1 Apr 2018

Winter Japan Trip - Shinjuku, Harajuku




Assalamualaikum!

Bulan febuari yang lalu, aku berjaya menjejakkan kaki ke negara yang memang dah lama gila aku impikan like, dari umur 5 tahun kot teringin nak pegi situ? Yes it's JAPAN! Alhamdulillah trip kalini kita pergi satu family setelah 5 tahun tak jalan ramai-ramai camni. Last pergi melancong overseas satu family macam ni masa pegi Korea tahun 2012 dulu. Lama kann?

Well hellow Japan! excited gila masa nak touchdown tu, rasa cam, wehh aku dah sampai Jepunlahhh!


18/2/2018 - Ahad

Flight pada haritu pukul 2.40 pm tapi macam biasa, kenalah gerak airport awal, pukul 9 tu dah keluar rumah meninggalkan kucingku dengan makanannya hukhuk. Trip Japan ni kami cover area Tokyo-Kyoto-Osaka. Jadinya, kami pilih untuk turun di Haneda International Airport sebab kalau mendarat tak mahal sangat, naik flight dari Tokyo harganya lebih mahal berbanding Osaka(Kansai). Pilihlah landasan yang benar untuk turun dan naik flight.

KLIA 2 (KUL) --> TOKYO - HANEDA (HND)
                                                   2.40 PM                         10.30 PM

Return ticket per person (AirAsia) = 1079.25 MYR (dah include airport tax, makan, etc) x 8 person = 8634.00 MYR

Mendarat di Tokyo International Airport pada 10.30 pm waktu Jepun. Beza dengan Malaysia cuma 1 jam je. Dah sampai tu sewa airport transfer sebab dah lewat sangat kalau nak naik public transport, kang entah sesat kat mana-mana. So driver ni hantar kitorang sampai ke guesthouse kat Komagome.

Airport transfer = 677 MYR (ya ampun mahal betul)

Sampai kat apartment kami dalam pukul 11 pm lebih-lebih camtu. Nilah rumah selama 4 hari duduk kat Tokyo. Senang nak cari, dan yang paling penting dekat dengan Komagome Station. Host dia pun sangat friendly dan helpful. Semua kelengkapan rumah cukup.

Walaupun size rumah dia taklah besar mana (macam saiz rumah flat je lebih kurang) tapi dalam banyak-banyak guesthouse, kat Komagome ni jugak yang paling aku rindu. Sebab suka duduk Tokyo barangkali.

Dan rumah ni pun comel sebab theme Ghibli! Aku tak amek gambar pun kat rumah ni sebab sampai-sampai je habis sepah dalam rumah tu dengan beg-beg, lulz.

Btw, rumah ni cari kat Airbnb. Boleh klik link untuk tengok suasana rumah --> Ghibli Studio Apartment

4 nights =1849.00 MYR

Old Japanese traditional style dining space.
Top view of room1
picture credit to Ghibli Studio

19/2/2018 - isnin

Masuk je second day, mulalah aktiviti kitorang sebagai tourist. Dari area rumah kami (Bunkyo-ku) nak ke station dekat je, jalan kaki dalam 10 minit camtu sampai dah. Mula-mula agak susah nak ingat jalan sebab kat Jepun ni banyak street-street kecil, tapi lama-lama biasa dahh. Rumah kat sini banyak disusun rapat-rapat, kalau boleh memang taknak ada ruang langsung. Baguslah diorang ni tak mensia-siakan ruang kosong.


First day kitorang berjalan kat Tokyo! Ya, Tokyo ni luas nak mamp sebab tu spent at least 4 hari kat sini. Sebelum berjalan tu, 1st thing yang korang kena ada ialah Suica card. Card ni boleh beli dekat mana-mana station atau konbini(convenient) shop and boleh guna setiap kali naik subway, bas atau local trains. Function dia sama je macam kad touch n go. 

Tapi suica ni tak semua jenis transportation boleh pakai. Contohnya macam express trains, shinkansen, highway buses(long distance) dan airport shuttles.


Okay seperti yang korang tau, pengangkutan utama kat jepun ni adalah train. Train dia bukan biasa-biasa, ada banyak line yang korang tau sebelum nak ke suatu tempat tu. So ni aku tunjuk sikit maps jr line yang ada around Tokyo.


Berselirat tak mata baca maps ni?

Disebabkan kitorang ni dari Komagome nak ke Shinjuku, so kami ambil Yamanote line. Adalah dalam lebih kurang 7 station. Shinjuku station memang besar gila okay, dia kira macam main station yang menghubungkan setiap jr line dari pelbagai cabang. So kat sini, kakak aku pegi uruskan tiket apatah, tapi penting untuk kitorang nak berjalan haha.

Shinjuku soooo big!
Times Square Shinjuku

Dari Shinjuku Station, kitorang jalan kaki untuk pegi ke Tokyo Metropolitan Government Building. Jalan kat bawah tanah je.

best betul universiti ni ada access kat bawah tanah, senang kalau nak naik subway.

Keluar daripada station bawah tanah tu terus boleh nampak Tokyo government building tu. Nak masuk situ free je tak payah bayar, tataplah puas-puas pemandangan bandaraya Tokyo tu.


