21 Apr 2017

Trip WA : Chcolates, grapes and Corelle


Assalamualaikum

10/2/2016 - Wednesday

Entry ni sepatutnya bersambung dengan Caversham zoo yang dipublish tahun lepas. Tapi seketul Mazni ni manusia yang cuai lagi laloq, dia terus masuk cerita Rottnest island dulu. Aiguya maafkan saya people, masalah teknikal sikit!

Lepas melawat zoo tu harinya belum habis lagi, kitorang pergi ke kilang coklat dan ladang anggur. Ini pun tempat yang wajib orang ramai terjah kalau dah sampai Perth. Okay kita cerita pasal kilang coklat dululah, nama panjangnya Sheikh Margaret Al-River B. chocolate factory, nama pendek pulak Margaret River je. Siapa hantu cekelat memang kena datang sini!


Bestnya kat sini ada disediakan tester. Kita tak beli coklat pun still dapat merasa makan coklat kat sini tau. Memang sedap sangat and rasa ceklat ni pun tak terlampau manis. Gigi aku ni sensitif dengan benda yang manis tahap potong kaki, tapi bila makan coklat kat sini masih boleh diterimalah.


Ada 3 jenis tester, white chocolate, milk chocolate and dark chocolate. Aku suka white dengan milk chocolate tu, yang dark tu kureng sikit sebab rasa dia pahitt. Tapi sebenarnya dark chocolate tu yang orang kata bagus. Kenapalah benda yang bagus ni aku tak suka eh? kihkih.


Margaret River factory ni sebenarnya berhadapan dengan tempat orang buat wine. Aku perasan kat belakang tu ada ladang anggur, so diorang petik anggur-anggur kat situ untuk buat wine. Tapi kitorang tak masuk pun dan terlupa juga ambil gambar tempatnya.

Seterusnya pergi kilang anggur pula dekat The Grape Place.

buah anggur tergantung dkt tempat park kereta!

Time summer ni memang tengah musim grapes. Seriously, ni anggur yang paling sedap aku pernah rasa sebab crunchy dan tak lembik, ketulan anggur ni besor-besor lagi tu! Memang sihat anggur-anggur kat sini.

Selain anggur, ada juga jual honey yang fresh dari ladang. Aku beli sebotol sebab kawan kirim.

Terima kasih Hj. Yon dan Aunty Ilah sebab belanja anggur ni untuk family kitorang, banyak pulak tuu.. May Allah pay for their kindness <3


Pekerja kat sini pun baik gila, dia bagi kitorang rasa anggur ni banyak-banyak. Siap bagi discount lagi tau! Paling syahdu bila diorang tanya berapa hari lagi kat sini, then jawabla 2 hari pastu dia kata "selamat tinggal". Huhu syahdu sangat..


Oh btw, kitorang tak dapat masuk dalam farm tu sebab grapes tu tengah sensitif sikit, so pelawat takleh masuk dalam tu.

Misi seterusnya, beli pinggan Corelle & Pyrex yang mak kirim.

Rasanya brand Corelle dengan Pyrex ni macam dah tak asing lagi kot. Brand ni glemer dengan dia punya ketahanan and ringan. Tapi yang Pyrex tu mak mintak beli mug sukatan air dengan set food storage ni.

Kalau beli kat sini mau satu set pinggan tu cecah RM800, tapi kat Aussie dapat 59 AUD (masatu RM 180++). Para ibu-ibu kalau pegi Aussie tolonglah borong brand Corelle ni, saya yang bukan mak-mak ni pun dah rambang mata tengok pinggan mangkuk lawa2 kat sini. HAHA


Sebenarnya orang selalu beli pinggan2 ni dekat pasaraya Walmart. Kitorang pegi sana tak jumpa pulak benda yang dikehendaki tu so carilah dekat BIG W. Thankfully, ada!

Terima kasih lagi sekali untuk Hj. Yon dgn Aunty Ilah tolong bawak kitorang cari Corelle dengan Pyrex ni sampai jumpa. Kalau tak bersedihlah mak tak dapat set pinggan Corelle ni. Tapi kan, sampai sekarang mak tak pernah guna lagi set pinggan ni kat rumah sebab sayang. Mak-mak memang camni eh?


Lepas mission accomplished, kitorang jalan-jalan sikit and pegi singgah kedai sushi halal kat Perth ni. Street mana sushi halal tu sorry i lupa

Hot miso in a hot city


 Dan terjumpa Malaysian Hall Perth


Kat dalam Malaysian Hall ni pun ada tempat penginapan dan boleh dapat harga murah. Tapi kat sini selalu full so kena book awallah. Untuk pertanyaan lanjut boleh rujuk gugel.

