6 Sept 2026

Ziarah Taif - Kilang bunga rose & makan nasi arab dan kunafa

 

Sambungan --> Masjid Ibn Al-Abbas & pasar buah Taif

Kami tiba di kilang bunga rose selepas habis shopping buah. Disebabkan Taif ni letaknya di tanah tinggi, dia sesuai untuk tanaman bunga yang segar, hence digelar sebagai City of Roses.

Kilang ni nama dia Rasheed Al Qurashi Factory. Ia merupakan pengeluar produk bunga mawar yang berkualiti tinggi. Diorang pun ada ladang bunga rose sendiri tau.

keluar dari bas je nampak bukit cantik ni :D

Jemaah boleh mempelajari tentang pembuatan produk berasaskan mawar ni from scratch. Proses bermula dengan memetik bunga mawar, timbang, tambahkan air kemudian mendedahkannya pada haba yang tinggi untuk memulakan proses penyulingan dan mengekstrak minyak mawar. Dengan terhasilnya minyak daripada bunga mawar tersebut, bolehla jadikan sebagai produk-produk lain seperti perfume, sabun atau skincare. Yang penting prosesnya tu semulajadi!

Info-info nak hasilkan minyak wangi
Penerangan dalam bahasa Indonesia 

Pengunjung boleh lawat masuk ke dalam kilang jugak untuk tengok proses-proses penyulingan minyak mawar tu. My bro in law jelah rajin masuk situ, kitorang yang lain ni malass hahaha. Nak masuk area shopping tu pun aku malas ye. Maafler kita tak ambil gambar pulak apa produk-produk yang dijual kat situ.

Boleh tengok mesin penghasilan minyak wangi ni dengan lebih dekat
Wahh nampak banyak munge2, mesti menarik nii

Kami lebih memilih untuk lepak kat tempat yang disangkakan kebun bunga rose.. Sebab tengok dari luar macam agak lebat jugak bunga-bunga tu. So kita expect dalam dia lagi meriahlah. Btw nak masuk dalam ni berbayar tau, dalam 3 riyal gitu kalau tak salah.

Bila masuk dalam ni, langsung tak nampak sekuntum bunga rose pun. Dia sebenarnya kedai makanan rupanya.. Ada sate unta dan kunafa, makan tu jela. Kitorang ni jemaah yang kuat melantak je! :p


Pertama kali makan sate unta, ya ampunnn sedapnyaaa! Secucuk 5 riyal. Kunafa tu pun sedap sangat, lembut dan cheese banyak! Japgi kami nak gi makan kat restoran, ustaz cakap kunafa kat kedai tu paling sedap yang dia pernah rasa. 

Habis je lawat kilang bunga rose ni terus gerak pergi ke restoran tersebut. Sampai-sampai tu, kena tunggu sekejap la sebab ramai sangat orang! Tapi Alhamdulillah group kami dapat makan kat bahagian dalam.

Aku pun lupa apa nama restoran ni xD

Bahagian luar restoran

Makan kat ruangan dalam ni, terasa vibes ke-arab-an tu. Makanan ustaz order sama je untuk setiap jemaah iaitu nasi mandy ayam. Kalau sebelum ni kita selalu makan dalam talam, kali ni nasi tu makan sepinggan sorang. Budak-budak pun dapat sepinggan nasi yang lebih besar dari muka diorang hahaha.


Tapi percaya atau tidak, aku berjaya habiskan sepinggan nasi ni. Cuma takde gambar bukti je nak tunjuk kat korang. Nak cakap lapar, tak sangat pun. Nak kata sedap sangat, rasa standard nasi arab biasa je. Entah apa merasuki ku sampai boleh habiskan nasi ni sorang-sorang :p

Akhir sekali kami makan kunafa yang ustaz cakap sedap tu. Tapi sejujurnya, aku lebih suka kunafa dekat kilang bunga rose tadi sebab lebih lembut dan cheesenya lagi banyak. Kunafa sini macam terlebih crispy sikit. Benarlah lain orang, lain deria tekaknya.


Makan sampai kenyang tersandar. Lepas makan ni kami nak gerak balik dah. Patutnya ada satu lagi aktiviti which is naik cable car. Tapi yang tu kena tambah lagi 100 Riyal dan tak ramai yang nak vote pergi ke sana. Bila kita dah tinggal hari hujung-hujung, 100 Riyal tu sangat bermakna untuk duit shopping dan makan aku kat Mekah ni :p

Ada rezeki lain kita datang lagi.

