7 May 2025

Persiapan mendaki gunung Rinjani

 Assalamualaikum

Aku baru balik Rinjani last week, so harini nak share sikitlah persiapan yang aku buat. Harap boleh jadi rujukan yang bermanfaat untuk korang-korang yang berniat nak hiking di sana.

Checklist ni lebih kurang sama je macam di posting Persiapan mendaki gunung Kinabalu. Tapi aku akan bagi gambaran sikit on what to expect on jalur pendakian, masa diperlukan untuk sampai ke sekian-sekian tempat dan pemakaian sepanjang 3 hari 2 malam di sana.

Kebiasaannya pendaki akan mengambil trip 3 hari 2 malam di Rinjani. Yang paling glemer adalah start dari trek Sembalun -  Pelawangan Campsite (bermalam) - Summit Rinjani - Danau Segara Anak (bermalam) - Torean. So korang pack barang untuk 2 malam camping di sana ya.  Jom checklist barang dulu!

Kelengkapan hiking
  1. Hiking stick
  2. Seluar hiking at least 2 helai 
  3. baju jersey at least 3 helai 
  4. Poncho / windbreaker / rain coat
  5. Puffer / winter jacket
  6. Glove (optional)
  7. Heattech / thermal layer
  8. Stoking 2-3 helai
  9. Kasut hiking yang grip bagus
  10. Headlamp
  11. Backpack 50l - 70l / dayhike bag untuk summit attack
  12. Air 
  13. Buff/mafla
  14. Beanie / hat
  15. Knee guard 
  16. Backpack cover
  17. Gaiter
  18. Sunglasses

Barangan keperluan
  1. Phone, powerbank
  2. Personal toiletries
  3. Portable bidet / tissue (wet tissue dilarang ya. Kalau nak bawa juga, jangan buang di atas gunung)
  4. Tuala mandi
  5. Kain lap peluh
  6. Sandal/selipar
  7. Kelengkapan solat
  8. Plastik sampah - simpan baju kotor atau bawa sampah masing-masing
  9. Emergency blanket
  10. Kain sarong
  11. sunscreen
  12. hotpack (jika tak tahan sejuk)
Ubatan
  1. Acute mountain sickness (AMS) pills
  2. yoko yoko / muscle pain cream
  3. panadol actifast / ubat selesema / muscle relaxant pills
  4. minyak angin
  5. losyen (bagi yang kulit kering)
  6. Personal first aid kit
Tips Pakaian

Di bawah ni aku tunjukkan contoh pakaian yang aku pakai selama 3 hari 2 malam di Rinjani.

Hari pertama dari Sembalun to Pelawangan Campsite - pakai baju jersey, seluar hiking, topi. Hari pertama masih panas lagi, tak perlu pakai windbreaker pun takpe. Sunscreen dan topi jangan lupa please!

Hari kedua (summit date) - At least 3 lapisan baju. Aku buat by layer;
1) Thermal wear
2) puffer
3) windbreaker
4) Hiking pants
5) Gaiter (please pakai ni okay supaya pasir dan batu tak masuk kasut!)

Cuaca agak sejuk dan berangin. If korang tak tahan sejuk, boleh buat 4 atau 5 lapisan baju dan tambah longjohn before sarung seluar hiking. Please consider to wear buff (untuk elak hidung berair atau elak pasir berdebu masuk hidung. Aku pakai ni sepanjang summit attack), sunglasses (kat puncak terik gila. Ramai orang pakai sunglasses sebab matahari memancar direct ke mata korang) dan gloves bagi yang tak tahan sejuk.


Hari kedua (selepas turun summit nak ke Danau Segara Anak) - pakaian lebih kurang macam hari pertama, pakai jersey sahaja. Boleh spare baju hujan juga sebab biasa petang-petang hujan.

Credit picture to my friend Sahira

Hari ketiga (Danau Segara Anak - turun Torean) - Pakai jersey sahaja sebab kita akan berjalan minimum 9 jam. Trek sangat open view dan tidak berpokok so terbakar sikitlah kulit korang.


Berapa jauh trek dan anggaran masa?

Sebelum tu, i thanked Gunung Hub untuk segala info tentang gunung Rinjani. Korang boleh klik gambar kat bawah ni untuk lebih jelas.