Malam tu pulak kitorang pegi majlis tahlil, dah ada cerita dalam ENTRY NI. Padat betul aktiviti haritu, hehe.

lupa nak bagitau strawberry kat sini murah gila, $2 je! besor2 pula tuu.


Thanks for reading!

32 comments:

  1. Lawa2 semua gmbr 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankyouuuu!
      banyak amek guna phone je ni hehe

      Delete
  2. echa suka dark chocolate! hiks. murah pulak pinggan brand tu kat sana compare kat sini kan. :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala rasa bersalah pulak sbb kite tak suka dark chocolate xD
      paling murah set corelle saya tengok kt sini pun rm400 *telan air liur*

      Delete
  3. sebab tak tahu cerita ni macam mana tetiba rasa. wahh dah sampai perth. haha

    kt Australia ada kaum melayu australia kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena baca entry2 yg sebelum ni :p

      ada! saya dh pernah buat entry, boleh klik link "ENTRY NI" tu ^^

      Delete
  4. Nak borong Corelle, pyrex tu memang seronok... haha nak mengangkut balik tu berat sikit. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaa bener itu. nasib baik muatan tak terlebih sangat masatu, kalau tak kena bayar extra pulak

      Delete
  5. terliur tgk chocolate2 tu erhhh kalau sy lebih prefer dark chocolate sbb tak manis sgt boleh makan banyak2 hahahaha lol

    best dapat pengalaman mcm ni kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa semua org suka dark chocolate ni?! takde ke yg nk berpihak pada diriku inii?

      hihi best!

      Delete
  6. Replies
    1. penuh menggunung ceklat dlm mangkuk tu!

      Delete
  7. aishhh dah kita peminat coklat2 nie. kalau masukkilang coklat rasanya memang excited kot. :D
    suka makan dark choco sbb dalam pahit ada manis. cewwahhh :3

    nampak sedap sangat la buah anggur tu, tetiba teringin nak makan tapi buah anggur kat malaysia nie agak mahal T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak beli pon coklat2 kat sana sbb nk duit agak semput masatu xD

      memamng manis gila, paling best crunchy tu ><

      Delete
  8. dark choc tu kalau diet sesuai makan sebab tu org kata dark choc bagus. Tapi selalunya benda sihat ni kan tak sedap sebab tu tak ramai yang suka. 😂

    Best memborong corelle dengan pyrex ni. Tapi nak bawak balik tu yang berat. Lagi2 kalau ramai pulak yang mengirim 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe, contohnya sayur. sayur tak sedap tpi bagus utk kesihatan, aha rasa malu dgn diri sndiri sbb tak suka makan makanan sihat x'D

      nasib baik mak sendiri je yg kirim, kalau 1 kampung entah berapa tan berat beg tu

      Delete
  9. sedap n menarik tengok choc coins tuu ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb coklat tu kecik kita tibai je banyak2 :p

      Delete
  10. Syoknyaaa pergi kilang coklat tu lagi lagi bila ada tester. Hehee. Kann, mak mak memang macam tu kan, kalau beli set pingan mangkuk mesti simpan dalam almari. Jarang jarang guna. Hahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya expect time raya tahun lepas mak nak gunalah pinggan tu, sekali tak pun xD
      smpai skrng pinggan tu duduk dlm rak je kak, sayang punya pasall

      Delete
  11. banyaknye coklat, bestnye dapat testing....strawbery pown nampak sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. strawberry dia tu yg best! dahlah gemok2, besar pulak tu :D

      Delete
  12. Perghhhh boleh tahan lama juga la draft entry ni ya. Dari tahun lepas lagi! hahaha syed takda satu pun draf post. Kalau takda idea memang terabai macamtu jelah jawabnya. Bestnya pergi kilang coklat ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA jangan perli x'D biasalah entry yg berepisode ni mmng lama sikit amek masa

      kalau kilang coklat tu tkde tester mmng tak best sebenarnya

      Delete
  13. Saya ni penggemar dark ceklat. Makan milk ceklat Malaysia macam susah sikit nak telan, tapi still boleh jaa habiskan. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tkleh go dgn benda yg pahit2 T__T
      heleh ngade gila kan, padahal dark choc tu tkdela pahit sangat

      Delete
  14. Dark chocolate laa sedqp wehh...lg byk khasiat tauuu...kalau x caya baca kat blog kak mia liana..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tu, mmng fakta yg tak dapat nak dinafikan haha.
      nak buat camne, tekak ni lagi suka benda manis berbanding dark chocolate yg pahit tuww

      Delete
  15. Kak Sally g Melbourne x g pun kat Malaysian Hall..hahaha..sombong laa katekooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. halah halahhh sikit pun tak melawat malaysia hall eh, apakah ini xD

      Delete

Nak komen apa? silakan~