4 Feb 2019

Winter Japan Trip - Shirakawa Go


Assalamualaikum

Hiii kita berjumpa lagi dalam episode kembara Jepun yang telah lama aku tinggalkan haha. Dah nak dekat setahun pun tak habis lagi entry nya. Boleh baca previous entry pasal Mount Fuji DISINI.

22/2/2018 - Rabu

Pagi tu, kitorang gerak dari rumah untuk ke train station awal gila. Dalam pukul 4 gitu kitorang dah bangun dan bersiap-siap keluar dari rumah sebab nak pindah ke tempat lain. Lagipun kami taknak bertembung dengan orang-orang yang nak pergi kerja takut sesak pulak. It's time to say goodbye Tokyo :(


Keluar dari rumah terus ke station dan ambil JR Yamanote Line ke Ueno Station. Kalini kami kena naik Shinkansen untuk ke Toyama sebab perjalanan jauh memakan masa lebih kurang 2 jam. Shinkansen adalah train yang paling laju di dunia dan perjalanan yang jauh pun terasa lebih jimat bila naik shinkansen ni. 

Sepanjang naik train, kitorang disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Dari kawasan yang takde salji sampailah dah bersalji. Time ni memang jakun gila sebab first time tengok salji yang tebal camni kat depan mata you all :p

 And finally we arrived at Toyama

Masa sampai kat Toyama ni memang kelam kabut gila. Kitorang simpan luggage2 besar gedabak ni dekat Toyama station tu yang jadi lambat sikit tu. Nyaris-nyaris terlepas bas. Bas yang kitorang naik tu adalah untuk ke Shirakawa Go so kalau terlepas memang bye-bye. Aku punyalah berlari-lari nak cari bas yang mana satu tapi luckily jumpa jugak. Rpa-rupanya bas yang kitorang cari dari tadi ada kat terminal 1 je, betul-betul depan mata. Bas tu pun belum jalan lagi sementara nak tunggu semua penumpang masuk.

ada luggage yang tak sempat nak masukkan dalam locker tadi kitorang heret je masuk bas
Shirakawa Go ni terletak di kawasan pergunungan dan ambil perjalanan sejam jugaklah nak ke sana naik bas. Sini telah  dinobatkan sebagai UNESCO World Heritage dan menjadi tempat tumpuan pelancong sebab suasana kampung tradisionalnya yang dijaga dan dikelilingi gunung ganang yang cantik. Kalau datang sini time musim panas serious lawa dengan tanaman dan gunung-ganang yang menghijau. Macam pemandangan kat Swiss.

Tapi kalau datang time musim sejuk pun cantik macam kat narnia.


Kat sini serious cantik sangat-sangat, Subhanallah! First time nampak salji yang putih menebal macam ni depan mata. Walaupun ini kali pertama jumpa salji, rasanya dah jatuh cinta sebab aku memang suka musim sejuk.


Selamba je aku ni tak pakai winter coat kan? Dahla tempat sejuk bersaljii.

Sebenarnya masa sampai sini, cuaca dia tidaklah terlalu sejuk macam yang kitorang sangka. Abang ipar aku yang jenis tak tahan sejuk tu pun habis ditanggalnya baju coat dia. Matahari time ni terik gakla. Yang buat sejuk menggila tu sebenarnya sebab angin je, tapi time kat sini tak rasa angin tu yang rasa panas tuu.

Pada aku syok jugak rasa macamni, cuaca suam-suam tapi kita still boleh main salji haha.

Dan boleh meluncur jugakk

Sebenarnya kat sini korang boleh naik atas satu bukit yang boleh nampak satu pemandangan shirakawago ni, tapi disebabkan kitorang keseuntukan masa, tak dapat naik situ sebab nak tunggu bas lagi, takut ambil masa yang lama.

Kat sini ada bukit untuk meluncur. Bukit tu taklah tinggi mana tapi dapatlah nampak pemandangan Shirakawago tu. Cuma nak memanjatnya tu kalau boleh sampai tenggelam lah kaki mu didalam salji tebal.

Tapi sayangnya mak abah dengan kaklong tak naik sebab tak larat. huhu


Bila dah sampai atas tu memang cantik sangat view. Maklumlah tak pernah nampak tempat yang dipenuhi salji so level jakun dia tu lain macam sikitla.

two kid seems happy with their unfinished snow man

Ini adalah bentuk-bentuk village dekat sini. Style rumah yang unik ni dipanggil Gassho-house. Rumah ni sebenarnya adalah farm house, so memang logiklah boleh jumpa style macam ni kat kampung-kampung je.

Dalamnya taktahulah macam mana sebab tak masuk pun. Tapi aku pernah baca komik doraemon n tengok cerita shin chan kan, kat bahagian tengah rumah tu ada pemanas api dan diorang selalu masak kat tengah-tengah rumah tu. Teringin sebenarnya nak masukk. Kalau nak tidur kat dalam rumah ni pun boleh, tapi aku usha harga kat airbnb per night RM 900 - 1000 gitu.

Sebenarnya kitorang duduk kat ShirakawaGo ni tak lama pun, cuma 3 jam je. Rasa tak puas pulak 3 jam je main kat sini. Tapi memang best sangat main salji kat sini. Siapa je tak suka hari-hari bukak tingkap rumah boleh nampak pemandangan yang lawa camni kan. Udara pun bersih je, jauh dari hiruk pikuk kota.

Tapi bab nak mencari barang keperluan rumah tu saya no comment haha sebab memang kawasan ni sangat jauh dari bandar :p

Apapun thanks for reading, kalau free bolehlah tengok video hehe. Next entry aku sambung lain kali.


10 comments:

  1. Cantiknya ShirakawaGo ni. Lagi bila ada langit biru :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik sangat cuaca masa ni. tak gloomy pun, jelas nampak pemandangan :D
      nak main salji pun tak rasa seksa hahaah

      Delete
    2. Based on the pictures, I think that was the best weather to main salji. Tidaklah sendu kalau bergambar. Hahaha

      Delete
  2. OMG Shirakawago is so beautiful! Glad that you enjoyed your stay in Japan x

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess i enjoyed my holiday! terutama bila pergi dengan satu family lengkap camni ^^

      Delete
  3. Samalah kita, trip nya dah lama tapi tak habis post lagi, but mine is the worst because trip nya tahun 2016, dah masuk 2019 pun tak habis2 lagi hahaha
    Gambar banyak sangat jadi malas nak edit apa semua hahaha (harap2 tahun ni dapat habiskan)

    First time dengar nama Toyama. When it comes to Japan I have a specific places that I would love to go to but Toyama might be in my list sebab nampak cantik pulak. Even for a few hours and a warm snowy weather, I'm glad that you and your family had a great time :)

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah tabarakallah. Cantiknya view musim sejuk kat jepun.

    ReplyDelete
  5. Excellent write-up dear. Japan is such a wonderful place to be. Walaupun luas, tapi sebab transportation sgt canggih, senang nak travel from one spot to another. I took hundreds (maybe thousands) of photos, tapi x sempat nak tulis about the places. And I skipped Mt Fuji sbb tau I couldn't stand the cold. Waktu tu early January. Kira nasib baik jg sbb my friends yg took the trip x nmpk Mt Fuji sbb cuaca x mengizinkan. But it was a memorable trip.

    ReplyDelete
  6. Cantiknyaaaa view bila musim salji ni. Haih kalau kita pun excited first time nampak & pegang salji. Hahah!

    ReplyDelete
  7. akak nye wishlist nak spend tido at least 1 mlam kat sini. geram sangat..
    kalo boleh 2 malam tp 1 je pun xpe hahaha..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~