Sebelum gerak balik ke Mekah, kami singgah solat di masjid Qarnul Manazil.

Kalau kita fly dari Asia tenggara menuju ke Jeddah, nanti anak kapal akan buat announcement untuk berniat ihram sebab melintasi sempadan miqat. Besar jugak masjidnya dan bentuk petak je. Takde kubah yang grand pun :D

Snap gambar dari belakang masjid je sebab Mazni ni suka lupa nak ambil gambar

Alhamdulillah, seronok ziarah kat Taif ni. Di samping kita jalan-jalan cuci mata, dapat lihat kawasan bersejarah di mana Nabi kita bersusah payah cuba berdakwah di sini walaupun ditolak secara kasar.

Sebenarnya Nabi tak gagal pun berdakwah di Taif pada waktu ni. Selepas Baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif, Baginda berlindung di sebuah kebun. Dari situlah seorang hamba bernama Addas (beragama Nasrani) datang membawa buah anggur untuk Nabi. Sebelum makan, Nabi membaca 'bismillah'. Ucapan tu mengejutkan Addas sebab ia tidak pernah diucapkan oleh masyarakat Arab di kawasan itu.

Akhirnya Addas menjadi orang Taif pertama yang memeluk agama Islam. Dengan pengislaman Addas tulah terbitnya cahaya di tengah kegelapan. Walaupun satu kota menolak dakwah Nabi, tapi usaha dakwah tetap membuahkan hasil walaupun hanya dengan pengislaman seorang hamba. Malah Rasulullah juga mendoakan zuriat keturunan Taif akan menyembah Allah pada masa hadapan.

Selamat tinggal Taif yang cantik

47 comments:

  1. Wah.. Mazni boleh habiskan sepinggan nasi arab ya. Mesti lapar tu. 😊 Akak masa di Thaif ni, makan nasi arab dalam dulang, share 5 orang. Masa di kilang ros, akak tak turun bas pun. Sebab penuh sangat manusia waktu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun terkejut sbb dapat habiskan sorang hahaha.
      masa saya pergi pun ramai orang jugak, tu yg lepak2 dkt kedai makan sate unta tu

      Delete
  2. Uncle boleh ingat kuat bau pati rose tu... Adsa orang tak tahan... (uncle lah tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng la uncle.. saya pun tak suka bau anything yg bau bunga rose jugak. sbb bau dia terlalu menusuk hidung

      Delete
  3. nasi kat ladang rose tu nasi tersedap sekali sepanjang kat sana.
    elok ea berbunga rose tu, weols haitu togel ja tak musim bunga agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo akak makan nasi kat ladang rose ye.
      rasanya tu bukan bunga rose kot.. tpi kat bahagian luar jela ada bunganya. dalam kering kontang hahaha

      Delete
  4. tanah kat sini agaknya memang sesuai tanam ros
    sebab tu sampai boleh buat dan proses bunga ros sampai jadi mcm2 produk
    dari sis lain tampak 'lari' sikit dari budaya arab yg sinonim dgn kurma kannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah sejuk mcm cameron, tanam buah, bunga memang sesuai sangat.
      kaann. Taif ni lain sikit dri tempat lain, city of roses gitu

      Delete
  5. saya ttengok gambar je dah terasa banyak nasi tuuuu
    boleh share 2 or 3 orang tuuu
    ke memang betul tengah lapar sesangat?
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. share 2 orang okaylah. tpi nasi je banyak, ayamnya tak sebanyak nasi.. kita jenuh makan karbo je
      sumpah tak lapar! baru lepas makan sate unta kowtt xD mungkin sbb tak sampai hati nk bazir makanan

      Delete
  6. Boleh terasa² bau bunga rose... means ladangnya kat tempat lain lah kan.. situ kilangnya je.
    Agaknya makan pelan² kot tu yang habis sepinggan.. nampak membukit nasinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa macamtu.. mestilah ladang rose tu tak boleh suka2 masuk kan
      nasi dia memang banyak. saya takla makan licin licau, tapi kategori habis jugakla haha

