26 Aug 2025

Spring Raya : Beijing Olympic Park

 

Sambungan dari --> Berjalan di Mutianyu Great Wall

Sebaik saja habis tour di Great Wall, bas drop kami di stesen yang aku sendiri dah lupa apa namanya. Tapi Peter kata, jarak dari station tersebut nak ke Olympic Park Beijing tu cuma 3 km saja. 

Peter tanya "kenapa tak jalan kaki je? Kan dekat 3km tu". No, thanks Peter. Harini kan hari bermalasan? Selagi boleh jimatkan tenaga, why nak penatkan kaki? 3 km bagi rakyat China yang rajin berjalan ni easy lah. Tapi bagi warga asia tenggara, especially negara nasi lemak ni, jauhlah. Ahaks!

Kami perlu turun di Line 8 iaitu Aolinpike Gongyuan. Lepastu perlu berjalan sikit untuk ke birdnest stadium tu.

Sedikit pengenalan, Olympic Park ni adalah stadium yang digunakan untuk Olympic Beijing pada tahun 2008. Ia juga merupakan antara yang termahal pernah direkodkan serta merupakan the greatest opening ceremony bagi olimpik. Stadium utamanya atau dipanggil 'Birdnest stadium' tu, merupakan the World's Largest Steel structure yang mengambil masa dari tahun 2003 hingga 2008 untuk siap sepenuhnya.

"China's National Stadium, or the Bird's Nest, as it has become known, is the world's largest steel structure and the most complex stadium ever constructed. It is "one of the key engineering marvels in the world today."

gambar sebelum lampu dibuka

Aku ada baca, kerajaan China menanggung hutang yang sangat banyak gara-gara persiapan olimpik Beijing 2008 ni. Bila suatu negara dah jadi tuan rumah untuk acara besar, dia bukan setakat fokus pada stadium je. Semua infrastructure macam pengangkutan, jalanraya, airport pun akan dinaiktaraf bagi menerima kedatangan pengunjung yang ramai. 

Secara tak langsung, boleh boost ekonomi tempatan. Kira win-win situation lah.

Sebenarnya, kami tak pusing habis-habisan pun kat sekitar park ni. Cuaca makin sejuk dan tempatnya pun luas. Cuma kakak, abang dengan ayah je yang jalan masuk ke dalam sikit. Kita ni duduk tepi-tepi pun cukup dah, asalkan nampak si sarang burung tu.


Berhadapan dengan Birdnest ni ada juga Beijing Aquatics Center, Indoor Stadium dan lain-lain lagi. Stadium ni diletak setempat je. Tapi percayalah, aku tak pusing-pusing pun kat sekitar sini.

Bila malam makin gelap, maka lampu-lampu pada setiap bangunan pun mula dinyalakan dan lawa sangat!


Sebenarnya boleh juga nak masuk dalam stadium ni. Aku google harganya 50 yuan which is takdelah mahal sangat. Cuma kalau korang tanya orang Malaysia yang pernah sampai birdnest stadium ni, mesti 9 daripada 10 orang akan jawab sekadar bergambar kat luar je kan? hahaha

taktau ni bangunan apa. Bentuk macam sand glass bertingket-tingket
Indoor stadium
ada kedai dan pasaraya jugak kat sekitar sini. cantik sebab berlampu lampu macam funfair!

Takde buat apa pun kat sini selain bergambar. Cuaca pulak dah makin sejuk malam tu so nak cepat balik. 

Cuma yang letihnya, sebab tempat ni jauh betul dari rumah.. Jadinya kena banyak kali bertukar-tukar train.

lampu-lampu kat ceiling train station ni

Train station masa nak balik ni macam attach dengan event space/shoplot kecil-kecil. Masa lalu area situ, macam ada event cosplay anime pulak. Nampaklah beberapa budak-budak baru nak up (BBNU) pakai baju anime sambil selfie. Tapi perhatian kami lebih tertarik pada pokok cherry blossom pulak.

lampu kat sini boleh bertukar-tukar warna yang menaikkan seri pokok bunga ni

So, itu jelah cerita untuk hari ke-empat di Beijing. Dari pagi ke Great Wall, malam pulak ke birdnest. Macam biasalah, hari yang memenatkan tapi best sangat!

