14 Apr 2017

Chef Wan Food Puncak Alam


Hi Assalamualaikum

Sepanjang duduk Puncak Alam, aku jarang keluar meneroka kawsan kat situ serta kedai makan apa yang sedap kat sini. 

Haritu group aku menang tempat kedua untuk pertandingan short film, dapatlah hadiah duit. Tak sangka lakonan aku yang kayu-kayu tu pun boleh menang tempat kedua tau, haha. Kawan yang lain elok je berlakon. Maka dengan duit tu kitorang pegilah makan kat Chef Wan Food.

Not surelah ni kedai Chef Wan ataupun nama dia je macam tu.

Banyak kedai-kedai yang masih kosong lagi kat sini


Kedai ni sebenarnya lebih kepada katering and diorang ada buka tempahan lauk untuk majlis. Makanan kat sini pula dikira dalam harga set. Pilihlah lauk apa yang korang nak, pastu nasi dengan air boleh tambah sampai muntah. Memang puas hatilah sebab harga set yang kitorang pilih ni tak sampai RM10 pun! Memang cukup-cukup bajet je untuk marhaen cam kitorang ni.

1 buttermilk chicken, 2 buttermilk dory, 1 asam pedas
look at how creamy iz thizz. yum!
Untuk buttermilk ni boleh pilih sama ada nak jenis ayam atau ikan dory. Iolls mestilah dory! Kuah butter tu memang creamy hokey, ikan dengan ayam dia pun sedap. Memang makan licin habislah. Siap tukar-tukar makanan lagi :p


Yang ni asam pedas ikan pari. Siapa penggila asam pedas mesti suka ni sebab kuah dia sodap. Aku pun memula nak pilih asam pedas tapi disebabkan ada dory takkan nak say no to dory kan, heheh. Bagus jugak kawan aku order asam pedas, kitorang yang buttermilk ni rompaklah makanan beliau.

Bestnya order asam pedas ni sebab dapat telur masin, sayur-sayur dengan sambal belacan. God bless my friend, dia tak makan belacan sangat so dia bagi kitorang. Sebagai penggila belacan haruslah aku gembira!

Overall makanan yang kitorang order ni memang sedap and puashati! Pada penduduk-penduduk Puncak Alam yang nak makanan bajet murah, bolehla mai sini.
15-1 Pusat Dagang Puncak Alam Jaya, Jalan Puncak Alam Jaya 10, Bandar Puncak Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor.

28 comments:

  1. Menariknya diorg punya buttermilk..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temptingnya tengok makanan-makanan tu! btw bila terbaca pasal "berlakon kayu" tu teringat pula kata-kata fattah amin #QaliffModen "Aku pernah digelar pelakon kayu, tapi at least kayu makin lama makin berharga" hahaha.

      Delete
    2. HAHA pernah baca jugak ayat yg tu. tapi jauhlah pula kalau nk bandingkan saya dgn fattah amin tu. dulu dia berlakon kayu, skrng makin bagus. saya ni selamanya kayulah kot

      Delete
  2. study dkt uitm puncak alam ke? rumah saya mmg berjiran dgn puncak alam. puncak alam sedang membangun tu yg ramai org kekaya yg duduk situ. haha

    thank review. esok2 ada masa dtg la situ nanti. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah study situ. kat palam mmng rumah kayo2, tpi mcm tak ramai org sangatla. biasalah kawasan baru membangun

      welcome!

      Delete
  3. nampak sedap ! boleh la singgah nanti.terliur

    ReplyDelete
  4. nampak sedap sangat buttermilk dia. harga pun berpatutan dgn part air nasi boleh tambah ikut suka tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa creamy gituu, saya suka kuah2 yg creamy ni hehe. tula, baru puas makan kalau boleh refill suka hati :D

      Delete
  5. Saya nanti pergi hari ni. Nak test sebab aada kawan nak rasa masakan melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh terus nak pegi harini! Tryla makan asam pedas, sedap! *pada sayalah*

      Delete
    2. Saya nak test dulu. Sebab ada kawan dari luar negara nak datang. Nak beri dia rasa masakan melayu.

      Saya tinggal kat shah alam. 15 minit boleh sampai.

      Delete
    3. tapi choice makanan kat situ tak berapa banyak sangatlah. taktaulah kalau kawan overseas tu puas makan ke tak, huhu

      Delete
  6. Wah wah, boleh tambah nasi & air ikut suka hati? :D siap ada harga student lagi!banyak pilihan lauk tak?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah boleh tambah ikut suka! xD pillihan lauk tak banyak sangatla, hehe. kedai baru bukak

      Delete
  7. Replies
    1. nama ikan tu dory, selalunya org buat fish n chip guna ikan tu sbb isi dia lembutt

      Delete
  8. Replies
    1. sedap, pedas2 and masam dia tu purfect!

      Delete
  9. Nanti nak try insyaAllah. Harga pun ok. Yang best, nasi & air boleh tambah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk student2 mcm kitorg ni mmng bersyukur sangat dpt harga macamtu hehe

      Delete
  10. Gulp. Buttermilk dia Mazni oi! Dah la pagi tadi kak Nad cuma makan nasi lemak je. Em eh bersyukar lah haha. Tapi memang terliur tengok buttermilk dia tuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite tengok balik gambar buttermilk ni pun dh terliur tau dak. dahla tgh2 malam buta nii

      Delete

Nak komen apa? silakan~