      Delete
  7. Bagusnya boleh belajar sekali cara prosesnya dari scratch. Oo ni mesti tak minat, tu yang malas masuk tu kan. hihihi...
    Tak ada bunga rose pun takpelah, dapat juga menjamu selera. Eh eh baru tahu ada sate unta juga.
    Umangaii sepinggan sorang pun dah macam setalam. Macam boleh kongsi 4 orang dah tu. Hebat betul boleh habis makan tu Mazni. Lapar sangat kot kan. Betul tu, lain orang lain taste bud nya.
    Bagitulah kan, Rasulullah tak pernah berputus asa menyebarkan dakwah walaupun apa pun halangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaakss ye tak minat! xD
      sate unta tu sedap sangatt. i wish ada kat malaysia.. nasi tu kalau share 2 orang saya rasa dah perfect!
      banyak pengorbanan Nabi kan

      Delete
  8. Wah byk mazni mkn nasi tu... Kt kilang rose tu MIL & biras beli sabun rose.. Akak xde bli apa2.. Sejuk view sini.. Angin kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak beli apa2 kat sini, sebab tak minat sangat aroma rose. tapi suka sangat suhu dia sejuk2!

      Delete
  9. Saya rindduuuuu ke Thaif ini. Walaupun sekarang paket umroh dah banyak masukkan tempat2 lain di arab, seperti Al ula,tapi saya lebih memilih Thaif.

    Tapi kilang rose ini saya tak yakin apa ini kilang yg sama dengan yg saya visit atau tak? Sebab rasa2nya kami tak masuk ke kilang, hanya dalam toko dan ada kebun mawar yg cantik. Saya tak beli apapun, Krn budget saya memang tak ada untuk Thaif, Krn inikan wisata mendadak sebab ada jemaah kami yg meninggal kemarinnya. Jadi saat ke toko mawar, saya hanya main di taman dengan Raka.

    Pas makan nasi Mandhi pun, rasa2nya tempat kita beda. Tapi baguuus lah mazni karena kalian dikasih 1 orang per piring, bukan pertalam makan rame2.

    Saya tak suka harus makan per malam ramai2 dengan orang yg saya tak kenal. Kalau dengan teman, atau saudara sendiri, okelaah... Ini kemarin itu kami dikasih pertalam untuk beberapa orang..jadi saya makan dengan Raka, dan 3orang lain. Masalahnya dia batuk2, trus makannya jorok. Tulang disebar dekat talam. Saya jijik ... Saya stop suapan kedua. Tak nak makan.

    Jadi saya suka kalau pihak umroh kasih 1 piring utk 1 orang saja. Lebih aman lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak fanny geng2 sayalah sebab suka tempat sejuk :p tapi kalau ada peluang ziarah al-ula, saya teringin pergi sana jugak sebab suka tengok ukiran batu yg unik tu.

      bestnya dapat masuk kebun mawar! saya dah berangan-angan nak ootd dalam kebun mawar tu, sekali tak pergi pulak. kalau dapat masuk kebun, saya pun takkan terfikir mahu shopping dah xD

      ziarah sebelum2 ni kami memang makan bertalam. tapi sebab ahli keluarga saya ramai, kami tak bercampur dgn jemaah lain. kalau jemaah yg sakit, lepastu makan sharing dalam pinggan memang tak selesa kan huhu. tapi cons makan 1 piring utk 1 orang ni takut tak habis jela. porsi nasi arab ni banyaknya bukan biasa2! xD

      Delete
  10. Kalau KSarie makan Nasi Arab sepinggan macam tu mau tersandar tak larat nak menguit dah😅Kat Malaysia memang takde jual daging unta frozen kan? Kalau tak boleh merasa. Kalau dapat tengok kebun bunga ros sure best kan. Tapi itu la nak control the crowd yang jenuh. Karang ada aje la yang terpetik bunga ros bagai ye😅Baca kisah Nabi Muhammad saw di Thaif ni memang buat hati sayu sayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyang tersandar.. terus badan rasa malas hehe. yaa.. kat malaysia macam takde jual je daging unta frozen. kalau ada, mesti sedapp!
      saya semangat tau pakai baju kurung corak munge2 utk ootd ngan bunga rose. sekali tak jumpa pun haha

      Delete
  11. Thaif ni tempat yg akk nak sangat pergi. Rindu nak jejak sirah Nabi dan menikmati keindahan tempat ni yg katanya sejuk ya...
    Mujur beli juga kunafa dekat kilang rose tu, dapat buat perbandingan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ada rezeki nanti PH buat umrah lagi dan ziarah Taif :D
      kunafa nombor 1 jugak dihati~

      Delete
  12. teringinnya nak melawat ldg ros tu sbb saya obses dgn apa2 jua yg roses ni....more reasons to repeat umrah kalau ada rezeki insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ladang rosenya saya tak jumpa. kita pergi kilang pembuatan minyak wangi je huhu

      Delete
  13. Beautiful photos. ❤️ Thank you so much for sharing this lovely tour.