Kesimpulan yang aku dapat dari melawat Olympic Park Beijing ni, walaupun cost yang dibelanjakan oleh kerajaan cina sangat besar. Tapi acaranya belangsung dengan jaya dan gilang gemilang sehingga sering disebut-sebut sampai ke hari ni.

19 Aug 2025

Camping - Moonkissed by The River


Baru ni, aku pergi ke Moonkissed by The River sempena nak sambut Bachelorette party untuk kawan. Yang kelakarnya, tuan badan taktau pun aku ada sekali dalam plan ni sebab haritu dah bagitau dia tak dapat join. Entah berapa banyak lapisan penipuan yang kitorang bagi kat dia semata-mata nak menjayakan surprise ni. Kahkahkah!

Okay, sebenarnya nak cakap camping tu... macam tak sangatlah.. Sebab kami pilih penginapan style tiny house (ala-ala chalet gitu). Rumah ni boleh muat 6 orang dan harga per malam RM600. Harga ni dah include sekali dengan breakfast.

Melati tiny house. Ada 2 unit je untuk penginapan style rumah ni

Mula-mula kitorang nak ambil khemah style glamping igloo tu. Kononnya nakkan suasana camping lah. Tapi yang tu harganya RM800 dan tandas pun kena sharing. Baik ambil style rumah ni je sebab lagi privasi. Ada tandas dalam bilik, siap ada dapur proper with refrigerator lagi. Cutleries untuk memasak pun semuanya lengkap. 

Cuma yang slacknya kalau ambil rumah ni takde bayar deposit, terus kena bayar full. Kitorang ada nak cancel booking haritu, tapi pihak sana cakap hanya boleh postponed tarikh je, cancel tak boleh. So make sure confirm betul-betul if nak book tiny house ni.

muka-muka yang ready nak surprise member. Keknya rupa tak murni sungguh sebab dah cair dalam kereta hahaha

Dah habis surprise member, mestilah kita masuk sungai! 

Pada aku, sungai dia okay-okaylah. Taklah jernih sangat, tapi tak juga kotor. Kena berendam kat area air yang mengalir baru syok. Sungainya pun cetek je, sesuai untuk keluarga yang bawa anak kecil.

Kat sini pun ada jugak ikan-ikan kecil kalau nak memancing. Kawan aku dapatlah tangkap beberapa ekor anak ikan. Dah dapat ikan tak boleh masaklah pulak sebab kecik sangat saiznya punn.


Kami ada jugak keliling sekitar campsite ni. Selain ada glamping dan tiny house, sini jugak ada tempat untuk sewa tapak dan boleh bawa khemah sendiri. Rasanya kalau nak sewa khemah kat situ pun boleh juga cuma aku taktahu kira macam mana.

Ada juga fasilities macam kafe, tandas dan surau juga kat sini.


Malam tu, berkecah lah dekat dapur untuk BBQ pulak. Menu kami haritu nasi butter, ayam dan sosej bakar + sayur-sayur je. Takdelah beria sangat nak masak banyak-banyak sangat sebab kita pun berenam je. Masak banyak-banyak satgi tahu tak habis sebab yela, perempuan kanss :p

Biasa kalau bab-bab membakar pakai arang ni, perlukan orang-orang laki. Kalini rasanya macam first time pulak aku pergi camping with all girls dan bakar guna arang camni haha. Btw, kayu arang dan besi grill tu pun semua dah disediakan. Ais batu pun ada jugak. 

Sangat complete ye duduk kat rumah ni!

ayam before
ayam after. yumzz

Lepas dah makan, aktivitinya mestilah main game atau gossip-gossip gitu. Maklumla ada kawan yang aku tak jumpa nak dekat setahun. Dari jauh dia datang untuk surprise kawan kami yang dah nak kahwin ni. Kitorang main UNO dan buat challenge tiktok merapu apa entah. Budak-budak kaki tiktok nilah yang mengajar, kita taktau sangat trend-trend remaja ni :p 


Overall, aku enjoy je dengan campsite Moonkissed ni. Barangan semua hampir lengkap. Kawan kami yang diraikan tu pun suka dengan surprise ni, plus lagi happy bila dia dapat memancing ikan jugak. Tempat ni memang sesuai untuk datang dengan family

Instagram : Ig Moonkissed
Lot 2912, Jalan Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor


