1 Dec 2017

November in short


Assalamualaikum

Salam 1 Disember. Salam Maulidur Rasul, marilah berselawat kepada junjungan kita Rasulullah S.A.W. 

Rasa macam tahun ni berlalu dengan sangat pantas.. I don't want to end this year, tahun nilah tahun terakhir belajar dalam kelas as student diploma. Diploma tamat pada penghujung January 2018 sebenarnya, cuma masa bulan 1 tu kitorang tengah busy siapkan preparation untuk diploma show. Which is bulan 12 ni adalah bulan terakhir untuk habiskan semua silibus pembelajaran sepanjang 2 tahun setengah belajar kat sini.

Memang dah jadi budak final sem ni dia cam sentimental sikit eh?

Ok apapun i must say minggu ni memang busy yakmat sebab aku boleh kira berapa kali tidur awal. Selebihnya tidur pukul 4, 5 dan paling teruk malam khamis tu memang tak tidur langsung. Harap2 tak pendek umur jelah. Bulan november memang bulan kemuncak paling busy untuk kitorang semua, haha.

Sebab bulan november ni memang meriah sungguh dengan macam-macam benda, so kita compile cite dia dalam satu entry dululah.


Bulan 11 memang jadual packed sebab semua orang dah start jalan machine untuk print cover majalah. Memang ambil masa sebulan untuk 48 orang siap semua. Entry dia boleh baca kat sini. Alhamdulillah sekarang ni semua orang dah habis print cover majalah.


Kaklong officialy dah duduk Penang dengan abang Ammar. Adik aku pulak dah sambung belajar kat tempat baru Kelantan. Makin sunyi dah rumah ni, tinggal mak abah je berdua. Kitorang yang belajar2 ni selalu ada time hujung minggu je, tu pun tak tentu tiap minggu balik ke tak.


Finally, setelah 2 tahun duduk Puncak Alam ni baru dapat menapak kat masjid Puncak Alam yang cantik ni. Dari luar masjid ni kelihatan kebiru-biruan dengan warna lampu :D

Suka tengok senibina masjid yang lawa-lawa, tapi adakah aku selalu solat berjemaah kat masjid? #insaf jap


gambar 1 : Ini pun salah satu final project, kena buat silk screen(cetak fabrik). Cuma sayangnya... masa tengah buat silk screen ni beg aku tercomot kena dakwat, ada possibility nak kena buat baru kot.... Rasa macam bersalah lak nak assess nanti hantar beg comot, lulz.

gambar 2 : finally aku dapat beli plushie molang! Korang tau tak daripada zaman sekolah lagi aku suka gila dengan molang bunny ni sebab dia kiuttt! Kau tengok jelah header blog aku ni pun gambar molang gak. Haritu Kak Sally pegi Korea, makanya beliau offer untuk jadi personal shopper kat Korea so aku pun selitlah order sekali. Gigih gak tunggu dari bulan July sampai November ni baru dapat, maklumla orang tu duduk Korea nak dekat 5 bulan haha! Kak Sally kata benda ni paling susah nak cari, 19/11 haritu baru beliau bagitau dah berjaya beli, ni pun plushie yang terakhir dalam kedai tu.

Aku syak molang ni sangat limited edition, even dekat negeri kelahiran dia sendiri pun susah nak jumpa. Memang kak sally ni gigih gilalah carikan barang merapu aku ni hahah. Thanks againn xD


Ok highlight yang paling penting bagi November ni ialah.. DAH SIAP MAGAZINE! Kan aku selalu bebel kena buat magazine as final project yang paling besar untuk sem ni, maka semalam(30/11) completelah semua kerja-kerja magazine ni. Rasa terharu gila kot sebab project ni sambungan daripada sem lepas. Lama tak lama jugakla kitorang simpan file magazine ni dalam pendrive dengan uitm cuti 5 bulan lagi. Nasib baik tak hilang jelah.

Nanti aku buat entry khas FYP ni sebagai appreciation post HAHA.

Itu je yang berlaku sepanjang november ni, bulan 12 ni pun makin busy sebab tarikh assessment makin dekat. Doakan kitorang supaya dipermudahkan segala urusan T__T

Thanks for reading!

11 comments:

  1. cantiknya design majalah tu...
    urww, nanti sambung degree pulek. Post graduation day sekalii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih!
      Haha degree insyaAllah soon. Diploma pun belum lepas lagi yop

      Delete
  2. GV doakan semoga dipermudahkan semua urusan korang. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
  3. Good Luck! Lepas ni degree >< Salam Maulidurrasul jugak!

    ReplyDelete
  4. The plushie is so cute. Gigih sangat kak Sally tolong carikan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, memang terharu betul dgn jasa kak sally carikan benda ni TT

      Delete
  5. molang tu apa?..comel ah.. majalah tu terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. molang tu plushie rabbit kat dlm gamba tu haha, nama dia mmng hodoh sikit xD
      aww thanks!

      Delete
  6. goodluck ! :) memang nampak cantik masjid palam tu :D

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~