17 Feb 2019

Winter Japan Trip - Takayama dan jumpa muslim friendly restaurant


Assalamualaikum

PREVIOUS ENTRY - Shirakawa Go

Habis je melawat Shirakawa Go, kitorang turun kat Takayama station. Memang dah plan nak pergi ke Takayama sebab kakngah kata kat situ ada kampung-kampung klasik Jepun. Lebih kurang macam little Kyoto. Takayama ni sebenarnya antara hidden gem yang tak ramai orang tahu. Kitorang pun plan nak makan kat sana sebab ada jumpa restaurant halal, yihuu.


Restaurant ni menyajikan makanan thailand. Owner dia adalah orang Thailand yang berkahwin dengan Japanese. Walaupun bukan non-muslim, makanan yang disediakan adalah halal dan kitorang dah confirm jugak dengan owner(they can speak english very well). Even kat depan pintu masuk kedai pun dah ditulis 'muslim welcome', cuma aku tak ambil gambar haha.

Untuk taknak korang rasa was-was, nah 


sebab dia bukan 100% halal certified macam jakim, so adalah bar.

Ruang restaurant ni memang kecik. Nasib baik waktu tu kitorang je customer yang ada. Mana ada kerusi kosong tu kitorang letak beg :p Owner ni pun baik sangat, dia kasi tumpang bilik untuk solat.

Harga makan kat sini pun memang agak mahal tapi berbaloi dengan kesedapan dia! Rasanya this is the best tomyam i've ever had! Rasa creamy-creamy yumzzz. Order 3 jenis dish je kat sini.

Makan sampai licin sebab kebulur sangat. Musim sejuk memang cepat lapar.


Lepas dah makan tu nak gerak pulak pergi old village kat Takayama ni. Berat hati betul nak keluar sebab dalam kedai ni hangat. Bila keluar je sejuk nakmati. kat Takayama ni memang sejuk sangat. Siap pakej hujan gerimis.

Masa tengah jalan tu, kitorang terjumpa shrine kecik. Takde apa sangat pun kat sini tapi bila tengok kawasan tu diliputi salji nampak cantik dengan pokok yang dah tinggal ranting tu.


Sebenarnya tujuan kitorang datang Takayama ni sebab nak cari Hida folk village. Kalau pergi situ serious cantik. Kat situ ada farmhouse Jepun yang bentuknya macam style rumah-rumah kat ShirakawaGo dan ada tasik. Korang boleh try google pasal tempat ni.

Kitorang tak sempat pergi sebab masatu nak dekat pukul 5 and tempat tu pun dah nak tutup. Nak masuknya pun kena bayar. Tapi kalau dah sampai Takayama ni anda harus masukkan Hida folk village dalam itinerary. Itulah main attraction kat Takayama sebenarnya huhu.

Tapiii, walaupun tak dapat jumpa village yang cantik tu, kitorang masih dapat tengok old town Takayama atau namanya Sannomachi street yang ala-ala little Kyoto ni. Lawa juga!

Miyagawa River

Town ni sangat calming. Teringin nak cross kat jambatan lagi satu dan menyelinap lagi kat bahagian yang belakang-belakang tu. Tapi masatu battery phone, kamera semua dah innalillah. Lagipun nak kejar train untuk balik.


Naik train ni dari Inotani station. Station nilah main line dari Takayama terus ke Toyama station dan ambil masa 48 minit. Train ni pun jenis train lama, nampak klasik gitu dan tak berapa laju sangat.

Lepas dah sampai Toyama tu terus straight je cari rumah sebab cuaca sejuk sangat bagaikan mau beku saya. Tapi sebab cuaca malam waktu tu agak menyukarkan kitorang untuk cari rumah sebab gelap tak nampak nombor rumah. Berapa kali tah pusing-pusing. 

Kat Toyama ni adalah rumah paling luas dan paling mahal kitorang duduk compared lagi 2 rumah. Tapi yang paling azabnya duduk sini, langsung takde heater. Kat ruang tamu je ada heater, tu yang kitorang melepak lama-lama kat bawah. Housekeeper kat sini ingat kami datang esoknya (23/2/18) itu yang dia tak bukak heater apa semua. Memang beku weyy. 

Sebagai gantirugi, owner rumah ni pulangkan 200++ myr kat kitorang sebab rumah tak cukup kelengkapan, ahaaha.

ada pulak salji ni terjelepuk kat luar rumah, lagi menambahkan rasa sejuk
Tapi rumah ni memang luas dan cantik. Paling penting penuh dengan kejepunan dia tu :p Tapi aku still shiver tiap kali naik kat tingkat atas ni sebab sejuk tahap beku. Heater dia ada untuk satu bilik je, tu pun dapat kat bilik abang dengan ayah aku. Memang diorang jelah yang conquer. 

Aku pulak tidur paling hujung. Dah pakai 3 lapis baju dan 2 selimut pun masih sejuk. Aku taktau nak menyorok macam mana lagi xD Takde siapa yang berani mandi sebab pijak lantai bilik air pun boleh menjerit haha! 

Tapi rumah ni memang luas dan cantik. Boleh muat 10 orang. Kitorang berlapan ni pun masih ada satu bilik kosong. Kalau rumah ni ada heater, confirm aku letak dia dalam list nombor satu untuk sepanjang trip kat Jepun ni.

Boleh tengok kat Airbnb ---> SINI

pagi esoknya bukak pintu bumbung je nampak salji gebu yang tebal. Pagi tu pun ada turun salji sikit-sikit

Thanks for reading! Tunggu next entry kat tempat lain pulak.

4 comments:

  1. That thai food look so good and I know how it feels like to shiver like that in a cold weather. Cold to the bone.
    Sayangnya takde heater, otherwise it would be a pleasant stay.

    ReplyDelete
  2. Baru je hari tu baca pasal Takyama dekat blog kak (?) Azra. Memang cantik tempatnya. Macam tempat yang selalu tunjuk dalam anime.

    ReplyDelete
  3. cantik Takayama ni. akak x penah dengar jugak before. tahu Shirakawa n Kawaguchi.
    ada rezeki pi sana bolehlah pergi terjah sekali. tidur 1/2 malam best jugak kan..

    ReplyDelete
  4. Bestnya nampak salji depan2. Tebal pula tu.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~