7 Aug 2025

Spring Raya : Berjalan di Mutianyu Great Wall

 Assalamualaikum

Sambungan dari --> Mutianyu Great Wall part 1

Berdiri sepanjang 21,000 km serta merupakan binaan manusia yang paling terpanjang di dunia.. Ya, itulah dia Great Wall of China. Tapi tahukah anda, disebabkan binaan ini terlalu panjang, ia menyukarkan tembok ini untuk dipelihara. Mengikut hasil kajian, hanya 8.2% daripada bahagian tembok ini yang berada dalam keadaan yang baik. 74.1%  daripadanya berada dalam keadaan yang teruk dan ada jugak yang sudah musnah. Dikatakan hanya 8851km daripada tembok ini yang berdiri teguh. (credit)

Antara beberapa bahagian tembok besar cina yang terpelihara dan sering mendapat kujungan pelancong adalah di Simatai, Badaling, Jiayuguan dan Mutianyu. Disebabkan aku pergi di bahagian Mutianyu, so kita highlight pasal Mutianyu jelah.

Di Mutianyu pass ni mempunyai 23 watchtowers yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu east, west dan middle section. Disebabkan kami ni takdelah beria nak jalan jauh sangat, kita explore di middle section je. Panjang keseluruhan bagi Mutianyu Great Wall ni adalah 5.4 km dimana ia merupakan the longest section of Great Wall. Tapi hanya 2.25 km saja yang boleh diakses untuk pelancong. (credit)

Bukan tu je, malah di section Mutianyu ni juga dikatakan antara Great Wall yang paling cantik selepas Jinshaling, terutama jika datang pada musim autumn!

ni suasana waktu musim spring!

Masa pertama kali pijak kaki kat Great Wall ni, rasa goosebump betul like, wow aku dah sampai dekat 7 Wonders of The World laa! View dekat situ menyajikan pemandangan gunung ganang yang sangat cantik, tambah pulak dengan langit yang biru dan cerah. Perfect untuk ambil gambar! Tapi terik dia tak rilek jugakla.. Rasa nak hangus je kulit aku.

Kami tak jalan jauh sangat pun sebabnya lagi jauh kita berjalan, nanti lagi jauh kena panjat tangga. So weolls malas. Sudahnya bergambar jela kat mana-mana ceruk pun untuk buat syarat, lantak jela backgroundnya ada orang lalu lalang pun, huhu.

Mehla tatap sikit gambar-gambar kat sini yepss.

makin jauh aku tengok Great Wall ni, makin tak boleh fikir macam mana manusia sanggup buat tembok yang panjang macamni dekat atas gunung?
ni best spot area untuk bergambar. Haruslah dikerumuni manusia
time kakak aku bergambar tiba-tiba semua manusia hilang ye.. Tak aci!
ni namanya posing acah. hahaha
Gunung-ganang di sekitar. Taktau kenapa, tapi bentuk gunung kat China ni mesti tajam bercacak macam kulit dragon..
fun facts, lebih kurang 3,873,000,000 bricks digunakan untuk bina keseluruhan Great Wall of China ni
di dalam salah satu watchtowers
again, posing acah
dik, warna kamu ni dah nak sebati dengan warna tembok pulak. Nak jadi tembok ke?
The Great Wall : a national Pride of China

Aku sebenarnya nak je panjat jauh sikit sebab kita dah sampai sini kan.. Mestilah nak explore tempat ni seboleh-bolehnya. Tapi memikirkan kami hanya dapat spend 1 jam je kat sini, terpaksalah lupakan hajat murni tu...

Bayangkan lah, kitorang sampai atas ni pukul 1 pm gitu, lepastu pukul 2 pm dah kena start turun ye sebab nak kena que untuk toboggan pulak. Huaa serious tak puas duduk atas ni sejam je :( Memang timing haritu banyak dihabiskan dengan beratur je nyah!

layan jem sambil tengok munge-munge

Mak dengan abah turun guna cable chair je, so diorang sampai bawah awallah. Kitorang berempat ni agak melepetlah kena que sampai 40 minit semata-mata nak naik mende ni je, yihhh!

Oh lepastu taktaulah ni cerita sedih atau cerita lawak, tapi abah kena scam dengan penjual air kat Great Wall.

