. rumah saya setakat ni ada sorang jiran je, lain semua belum berpenghuni huhu

      Delete
    2. Sapela rajin nak buat research hahaha. Tapi kan supervisor kak nini dulu minat sangat buat research. Dia punya phd pun course pasal research. Ingat lagi ayat dia, "research is fun and everyone should be doing some research." Hmm ye la hahaha. Setiap tahun dia akan buat at least 2 kajian tau. Ya allah tak tahu lah dia dapat dari mana semangat tu T-T

      Takpe, mazni boleh punya! Mazni list betul-betul ikut priority. Baru boleh fokus and bagi yang sehabis baik hehe. Wifi penting gila kan time belajar ni. Kerja beli data je kak nini dulu hahahah. Tapi banyak habis tengok anime ler :p

      A ah ramai gila. Tahun ni punya lagi ramai dari tahun lepas sampai pelajar sem 2 pun dah kena keluar haih.. kesian. TU LAH. Kasut pun curi hmmph >:(

      Semoga dipermudahkan segala urusan mazni, belajar and keselamatan dekat rumah baru. Study elok elok hehe <3

      Jemput join giveaway kaknini kalau mazni berminat :3
      https://itsninisblog.blogspot.com/2019/09/sayonara-stationery-giveaway-by.html

      Delete
    3. ya Allah ada sorang perangai lect saya tu minat betul pasal research writing. i kenot hahaha sebab kitorang budak art mana minat kot buat benda2 menulis semua ni xD pstu saya tiap hujung minggu memang balik rumahla citer dia sebabkan nak wifi lelss

      hehe maceh kak nini! insyaAllah saya join :D

      Delete
  10. hai mazni , normal la senior kena mengalah duduk luar . hehe , Nice la rumah awk , bersih dan baru lagi . Perabut pun semua ada , so takde la rasa pressure sangat duduk situ . btw , good luck on ur final sem . Semoge dean list .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm biasalah kan.. kesian kat kami. perabot pun dia slow2 baru masuk je ni. nak kata pressure tu boleh tahan jugak sebenarnya kawasan rumah ni sangat panas sampai susah nak tidur malam. internet pun sekejap ada sekejap takda sampai nak buat kerja pun susah. takde orang boleh cover wifi utk kawasan baru ni lagi T_T

      terima kasih! amin utk doa itu hehe

      Delete
  11. im in my final year too. all da best to the both of us.

    ReplyDelete
  12. Hai Kai Mazni. It has been a while. Im in my last semester too as a diploma student! :D May Allah ease everything for all of us. Semoga dapat graduate on time hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Adam lamanya tak nampak! waah nak habis dah yaa. may Allah ease everything for you too! goodluck and kuatkan mental nak final sem ni hehe

      Delete
  13. sama lah masa den diploma dulu...sem last kena duduk luar..haha

    semoga berjaya mengharungi semester akhir dengan jayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. senior kena mengalah kata diorang haha

      terima kasih ^^

      Delete

Nak komen apa? silakan~