Yang ni, kalau time summer atau yang bukan musim sejuk memang boleh nampak Mount Fuji. Sayangnya sebab time tu winter so puncak gunung kena tutup dek kabus, kalau tak mesti lagi cantikk.

Bangunan ni ada 45 tingkat dan setinggi 243 meters. Ini merupakan tallest building in Tokyo. Kat sini ada 2 tower. Tapi nak naik lift ni sampai tingkat 45 laju gila, 1 minit je weh! Okay macam yang aku dah cakap tadi, dia ada 2 tower so naiklah dua2 belah sebab nak tengok view dari sudut yang berlainan.


Lepas dah puas kat sini, kitorang pegi pulak harajuku. Yang paling glemer kat Harajuku ni mestilah Takeshita Street, rasanya kalau korang minat Jepun mesti tau kat situ ada apa kan?

Kat Harajuku nilah yang dipanggil fashion street, orang kat sini selalu pakai fesyen yang pelik2 tapi comel. Sini pun banyak jual barang-barang comel, cafe-cafe comel, and apa benda yang comel-comel semua ada kat sinilah senang citer. Kawaii~

Tapi ramai gila umat manusia... Dahla street tu pun kecik je sebenarnya.



Datang Harajuku tapi banyak menyopping kat Daiso je. Dah barang-barang kat sini banyak yang mahal, so daiso jelah pilihan hati. Tapi dalam daiso ni pun ramai gila orang, nampak tak semua orang pun nak shopping dengan cermat macam kitorang gak :p

4 tingkat oi daiso dia.


Lupa nak bagitau, kat Harajuku nilah tempat yang paling bersepah nak jumpa kiosk creepe ni. Sakit hati sebab crepes dia semua nampak sedap-sedap, bau pulak wangi menusuk hidung.

Aku memang dah lama sangat nak makan crepe ni kalau datang Harajuku tapi kakak aku kata takut tak halal sebab cream yang dia guna tu kita bukan tau kan T__T range harga untuk crepe ni 350 - 600 yen


Masa lepak sini dah nak dekat pukul 3, kitorang tak solat zohor and belum makan lagi. Dekat Tokyo ni Camii Mosque, ni antara satu-satunya masjid yang ada kat Tokyo. Yang tu nanti aku cerita next entry

Harajuku station


30 comments:

  1. Seronoknya pergi Jepun. Dengan family lagi :D

    ReplyDelete
  2. Omg komagome station tu dekat sangat dengan rumah yang sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pindah dari himeji duduk tokyo kee? senang rumah dekat dgn train station ni haha

      Delete
  3. huwarkhhhh.. syoknyaaa.. kalau datang waktu sakura berguguran mesti lagi syokkk.. btw tokyo camii famous sikit dikalangan warga jepun yg bukan beragama islam yang minat mendalam nak belajar pasal islam.. rasanya la kot. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul, ramai gak org jepun non muslim masuk situ :D

      Delete
  4. bestnyaaaa, BV pun terliur tengok crepe tu comel2 dan nampak sedap. :D
    betul tu, baik jangan makan kecuali betul2 yakin bahan2 dia halal, terbaik la.

    comel betul ghibli studio apartment, dahlah kita peminat studio ghibli ehehheh, boleh muat berapa orang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala BV, tapi tak berani makan je :( bau dia sedap gila kot

      paling max 8 orang. tu pun kira sempit jugakla bagi kitorang tpi pikir rumah tu utk sekadar tidur malam jekan xD

      Delete
  5. MMmmmmmmm.... bestnyaaaa :')

    ReplyDelete
  6. Bestnya jalan-jalan kat Jepun. Tahniah Mazni berjaya sampai ke tempat percutian idaman sejak kecil...

    ReplyDelete
  7. Asyik jalans jalans je awak niii. Jealous nyaaa TT_TT Btw, Japan memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nad bila nak buat entry pegi aussie haritu? ahaha
      besttt

      Delete
  8. Replies
    1. haruslah kita excited haha

      Delete
  9. wah seronoknya
    tak jumpa doremon ke?

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaaa pergi Jepun, cantiklah tempat dia!!! Teringin!!! Tapi takda rezeki lagi huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah nnti anis sampai gak satu hari nanti hehe
      ke nak sampai korea dulu baru jepun? :p

      Delete
  11. Akak, nak juga pergi! Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2020 jom! time tu olimpik xD

      Delete
  12. Wahh teringin nak g jepun..belum trcapai lg huhu

    ReplyDelete
  13. Seronoknyaa teringin nak pergi.
    btw, salam singgah. jemput datang join segmen blogwalking di blog saya
    https://mushyzaini.blogspot.my/2018/04/segmen-blogwalking-musfirahzn.html

    ReplyDelete
  14. seronoknyaa jalan satu fam.. tapi untuk akak 4/5 people utmost dah memadai. cukuplah hehehe i cannot ramai2. orang kata more the merrier doesnt apply for me. lagi lagi update. nak study Jepun walaupun kena tunda trip hehe..

    ReplyDelete
  15. bestnyaaa dapat g oversea dengan family .

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~