Kisahnya, abah pegi beli air kat pakcik ni, tapi dia tak reti guna alipay.. (kitorang yang anak-anak waktu ni dah takde dengan mak abah sebab tengah que untuk turun) Pastu dengan yakinnya abah bagi phone kat penjual tu suruh key in harga air. Penjual tu bantai harga sebotol sampai 30 yuan! Padahal dekat pasaraya yang kitorang selalu pergi tu boleh dapat harga 8 yuan je. Melampau betul engko markup harga ye pakcikk.

Disebalik ayah aku kena scam, kitorang yang anak2 dia ni tengah rancak ambil gambar sementara tunggu turn. hahaha

anak-anak bertuah!
me + white peach blossom + instruction main benda ni

Excited first time main toboggan! Nak kawal pun senang je, tolak handbrake kedepan untuk jalan, pastu kalau nak stop, tarik ke belakang saja. Yang penting kena jaga jarak, jangan sampai terlanggar orang depan pulak dah.

bahagian corner camni yang paling best sebab dia menurun lajuuu

Turun guna toboggan untuk sampai bawah, ambil masa lebih kurang 10 minit je.

Walaupun beratur lama, tapi worth it la untuk first experience. Kalau you all pergi Great Wall dan teringin nak merasa naik benda ni, pergi dekat Mutianyu ok. Great Wall section lain takde tau benda ni.

Kami sampai bawah belum pukul 3 lagi, macam terawal sangatlah pulak. Si Peter tu cakap pukul 4 pm baru boleh naik bas.

Abah dah pergi usha tempat sementara kitorang turun tu, so solatlah kami kat tempat buang sampah yang takde orang ni haha. Tapi ni sampah daun kering dengan kotak-kotak je, bukan sampah sarap busuk berbau tu.


Masa tengah solat tu, tiba-tiba ada pakcik sapu sampah datang. Aku risau je dia marah n halau kami. Sebab pernah baca, kat Cina ni tak boleh solat sembarangan di tempat awam. Walhal kitorang cari spot sorok-sorok dah ni.

Tapi pakcik tu tengok je, tak cakap apa-apa atau buat muka annoyed ke. Syukurlah dia memahami. 

berjalan kaki pergi balik tempat bas

Tamat sudah lawatan kami ke Great Wall ni. Rasa puas hati dah sampai sini walaupun tak dapat duduk lama sangat. Kalau ada rezeki lagi, aku nak pergi Great Wall di section lain pulak serta rasa pengalaman panjat beribu anak tangga. 


2 Aug 2025

Spring Raya : Mutianyu Great Wall, we're coming!

 Assalamualaikum

Sambungan dari --> Jalan di Wangfujing Street

4 April 2025

Hari ke-empat di bumi Beijing, highlight of the trip haruslah pergi ke Great Wall of China. Tanyalah mana-mana orang yang pergi Beijing, semuanya mesti akan letak Great Wall of China ni dalam senarai tempat yang wajib dilawati. Kalau tak pergi tu rasa macam tak lengkap je Beijing kita ye dak?

Untuk trip harini, kami akan dikutip oleh travel agent dari hotel. Takyah penat-penat kena travel by bus mahupun metro. Mak akulah orang yang paling suka sekali bila tak payah kena jalan-jalan ni, haha.

bestnya harini tak payah berjalan guna kaki sendiri :p

Abang aku yang jumpa travel agent ni dari Klook Nak contact dia perlu thru wechat. Nama TA kitorang ni Peter, lelaki berbangsa Cina yang boleh speak english really well sebab dia pernah duduk kat negara mat salleh. Aku ada ambil gambar Peter ni, lepastu dikantoi oleh beliau, dan dia cakap tak suka orang ambil gambar dia. So aku merajuk, terus padam gambar dia on the spot hahaha.

Amende tah buat bisnes travel, tapi nak berahsia muka. Macam mana orang nak kenal kalau gini?

Tapi ikut sukati dia la kan. People do not give you a consent, so ko siaperr nak ambil-ambil gambar dia serupa paparazzi melodi wahai Mazni? Ok done ceramah diri sendiri.

antara yang join tour pada haritu. syukurnya tak ramai orang  sangat

Lepas semua peserta dah sampai, maka kami semua naik bas. Dalam bas tu Peter ceritakan sikit pasal sejarah Great Wall ni dan dia cakap harini jalan agak sesak dengan traffic. Tak silapnya, hari tu ada cuti Festival Qingming kat China, so memang gasaklah ramai manusia.