    ReplyDelete
  14. Bestnya pi taif. Masa akak pi tahun 2017 pi taif belum hot lagi macam sekarang. Mudahan ada rezeki Allah beri dapat pi Taif pulak. PI taif ni buat teringat Rasullullah kena baling batu. Tempat best tenguk bunga Dan buahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dulu kurang ya ziarah Taif ni. padahal tak jauh mana pun dari mekah, sejam gitu je. semoga kak notie dapat gi Taif one day :D

      Delete
  15. Tak rugi tersilap masuk tempat yang disangka kebun ros, dapatlah merasa sate unta dan kunafa sedap.

    Teringat masa dalam perjalanan ke Madinah, singgah makan. Dapat sorang sepinggan besar gitulah. Sama kisahnya, tak sangka akak boleh makan sampai licin 😂. Pada hal punyalah ringkas hidangannya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu :D
      kita ni sejenis tak sampai hati nak bazir makanan kot hahaha

      Delete
  16. Terliur pulak tengok nasi arab tu. Kunafa sana sedap tak? Pernah makan yang kat sini terlalu manis sampai ngilu gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunafa sana sedap! yg kat sini sbb orang suka buat kunafa cheese leleh. akak ambil yg perisa original je next time

      Delete
  17. Bestnya ziarah Taif. Moga kami sampai sana nanti. Memang ustaz dan mutawif ada cerita bunga rose di situ kualiti sangat bagus. Haha pinggan besar dari muka budak. Habis tak diorang tu makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teringin sgt nak tengok bunga rose tu, lelagi time musim sejuk, mesti bunganya lagi mekar..
      Makan 5 suap je pastu tersandor 🤣 orang dewasa pun tak mampu tolong diorang sbb masing2 struggle menghabiskan nasi sendiri

      Delete
  18. Best pulak baca pengalaman orang lain ke Taif. Tengok TA lain2 bawak tempat ziarah pun lain2. Lain kali pergi umrah nak guna TA lain dari masa pergi sebelum ni supaya dpt pengalaman baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time pergi umrah pun nak pergi dgn TA lain. tapi apa2 pun tengok harga mana yg berpatutan hehe

      Delete
  19. Wah, ada sate unta pula. Nasi unta dan hati unta pernah makan rapi sate unta belum lagi
    Mana tahu sata ada rezeki datang ke tanah suci d lago apat makan sate unta pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sate unta tu sedap sangatt. kalaulah ada jual kat sini..

      Delete
  20. Taif ni macam kami tak singgah pula time umrah tahun 2014. Kat situ ada kilang ros ya....

    ReplyDelete
  21. Eh sama tempat yang dipergi - kilang bunga ros lepastu makan di tempat yg sama juga.. kat tmpat makan tu nasi banyak tapi daging nya sikit hahahaa.. tapi sbb lapar kami makan sampai habis juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi dia bai segunung! tak match portion dgn ayam hahaha

      Delete
  22. I know I commented earlier in this post, but I want to tell you...I love chicken and rice! :)

    ReplyDelete
  23. Hehe Mazni lebih memilih untuk makan daripada masuk kilang dan beli produk berasaskan ros.
    Kalau saya hendak juga beli produk berasaskan ros sebab suka baunya.

    ReplyDelete
  24. Salute betul Mazni boleh habiskan sepinggan nasi arab besar dari muka tu! 😂 Tapi betul, bila dah nampak rezeki depan mata sayang nak membazir kan. Paling terliur tang sate unta tu, jarang-jarang jumpa tapi bila dah rasa terus jatuh cinta ye...bila la akak dapat experience semua ni...

    ReplyDelete
  25. Seronok baca perkongsian ziarah Taif ni. Walaupun niat nak tengok kebun bunga mawar tapi terbabas makan sate unta, tetap jadi kenangan manis! Terima kasih juga Mazni sebab selitkan peringatan kisah sirah Nabi dan hamba bernama Addas di Taif ni, sangat menyentuh hati. Moga ada rezeki sampai sana nanti

    ReplyDelete
  26. Nampak pulak kunafa tu. Nasib baik dah makan baru2 ni.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~