11 Jul 2025

Dapat hadiah Giveaway dari Blogger Notie @ SAJE SUKA-SUKA

Assalamualaikum

Hari tu masa tengah blogwalking di blog rakan-rakan, saya pun tersinggahlah blog Kak Notie. Benarlah seperti nama blognya Saje Suka-suka, kebetulan hari tu beliau buat giveaway suka-suka je di blognya sempena dengan birthday pada bulan Julai. Syaratnya cuma perlu komen NAK saja di entry tersebut, siapa cepat dia dapat. Pemenang pula terhad untuk 10 orang saja.

Entry tersebut boleh baca kat sini --> Giveaway sempena birthday 2025

Betul-betul santai sangat giveaway ni. Kita pun cuba jelah nasib mengomen, kot-kot ada rezeki kann.

Hari Isnin baru ni, dapat pesanan cbox dari Kak Notie untuk emelkan details. Saya menang nombor 8 rupanya, hihi alhamdulillah! Entrynya boleh baca di sini --> Pemenang GiveAway Sempena birthday 2025

lupa nak ambil gambar before unboxing parcel

Semalam parcelnya dah sampai rumah, saya terus guna. Kita kan rakus? Mestilah nak test benda baru, hahaha. 


Periuk ni jenis non stick pan yang didatangi dengan lid. boleh guna untuk menggoreng, masak lauk berkuah atau buat steamboat pun best ni. Sangat ringan dan sesuai bawak untuk travel jugak. Lurve sangatt!

boleh adjust kepanasan. yang kiri tu haba kuat, belah kanan tu haba normal. Tengah pula untuk off
saya test masak megi je ahakz

Alhamdulillah, barangnya berfungsi dengan baik. Disebabkan periuk ni ringan, saya bawak sampai ke ruang tamu dan makan megi dalam tu terus hahaha. Betul-betul multifunction la boleh jadi mangkuk besar jugak!

Terima kasih kak Notie yang pemurah. Semoga diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki selalu dan dapat menunaikan haji sebelum bersara. Selamat ulang tahun yang ke-xx in advance juga! Ucap awal tak kalut :p

Selain tu, terima kasih pada blogger Etuza sebab listkan saya sebagai blogger aktif dalam entry ini --> Mari Kenali Blogspot dan Blogger Menyinar 2025. Terharu pulak saya termasuk dalam list tu, padahal tak rajin tulis blog setiap hari pun macam orang-orang lain, hehe.


Saya perasan blogger Etuza memang dah lama bertapak dalam dunia blog sejak dulu lagi. Cuma masa tu saya sejenis blog tenggelam timbul yang update entry sehari, lepastu hilang berbulan-bulan lamanya hahaha. Start tahun lepas baru aktif berblog dan blogwalking, paling-paling pun seminggu sekali mesti akan tulis blog. 

Saya ni jenis orang yang menulis bila ada cerita menarik saja. Itu yang kadang-kadang bila takde cerita (atau malas) saya biarkan je blog ni kosong.

InsyaAllah saya akan tetap konsisten berblog walaupun di waktu sekarang ni orang lebih memilih untuk aktif di platform selain blogspot, tapi kita masih setia mengarang karangan A++ panjang-panjang disini! Bangga tau jadi blogger yang masih aktif menulis sebab barulah nampak special serta lain daripada orang lain kan :p

Thank you for reading!


20 comments:

  1. Tahniah sis.. comel betul periuk tu.. ^^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Ni lagi rare terus guna buat masak lagi. Apa pun terima kasih ya sudi jenguk rumah akak. Sebagai blogger walaupun akak pun kadang ikut mood menulis tetap menyokong. Semuga kita sentiasa istiqoma menulis karangan macam dulu2. hehehehe Terima kasih ya doanya. Aamiin Aamiin Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah alang2 unboxing, guna terus jela, excited kan 😛 kalau saya malas tulis blog, saya singgah blog orang jelah hehe

      Delete
  3. tahniah ...memang mutifunction kan periuk tu..akak pun ada beli juga, masa mula2 duduk sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye bestt. Dulu kat rumah ada periuk letrik camni jugak tapi dah rosak n size dia besar sangat + berat. Yg ni ringan n size sedang2. Sesuai kalau nk buat lauk2 simple utk sorang dua makan

      Delete
  4. Alhamdulillah ..Tahniah Mazni...seronok kan dunia blogger ni...semoga ukhwah berpanjangan ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokk. Semua peramah n saling balas2 komen, tak kisahlah darjat blog orang lama ke atau orang baru hehe

      Delete
  5. tahniah kerana menang GA itu. Boleh dibawa ke mana2 bila melancong nanti.

    ReplyDelete
  6. tahniah maz....yeahhh dah sampai....kakmieja pun dah try, budak-budak intern masak maggie smalam seperiuk kami makan rama-ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh masak maggie jugak! makanan tak sihat jugak jadi pilihan sebab senang kan, ahakz 😜

      Delete
  7. Waaa best nyer hadiah dia... Tahniah... Dah siap test masak lgi tu.. untung nyerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru bukak semalam terus test, nampak kan tak menyabor 😜

      Delete
  8. Tahniah, Mazni! Comel la, periuk multicooker kak Notie bagi.
    Dah macam cerita Korea akak tengok pula. Dia masak maggi dalam periuk, bawa ke ruang tamu, makan depan tv, dalam periuk terus. 😁😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak seperiuk ni makan sambil tengok netflix, memang acah2 korea sangat kan 😜

      Delete
  9. wahh bestnyaaa. saya dah lama xjoin GA. menang apetah lagi hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun nasib sebab jadi pengomen top 10 je. Kalau kena cabut undi pakai mesin memang takde lah luck nya hahaha 🙈

      Delete
  10. Tahniah. Bestnya periuk tu serbaguna. Boleh masak macam2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Best periuk ni, kita style makanan simple jelah mampu hihihi

      Delete

Nak komen apa? silakan~