Anggaran masa untuk sampai Mutianyu tu biasanya 2 jam, tapi disebabkan jalan jem, hampir 3 jam jugaklah baru sampai sana. Kerja aku main phone,  tidur, pastu bangun dan tengok pemandangan dari dalam bas dan ternampak ada lelaki ni tengah meludah haktuih kat tepi jalan pulakk. Rosak pemandangan hahaha.

cuci mata tengok bunga

Untuk ke Great Wall kat Beijing ni ada 2 tempat tau. Satu Di Badaling dan satu lagi di Mutianyu. Kalau nak lebih senang access by train, boleh pergi di Badaling yang ambil masa 1 jam je dari center of Beijing.  Tapi kami ni pergi kat Mutianyu yang jauh sikit sebab kononnya tak terlalu sesak macam di Badaling Great Wall. Tapi dah namanya datang waktu cuti umum diorang, memang ramai oranglah di celah ceruk mana pun.

Selain tu, punca utama nak pergi Mutianyu ni adalah sebab nak naik toboggan! Kami nak naik atas great wall tu guna cable chair dan turun dari great wall by sliding down je, weheeee! Oh btw, untuk harga tiketnya + tour aku listkan kat bawah. 

Mutianyu Great Wall Day Tour ticket = RM6

Harga trip by tour agent = RM73

Untuk harga cable chair dan toboggan tu dikira asing dari tiket dan harga tour,

Cable chair + toboggan = RM83.25 (140 RMB)

Haritu agak rush sebab sampai kat sana pukul 11.30 am which is nak masuk tengahari dah. Tour guide dah pesan yang kami perlu ada dalam bas pukul 4 pm. Bayangkan lah betapa kalutnya nak mengejar masa ye dan semua benda nak kena cepat. Berjalan pun nak kena cepat-cepat sampai tak terkejar kitorang, yihh! Ni yang tak best bila travel ikut orang kan, kita sentiasa terikat dengan waktu.

Again, nak buat camne. Siapa suruh datang time cuti umum xD

deretan kedai souvenir di sepanjang jalan. Tempting betul rasa nak tengok-tengok je, tapi Peter dah pesan awal-awal kita takleh shopping sebab nak kena que kat tiket huhu

Sampai je tempat tiket, mak aiii panjangnya que! Kami beratur kat sini je dah sejam lebih, serious banyak masa terbuang camtu je :(

deretan manusia yang terlalu ramai

Mengikut peta ni, tour guide cakap perlu turun di tower 6. Kat tower 6 ni memang yang paling ramai orang lah sebab dia is the first tower yang akan stop dulu dan jika kita turun guna toboggan, memang ada di tower 6 saja.

Kalau nak naik belah-belah yang tinggi tu pun boleh jugak tak silap, cuma aku tak tahu ada perubahan untuk harga tiketnya ke tak. Apa yang aku tahu, selain ada cable chair dan toboggan, kat sini ada jugak cable car. Cuma harganya lebih mahal sikit.

walaupun dah dapat tiket, tetaplah tak boleh masuk sebab nak kena scan bagai hahaha
taktau siapa pakcik ni dan kenapa dia dijadikan tugu. Ntah-ntah ni antara komander yang lawan tentera dari Monggol kot

Finally setelah sejam menunggu, kitorang dapat naik cable chair ni. Adalah dalam 15 minit jugak nak sampai atas tu. Kalau orang nak naik great wall dengan berjalan kaki pun boleh, lebih kurang 30 minit ke 1 jam juga. Dulu kakak aku pernah naik Great Wall by foot (tapi dia naik dekat Badaling), boleh dapat sijil katanya. Kalau we have enough time kan, memang aku dengan abang nak naik guna kaki je tau. 

Sepanjang naik tu, boleh nampak orang yang tengah turun guna toboggan slide. Aaaaa tak sabarnya nanti nak main mende tu pulak!


Great Wall dari kejauhan dah semakin dekat. Tak sabar nak pijak tembok yang penuh sejarah dan memakan masa selama 2000 tahun untuk disiapkan ni. Tersenarai sebagai 7 Wonders of The World, memang tak boleh tercapai dek akal macam mana orang zaman dulu boleh buat tembok besar yang sangat panjang macamni di lereng-lereng pergunungan kan?

Akan bersambung di next entry