  • Disebabkan aku naik ojek untuk jimat 2 jam berjalan pada hari pertama, maka pendakiannya bermula dari pos 2. Dari pos 2 nak ke Pelawangan Campsite adalah kurang lebih 5km. Average time untuk sampai ke Pelawangan Campsite adalah 4-6 jam.

trek hari pertama. Ni di Bukit Penyesalan melepasi Pos 4

  • Hari summit. Pendaki boleh mula mendaki seawal 2 am. Total perjalanan 5km dan anggaran masa standard mendaki adalah 4-6 jam. Yang bestnya di Rinjani ni tidak ada COT. Tapi sila bajet masa anda untuk tidak terlalu lama mengejar summit attack, sebabnya kita taknak turun ke Danau tu waktu cuaca gelap. Sebelum pukul 10 am tu kalau boleh dah turun dari peak lah. Anggaran untuk turun dari peak ke campsite at least 2-3 jam.

trek berpasir. Sini yang orang cakap "naik 3 langkah, turun 1 langkah".

  • Average time yang diperlukan untuk turun dari Pelawangan ke Danau Segara Anak adalah 3-4 jam. Total perjalanan adalah 4km. 

Jalan menurun terusss dan berbatu

  • Untuk hari terakhir ni memakan masa yang sangat panjang. Dari Danau Segara Anak turun ke Dusun Torean adalah 9-10 jam average time yang biasa. Kalau luar biasa boleh cecah hingga 12 jam. Jarak perjalanan adalah 12.5 km.

    Di Torean ni silalah berhati-hati. Tempatnya memang cantik macam syurga dunia, tapi meragut nyawa juga ya. Trailnya jalan di lereng-lereng bukit, pandang bawah je terus nampak gaung. Always alert dengan jalan yang kadang-kadang berbatu dan curam, sentiasa pegang tali keselamatan dan jangan ralit bergambar di tempat-tempat yang mengundang bahaya. Fokus jugak dengan jalan yang tiba-tiba je ada lubang especially ketika di atas lereng-lereng bukit tu. Paling penting, sila dengar arahan guide!
trek paling cantik, paling penat dan sangat merbahaya

Cas porter dan ojek

  • Kalau korang guna khidmat porter, bayaran per hari dikira 350k rupiah. Untuk 3 hari totalnya 1 juta 50k rupiah (harga setakat April 2025). Porter boleh share 2 ke 3 orang punya barang, tapi perlu sekalikan dalam satu beg sahaja. Limit porter adalah sebanyak 20kg.
  • Untuk Ojek dari pos 1 ke pos 2 adalah 200k rupiah.
  • Kalau nak sewa hiking pole kat sana pun boleh, 30k rupiah per pcs.
  • Ojek untuk exit ke kampung Torean sewaktu balik pula adalah 60k-80k rupiah. Bergantung pada waktu, lagi lewat malam korang sampai lagi mahal dia cas.


Senaman dan fitness

Makesure korang cukup training sebelum nak ke sana sebab Rinjani bukan sekadar hiking santai-santai nak tengok view lawa je tau. Trek dia especially time menurun di Torean sangat jauh dan boleh barai kaki.

Seeloknya boleh training 3 bulan sebelum panjat Rinjani. Mulakan dengan bukit-bukit yang rendah dulu (300-500 meters) pastu sikit demi sedikit try naik gunung yang elevation tinggi (600-1000 meters). Praktis juga untuk buat long hike at least 4-6 jam supaya badan dan kaki korang dah terbiasa untuk berjalan dalam tempoh yang lama. Jika perlu, training lah bawa load backpack juga.

Kalau malas nak training kat bukit atau gunung, boleh exercise kat rumah dengan turun naik tangga/kerusi selama 30 minit. Untuk kuatkan otot-otot kaki boleh buat squat, Bulgarian split squats, lunges, step-ups. Please fokus untuk kuatkan lutut dan betis ye sebab kita lebih banyak trek menurun dari naik sepanjang di Rinjani.  Nanti berlakulah drama lemah lutut dan kena seret kaki kalau tak cukup training haha.

Itu sahaja daripada saya. Kalau ada apa-apa soalan boleh drop di komen!