29 Mar 2018

New chapter


Assalamualaikum

Hi semua! So, sekarang ni aku telah bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda. Masih lagi sambung dalam bidang Printech. Environment dia totally different. Same places, different people.. Aku memang tak excited masuk degree ni walaupun memang minat dengan course yang aku ambil ni. Sebabnya nak sambung bulan 9 kalau ikutkan hati, haha.

Awal gila kan, baru habis diploma bulan 1 haritu, bulan 2 aku hilang di Malaysia dan bulan 3 terus masuk degree ko ghasee? Tak ke belum puas lagi nak rehat-rehat kat rumah lepas dah struggle habiskan diploma? Tapi apa boleh buat, mak suruh jugak sambung bulan 3 tu walaupun aku taknak. Memang merajuk sungguhlah seminggu tu.


Ni semua sebab faktor kawan. Rindu gila dengan classmates diploma aku weh.. Betullah, no one can replace them T__T Classmate degree setakat ni kami masih tak ngam lagi huhu.. Taktau macam mana nak try jadi friendly bila kenal dengan orang baru.. it.just.so.different. Do you feel me?

Tapi setakat ni ada yang dah boleh ngam jugakla, itu pun belum semua lagi.

Oh yang sambung degree kali ni berapa kerat je daripada zaman diploma dulu, tak sampai 10 orang. Hm syahdu habis. Yang lain-lain tu ada yang sambung course lain. Tapi ramai yang nak sambung bulan 9 laa, tu pun classmate aku beberapa kerat jela yang nak masuk bulan 9 nanti.

Tak kisahlah kan, asalkan adalah sikit yang nak sambung daripada takde.

The syllabus here is blerghh sakit otak jap, baru sebulan je degree tapi dah murung ya amat. Aku taktaulah boleh happy ke tak bila jadi pelajar degree ni? 2 tahun oi nak kena tempuh, hmm.

currently looking at my board. Setiap sem aku mesti letak gambar2 ni untuk hiasan. Can't believe we're no longer in the same class like before

#TiredAlready #FriendSick #MissMyFriendsSoMuchh
Yang benar, budak yang betul-betul hilang motivasi sejak masuk degree.

13 comments:

  1. Goodluck mazni!! Sambung degree kat uitm jugak eh?

    Haritu masa mula mula masuk degree pun murung jugak haha sebab kawan matrik semua dapat u lain lain and sampai sekarang tak rapat dengan classmates sendiri T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, masih kat tempat yg sama

      wonder macam mana dgn kita.. boleh ke nak ngam dengan classmate yg sekarang ni hmm T__T

      Delete
  2. takpe mazni,lama2 nanti inshaallah ngam lah tu dengan diorang hehe takpe think positive je dulu :) 2 tahun eh degree? saya kena tunggu 4 tahun,huwaaaaaa :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni pun sebab penerapan, tu yg masa dia jadi singkat sikit, kalau tak kena 3 tahun xD

      Delete
  3. relax la. 2 tahun je. saya lagi 3 tahun. hahahahaha

    haah kan, dulu memula masuk degree murung sebab jumpa orang baru. nak adapt lagi la kena lama sikit. oh ya, degree dekat puncak alam lagi ke? ingatkan dekat shah alam. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tula 2 tahun je, tapi rasa cam lama sangat, nak kawan diploma balikk

      haah degree kat palam gak.

      Delete
  4. tahniahhhh :D
    chillex2 dulu, nanti maybe boleh jumpa kawan2 yg sekepala. heheheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha taktaulah boleh jumpa ke tak xD
      thanks BV!

      Delete
  5. Insya Allah, you can do it, Mazni :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah... chayo2 untuk degree pula. Tak pe la. nanti habis degree baru t ambil cuti panjang2 skit hehehe

    :

    ReplyDelete
  7. Owh, dah continue study yer. Good luck yer Mazni... Jangan risau nanti cuti sem boleh travel lagi. Hehe...

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~